Friday, May 31, 2013

kenapa ada risau di hati setelah aku kata pergi... bila sampai masanya, untuk perubahan, maka ubah la.!

.
Mereka tidak pernah bercerita tentang diri masing-masing, tentang kerja dan tentang pengalaman. Tidak pernah jugak bercerita tentang harapan.
 
Aku rasa bangga dapat mengenali kamu, kata Azlan.
Dino pulak kata, Aku bangga, akulah aku yang mengenali kamu...
 
Dino membaca sehelai nota yang ditinggalkan oleh Jamal, diserahkan oleh makcik Wok ketika dia sampai tadi...
 
Salam bro,
Aku masih hidup, walaupun kaki aku tidak menerajang ko, tapi tak hal, bro, tenang sahaja kerana ko tak mungkin menerima terajang aku, sekurang-kurangnya untuk satu tempoh-waktu, kerana aku la ni tengah merayau-rayau di kota Paris.
Oya, jangan perasan nak pesan-pesan. Aku bawak sen cukup-cukup jeh...!!!
Eh.! Dengar criter, ada mamat maco yang dok layan ko, pekena roti canai teh tarik di gerai makcik Wok tuh...!
Adios, bro.
 
.
Dino tahu, Jamal masih merajuk kerana pendapatnya tentang bulan dibantah. Dino pun tahu, bulan yang dimaksudkan oleh Jamal bukanla bulan, dan cerita tentang perrubahan, bukanla perubahan...!!! Jamal sebenarnya nak kata : Anakmuda Malaysia adalah lebih Malaysia dari Malaysia.
 
.
Azlan. Dino hanya menjeling pada wajah berjambang itu. Sungguh tekun Azlan makan roti canai itu, dipotong-potongnya kecil-kecil empat segi menggunakan sudu, disuap ke mulut menggunakan garfu, kuahnya disudu...
 
Azlan pulak menjeling ke arah Dino. Ada senyum sumbing, senyum kambing jugak.
Aku nampak sebuah hubungan versi cinta, yang menjadi stok di dalam dada kamu. Aku agak banyak jugak peritnya, jadi mengapa kamu sembunyikan kerinduan yang mungkin kelak menjadi keretakan-hati.! Mungkin kamu perlukan sedikit ilmu tentang diri dan tentang wanita...!!!
 
.
Dino terpinga-pinga. Dipandangnya Nila yang sedang menghantar pesanan dari meja-ke-meja itu, diekornya setiap gerak dan setiap langkah diamati. Pandangla aku di sini, wahai Nila, Dino menyeru dalam hati.
 
Nila menoleh, ketika Dino sudah mahu berhenti memandang, ketika kecewa mula bertandang. Lalu Nila senyum... dan kenyit mata.!
 
 
 
.
 
salam.
 
.

Tuesday, May 28, 2013

Matahari, bumi dan bulan... loyal dan ada integriti...!!!

.
Buat pertama kalinya, Dino duduk di gerai makcik Wok tanpa Jamal. Dalam sepucuk sms, Jamal menolak jemputan dak Dino untuk bersarapan bersama-sama di gerai makcik Wok pagi itu. Mungkin kerana pertengkaran kecil semalam, apabila Jamal kata, bulan adalah kotoran di langit, kerana, yang penting dalam kehidupan adalah matahari, dengannya pokok berfotosintesis. Bulan penuh purnama14, tidak sedikitpun membantu fotosintesis. Dino bantah. Dino kata, kemunculan bulan penuh purnama14, menyebabkan serigala menyalakmelolong panjang, dan bangkitnya hantu Kak Limah...
 
Sebuah kereta EVO berwarna merah, yang tersolek sesedap rasa dan seindah rupa, sehinggakan penampilan EVO itu sebaya sebuah Ferrari - Ferrari kaler merah, menghampiri gerai makcik Wok. Parkir hampir dengan meja dak Dino. Chuek chuit puek puik bunyi dari kereta itu apabila remote ditekan, lampunya pula menyala terpadam berselang-seli berirama dengan bunyi itu.
 
