Thursday, July 21, 2011

abdul jamil kadri dengan cerita monyet

setiap kali aku nampak abdul jamil kadri duduk sorang2 kat kantin zul, aku akan segera hinggap duduk semeja. kantin zul tuh adalah kantin kilang kerdau. zul dah lama benar jadi operatornya, sehinggakan kantin tuh digelar dengan namanya. nasik beriyaninya sedap standard masakan bukan oleh mamak.
abdul jamil kadri dalam kompeni digelar jamil jentar. dia estet manager estet jentar.

dua cerita yang telah banyak mengubah aku. aku nak cerita kat ko.
jamil tetiba bukak cerita sedang aku menikmati roti canai zul.

satu, cerita pengawal sultan.
satu lagi, cerita sorang professor dan 6 ekor monyet.
aku hangguk2 je sambil senyum dan mengintai jamil dari ekor mata. siap je habis roti canai dan nak mula teguk teh tarik, jamil sambung ceritanya.

cerita pengawal raja.
dia pause kejap, sambil mengatur duduknya lebih tegak dan mengarah pandang tepat2 ke arah aku.

cerita ni, cerita di zaman melaka. satu hari tiba2 terdengar 3 das tembakan meriam. sultanpun memanggil sorang pengawal. kata sultan, ko pergi tengok kapal siapa di pelabuhan. si pengawalpun segera ke pelabuhan. tak lama lepas tuh pengawal pun balik. kapal portugis tuanku. siapa kaptennya? tak tahu tuanku. pengawalpun ke pelabuhan lagi. setelah diberitahu kepada tuanku sultan nama kaptennya. sultanpun bertanya lagi, apa tujuan kedatangannya. pengawal tadi menggelengkan kepala, dan segera beredar ke pelabuhan. tunggu dulu, kata sultan. carikan bendahara. pengawalpun memanggil bendahara mengadap sultan.
bendahara, pergi ke pelabuhan. ada kapal berlabuh. baik tuanku, jawab bendahara.
bila bendahara balik, tuanku sultanpun tanya, kapal siapa? siapa kaptennya? apa tujuannya datang? berapa orang kelasinya? berapa lama berlabuh? dan soalan2 seterusnya.
dengan selamba bendahara menjawab. kapal portugis, kaptennya alfonso, datang untuk tujuan berdagang, 150 orang kelasi, berlabuh untuk 3 hari dan semua soalan lain dijawabnya.

ko nampak tak hasri?
aku senyum je.

bila kita kerja, jangan jadi pengawal. satu suruh, satu buat.
jadilah bendahara. suruh je, semuanya dibuat. hingga sempurna.

*

4 comments:

Nizam.Ariff said...

bendahara tu cekap sebenarnya.

bila dia dapat tugas, dia kerah 20 org pengawal untuk dapatkan jawapan untuk setiap satu soalan seorang. semua report balik kat dia...

itulah kuasa...


kalau dia bohong kat sultan pun sultan mungkin percaya

itulah kuasa maklumat...

sepa said...

dan bendahara sgt mahir 'the art of BS'

Kembara Insan said...

kalu aku, jawab balik kat manager jentar tu + soalan.

Berapa gaji pengawal vs gaji bendahara?

Kalu ko bagi gaji bendahara tu, mesti dia boleh jawab mcm bendahara.

Kalu gaji pun cam pengawal, buat apa susah2 mau keja mcm bendahara.

Pengajarannya ;

Perbandingan yg tidak sesuai. :P

sepa said...

zul,
ye la kan. pengawal vs bendahara. macam bandingkan kaca vs intan.

aku rasa mesejnya. dia nak aku jadi bendahara. mgkn kat meysia, bendahara nih tuan Pi eM.
aku. Pi eM. Pi eM. aku. aku. Pi eM. mimpiiiiii la...