Seorang lelaki keluar dari perut kereta itu, berselipar jepun, berseluar jean, kuning bajunya - ada belang hitam. Lelaki itu, terus ke meja dak Dino. Boleh saya duduk.?! Dino menggangguk. Lelaki itu mengusap janggut, lalu menghulurkan tangan kepada Dino. Saya, Azlan. Senyum dia...
 
Dino dan Azlan bersarapan bersam-sama...
 
'Integriti dan loyal adalah dua ciri daripada 30 ciri-ciri seorang pemimpin. Integriti adalah di nombor satu, loyal pula di nombor 19 dalam keutamaan, bermakna seorang pemimpin harus menjunjung integriti... kepemimpinan yang rendah integriti harus ditolak ke tepi, walaupun dia seorang pemimpin yang loyal.' Azlan membuka bicara.
 
'Loyal pun ada di dalam senarai, sekurang-kurangnya...!!!', balas Dino.
 
 
.
 
 
salam.
 
 
.

Monday, May 27, 2013

Botol dakwat Shaeffer, ada telaga-dakwat...!!!

.
Di kedai Popular, ada dua lorong untuk ke kaunter. Satu lorong dikhaskan untuk yang menggunakan bbim.
.
Di satu sudut di bahagian stationery ada sebuah kaunter yang ada almari kaca, di dalam almari kaca itu ada banyak pen fountain diperagakan, Azlan hanya berminat untuk membeli dakwat sahaja. Apabila Azlan menunjuk ke arah kotak-kotak dakwat yang diperagakan, Sales Promoter kata, dakwat itu bukan untuk dijual tetapi, adalah free-gift atas pembelian sebatang pen fountain. Tidak dijual, katanya. Di kotak pen fountain itu ditulis RM168. Walaupun Azlan sangat memerlukan dakwat itu, adalah sangat tidak masuk-akal untuk membeli sebotol dakwat bersama sebatang pen fountain. Azlan menggaru-garu dagu, lalu dilurut-lurut beberapa helai janggut - sebuah isyarat kekecewaan, kerana dia baru sahaja memberitahu dak Dino lewat blog bahawa dakwat pen fountain mungkin ada di Popular... (adakah mungkin, dakwat habis kerana diborong oleh brader spr, untuk mengecat jari pemilih-pemilih di pru13...?!)
.
 
.
...di Bintang MegaMall itu, kedai Popular adalah bertentangan dengan Parkson. Azlan ke Parkson pula, terus ke kaunter yang memperagakan pen fountain. Sales Promoter kata, kaler merah sahaja yang tinggal, untuk pen Parker. Kamu guna pen apa, tanya promoter itu. Shaeffer. Shaeffer ada, last satu botol, kaler biru katanya... ada jugakla yang tertinggal buat Azlan.
.
 
.
 
.
Nota ringkas kepada saudara Dino :
Salam. Aku baru beli dakwat. Usahla ko risau lagi tentang nasib pen fountain Shaeffer itu. (Shaeffer boleh disebut Sepa - kerana mungkin depa suka tulis-tambah huruf supaya lebih panjang perkataannya...).
Cuma, yang aku kurang berkenan, botol dakwat itu serupa botol tonik 'Tenaga Batin', tetapi, tidak mengapalah...!!!
Oya, di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kat ko - kerana tak pergi ngundi, sekurang-kurangnya, masih ada sebotol yang tinggal untuk aku...!
.
 
 
 
 
.
salam.
.

Saturday, May 25, 2013

Pandanglah ke utara... kerana di utara itu ada sebuah cinta yang hadir, walau seketika cuma...!!!


.

Dino pesan roti canai (kosong katanya) dan teh tarik (nak 29 buih katanya). Jamal tidak perlu pesan, dia hanya mengangguk, dan tunjuk 2 jari. Makcik Wok sendiri yang menghantar pesanan mereka.

'Sesetengah orang mempunyai impian yang tinggi-melampau, yang apabila mereka cuba untuk menggapai impian itu, nama mereka tercetak dalam sejarah sudah terjamin...!', kata Jamal kepada Dino ketika sedang mengunyah roti canai - penuh di mulut, ada bunyi kecil bertingkah berkocak kecepak kecepuk dalam suaranya itu. Dino pula sedang menelan sisa dan saki baki roti canai yang berasimilasi di dalam rongga mulut, lalu menghirup pula sedikit teh tarik, mengangkat kepala memandang ke arah utara. Sejak dari mula-mula sampai tadi, Dino sekejap-sekejap memandang ke arah utara.

'Berpaut pada kisah lalu, dan mencari kerisauan dan meresahi nasib di masa hadapan... adalah suatu penyiksaan...!!!', balas Dino.

Pemandangan di arah utara berbeza dengan arah selatan. Di arah utara, banyak rumah teres, di arah selatan pulak banyak banglo (besar-besar banglo itu). Sekiranya kita melihat di arah selatan dan selepas itu kita melihat di arah utara pulak, rumah-rumah yang di arah utara itu akan kelihatan seperti rumah-rumah setinggan...

'Segala-galanya..., tentang perubahan.!!!', pintas Jamal.

'Tidak perlu engkau risau sangat tentang itu. Setiap daripada kita pasti sampai ke satu istilah... kegagalan...!!!', Dino cuba menenangkan Jamal, yang nampak tertekan jiwanya dan seperti terperangkap dalam keadaan yang tidak berjiwa. Ada senyuman sinis daripada Dino.

Dino masih lagi terpandang-pandang ke arah utara, ada ketikanya memerhati pula gelas teh tarik yang sudah kosong, yang tinggal hanyalah beberapa butir buih yang masih melekat di dinding dalam gelas itu. Jamal terpegun melihat Dino itu. Senyap-senyap, dia ke kaunter membayar, lalu beredar, meninggalkan Dino duduk seorang diri - bersendirian (bertafakur mungkin). Sekejap-sekejap Dino tunduk, memicit-micit dahi, sekejap-sekejap mendongak semula, memandang ke arah utara, sedang mengintai... merenung lebih lama lagi.!, kerana dari simpang tiga di arah utara itula Nila akan muncul.

Semalam, tatkala Nila muncul dari simpang itu, bagai sebuah cahaya sedang memancar, tiada kelihatan pula segala benda kecuali Nila, tiada kedengaran sebarang bunyi melainkan bunyi derap dari langkah kaki Nila dan haruman bunga tanjung. Itu perasaan Dino. Semakin Nila menghampiri gerai makcik Wok, semakin menunduk pula Dino, menahan debar di jantung yang semakin berdetak. Hari ini, Nila tidak muncul-muncul...

'Nila tak turun hari nih, nak Dino.! Dia ke Kuala Lumpur, nak beli Wacoal katanya...!', makcik Wok menepuk bahu Dino.

 

 

.

 

.

 

salam.

.

 

Wednesday, May 22, 2013

Lamunan Terhenti, ialah lagu Aris Ariwatan... tetapi semalam, bukan lamunan, sebaliknya hanya mimpi...

...
 
... menyambung cerita dak dari blog AkuYangAkut sudah menjadi trend penulisan di dalam blog saya. Kali ini, saya cuba pula tulis dalam bentuk atau genre yang lebih sinikal.
 
...
.
Dino tidak perlu menunggu lama. Baru sahaja dia selesai mendaftar nama di klinik dokter perempuan (dokter itu tidak la tua, tidak juga muda... sedang-sedang umurnya - pertengahan.), yang letaknya tidak jauh dari simpang gerai makcik Wok, namanya dipanggil, masuk ke dalam bilik rawatan. Dia masuk ke dalam bilik rawatan itu penuh maco, tegap dan gagah gayanya, tetapi teleng.
Selamat pagi, encik Dino.!, sapa dokter perempuan itu. Berkerudung dokter itu, keras mukanya seperti singa. Sakit apa.?!, tanyanya.
Sakit mimpi...!, kak.
Hah.!
Malam tadi saya bermimpi, bila bangun, sakit pulak tengkuk nih... ini semua angkara Khalid.!
Mimpi.?! Sakit tengkuk.?! Apa kaitan dengan Khalid.?!
Dalam mimpi itu, Khalid belasah saya....!!!
 
 
.
+++++
.
Malam tadi, saya bermimpi, dalam mimpi itu ada Khalid. Pak dia dan tok dia pun sama namanya, cuma ejaannya lain-lain. Khalid - K.H.A.L.I.D, pak dia - K.H.A.L.E.D, tok dia - K.H.A.L.E.E.D.
Khalid ketuk pintu, saya tak bukak... Dia ketuk lagi berkali-kali bertalu-talu, saya masih tak bukak... Dia panggil nama saya (eh.! camner dia tau nama saya.?!...), saya tak sahut. Dia ketuk lebih kuat lagi, saya buat tak tahu... akhirnya, dia rempuh pintu. Terkepakla daun pintu. Dia terus serbu. Ada lima orang bersama dengan dia...
PANGgggg...!!! dia bagi penumbuk di muka saya. Saya jatuh. Terduduk. Dia terus serkup kepala saya dengan karung kain warna hitam. Terus gelap pandangan saya. Rasa rimas, tapi saya tak lemas.
Dia kilas tangan kiri saya, dia tiarapkan saya. Dia di sisi kiri saya. Tangan kiri, dia pegang tangan kiri saya. Dikilas. Lutut kiri pula menekan belakang. Lutut kanan menekan 'buritan'. Tangan kanan mencengkam tengkuk.
Dia tanya saya, kenal Hasri. Saya jawab, iya, kenapa.?!. Dia kata, dia tengah cari Hasri sebab Hasri buat 550. Hasri buat racun serangga ker?!, saya tanya balik. Dia jadi marah... Tidak! Bodoh!. Dia cengkam tengkuk saya lebih kuat lagi. Hah...! rasa nak lemas bernafas dalam karung dan sungguh gelap tuh. Saya mintak dilonggarkan, dia suruh sorang longgarkan...
Kemudian dia tanya lagi. Kamu tahu di mana Hasri.?! Saya jawab, saya tak tahu, mungkin dia duduk di dalam hutan. Dia jadi sangat marah. Dia cengkam tengkuk saya, lebih kuat lagi, ditekannya ke lantai.
Saya hampir lemas. Tangan kanan saya yang bebas, saya raba setakat yang tercapai apa-apa yang ada di atas lantai, walaupun sebatang mancis, supaya saya bulih ketuk Khalid itu, tapi tak ada apa-apa di atas lantai itu. Saya raba lagi, dapatla satu barang, sebesar mangkuk Megi. Saya baling ke arah Khalid itu. PrangGGG... pling pling pling, benda tuh terkena dinding, jatuh berkecai dan bersepai...
Saya terbangun oleh bunyi itu. Rupa-rupanya saya baling jam loceng ke dinding. Bila saya bangkit, tengkuk rasa sakit, dan keba-kebas... nafas tersekat-sekat...!!!
.
+++++
Boleh pulak kamu capai jam loceng...?!
Ha ah... mimpi saya, suka hati saya lah...!!!
Kamu meniarap di atas katil tuh.! saya sedang sediakan ubatnya. Nanti saya bagi awak ubat otot sekali, dan ubat tahan sakit, arah dokter perempuan itu.
Kenapa meniarap, kak.?!, tanya Dino kehairanan.
Nak inject 'buritan'...
Yang sakit, tengkuk, inject tengkuk la...!!!, Dino cuba membantah.
Ha ah... syringe saya, suka hati saya lah...!!!
 
.
 
salam.
.

Saturday, May 4, 2013

Inai itu di jari, bukannya di dahi...!!!

. 

Bendera-bendera berkibaran di sepanjang jalan dari rumah Dino hinggalah ke gerai makcik Wok, lebih meriah bendera-bendera itu di simpang-simpang jalan (kerana mungkin orang akan memperlahankan kereta apabila menghampiri simpang dan bulih menatap bendera-bendera itu lebih betah). Ada gambar dacing di bendera itu, ada jugak bendera yang hanya ada bulat di tengah berbentuk bulan penuh. Jamal dan Dino sedang duduk di gerai Makcik Wok, Jamal merenung jalan raya yang penuh bendera dan mendongak memerhatikan bangunan tinggi berwarna putih yang nampak berkilau keemasan dipancar cahaya matahari pagi.

"Ko dapat sms dari tuan Pi eM tak...?!", tanya Jamal kepada Dino yang sedang mengusap-ngusap tangan dan serentak jugak mengurut-urut jari-jemarinya.

"Lima haribulan jariku ini diinai...", sahut Dino. Bersahaja.

"Tuan Pi eM menyeru mengundi dacing.! Ko tahu kan...?! Anak muda, adalah sangat tidak setia kepada parti-parti politik, mereka akan mengundi mengambilkira isu-isu ekonomi, seperti harga kereta dan pinjaman perumahan... tapi, tuan Pi eM berjanji - lebih banyak uang untuk buat jalan baru, klise...!!!"

Dino mengangguk, matanya mengekori gerak dan lenggok pembantu makcik Wok yang sedang menghantar pesanan dari satu meja ke satu meja, tetapi ekor mata Dino lebih tertumpu pada dada (kerana ada cerita yang disimpan oleh dua bonjol di dada pembantu makcik Wok itu). Apabila pembantu makcik Wok kembali ke kaunter gerai, Dino menghirup teh tarik (seperti burung unta yang menyembunyikan kepala di dalam pasir kerana mengelak untuk dilihat), dan mengoyak-ngoyak roti canai, lalu roti canai yang sudah carik itu dicelupkan ke dalam kuah kari kepala ikan, disuapkannya ke dalam mulut.

"Ko dengar tak, apa aku cakap nih...?!", jerkah Jamal.

Dino senyum sahaja, tetapi dek khayalannya tidak mungkin dia mendengar apa yang dibebelkan oleh Jamal... Jamal pula memutar-mutarkan gelas teh tarik, masih di situ jugakla duduk gelas itu, cuma dada meja bercetak berbentuk bulatan di bontot gelas itu. "Apa ker pelik benar?! terang-terang anak muda paham, buat jalan baru itu... adalah sama dengan mengisi poket-poket kembung sang politikus, poket-poket yang sentiasa tidak pernah penuh...!!!"

"Ha ah... esok, jari kita diinai...!!! botol inai itu mesti digoncang-goncang supaya inai boleh kekal melekat lebih lama di jari, agar susah inai itu tanggal...!!!", sampuk Dino. Matanya masih lagi melekap-mengekori pembantu makcik Wok - Nila namanya...

"Ahhhh...! ko nih, mabuk teruk...! mau esok, ko, depa calit inai itu di dahi...!!!"

Jamal menghabiskan baki teh tarik dan beredar pergi, sambil menyanyi lagu 'biar bulan bicara'... kecil suaranya tetapi betul iramanya, kepalanya mendongak memandang ke langit, jari telunjuknya pula menunjuk ke atas (mungkin ada bulan di langit itu...).

"Aku lagi... yang kena bayar mamat nih...!!!", keluh Dino.

 

.

 

 

salam.

 

.