...
... menyambung cerita dak dari blog AkuYangAkut sudah menjadi trend penulisan di dalam blog saya. Kali ini, saya cuba pula tulis dalam bentuk atau genre yang lebih sinikal.
...
.
Dino tidak perlu menunggu lama. Baru sahaja dia selesai mendaftar nama di klinik dokter perempuan (dokter itu tidak la tua, tidak juga muda... sedang-sedang umurnya - pertengahan.), yang letaknya tidak jauh dari simpang gerai makcik Wok, namanya dipanggil, masuk ke dalam bilik rawatan. Dia masuk ke dalam bilik rawatan itu penuh maco, tegap dan gagah gayanya, tetapi teleng.
Selamat pagi, encik Dino.!, sapa dokter perempuan itu. Berkerudung dokter itu, keras mukanya seperti singa. Sakit apa.?!, tanyanya.
Sakit mimpi...!, kak.
Hah.!
Malam tadi saya bermimpi, bila bangun, sakit pulak tengkuk nih... ini semua angkara Khalid.!
Mimpi.?! Sakit tengkuk.?! Apa kaitan dengan Khalid.?!
Dalam mimpi itu, Khalid belasah saya....!!!
.
+++++
.
Malam tadi, saya bermimpi, dalam mimpi itu ada Khalid. Pak dia dan tok dia pun sama namanya, cuma ejaannya lain-lain. Khalid - K.H.A.L.I.D, pak dia - K.H.A.L.E.D, tok dia - K.H.A.L.E.E.D.
Khalid ketuk pintu, saya tak bukak... Dia ketuk lagi berkali-kali bertalu-talu, saya masih tak bukak... Dia panggil nama saya (eh.! camner dia tau nama saya.?!...), saya tak sahut. Dia ketuk lebih kuat lagi, saya buat tak tahu... akhirnya, dia rempuh pintu. Terkepakla daun pintu. Dia terus serbu. Ada lima orang bersama dengan dia...
PANGgggg...!!! dia bagi penumbuk di muka saya. Saya jatuh. Terduduk. Dia terus serkup kepala saya dengan karung kain warna hitam. Terus gelap pandangan saya. Rasa rimas, tapi saya tak lemas.
Dia kilas tangan kiri saya, dia tiarapkan saya. Dia di sisi kiri saya. Tangan kiri, dia pegang tangan kiri saya. Dikilas. Lutut kiri pula menekan belakang. Lutut kanan menekan 'buritan'. Tangan kanan mencengkam tengkuk.
Dia tanya saya, kenal Hasri. Saya jawab, iya, kenapa.?!. Dia kata, dia tengah cari Hasri sebab Hasri buat 550. Hasri buat racun serangga ker?!, saya tanya balik. Dia jadi marah... Tidak! Bodoh!. Dia cengkam tengkuk saya lebih kuat lagi. Hah...! rasa nak lemas bernafas dalam karung dan sungguh gelap tuh. Saya mintak dilonggarkan, dia suruh sorang longgarkan...
Kemudian dia tanya lagi. Kamu tahu di mana Hasri.?! Saya jawab, saya tak tahu, mungkin dia duduk di dalam hutan. Dia jadi sangat marah. Dia cengkam tengkuk saya, lebih kuat lagi, ditekannya ke lantai.
Saya hampir lemas. Tangan kanan saya yang bebas, saya raba setakat yang tercapai apa-apa yang ada di atas lantai, walaupun sebatang mancis, supaya saya bulih ketuk Khalid itu, tapi tak ada apa-apa di atas lantai itu. Saya raba lagi, dapatla satu barang, sebesar mangkuk Megi. Saya baling ke arah Khalid itu. PrangGGG... pling pling pling, benda tuh terkena dinding, jatuh berkecai dan bersepai...
Saya terbangun oleh bunyi itu. Rupa-rupanya saya baling jam loceng ke dinding. Bila saya bangkit, tengkuk rasa sakit, dan keba-kebas... nafas tersekat-sekat...!!!
.
+++++
Boleh pulak kamu capai jam loceng...?!
Ha ah... mimpi saya, suka hati saya lah...!!!
Kamu meniarap di atas katil tuh.! saya sedang sediakan ubatnya. Nanti saya bagi awak ubat otot sekali, dan ubat tahan sakit, arah dokter perempuan itu.
Kenapa meniarap, kak.?!, tanya Dino kehairanan.
Nak inject 'buritan'...
Yang sakit, tengkuk, inject tengkuk la...!!!, Dino cuba membantah.
Ha ah... syringe saya, suka hati saya lah...!!!
.
salam.
.
13 comments:
hah! ko pun sakit tengkuk?
urat di buritan yang dicucuk itu bersangkut terus ke urat tengkuk. Itu kata doktor dalam mimpi Hasri...
...maknanya sakit tengkuk, inject kat buritan la yer.
entah mengapakah hatiku bergetaran
bila bertemu lagi oh kekasih lama
kucuba selindungkan api keresahan
namun perasaan ini berapi di dalam
kukira engkau sudah melupakan
kerna itulah engkau nampak tenang
lainlah aku walau ketika ini
masih membara ingatanku terhadapmu...
sepa, sambung... :)
.
TM ni kalau hari memantai Wesak je dia angau sikit kat ko... ko kena la layan lebih sikit...
Dino, tak payah la cemburukan Sepa sangat... kakakaka...
aku nyanyi lagu Lamunan Terhentilah!
:D
.
mem,
Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu kasih berputik
Kugenggam erat tanganmu
Kau tunduk sembunyikan wajah
Namun dapat aku meneka hatimu
Sehati denganku
Lalu kau mendongak berbalas renungan
Dan dengan perlahan tangan kau lepaskan
Kau pun berlalu dalam kepekatan malam
Tinggal aku seorang
.
hah.! Dino pulak sambung. hehehe
...aku sambung bagi pihak Dino.
.
Terhenti lamunan bila ku dikejutkan
Engkau dipimpin pergi oleh seseorang
Dalam keterpaksaan kau melangkah kaki (pergi)
Namun sempat jua kau menoleh ku disini
.
hehehe...
...dan aku ulang2 nyanyi part aku, sambil bernyanyi dalam renyai hujan, ada pelangi di kaki langit.
ok tak Dino... hahaha
.
aku baru nak sambung... ko dah sambung Sepa...
Dino kita suruh main gitar je la.. dia nyanyi tak sedap. hihi...
:D
(aku suka lagu nih :))
.
Dino main gitar jeh... suara dia tak sedap. hehehe...
hahahaaha...... padan muka len kali memain lagi dengan Dokto..!!... nonggeng cepat..!!!
hahahahaaa....
'habih .. kalau sakit mata .. injek kat mata ??!! kata doktor perempuan berkerudung yang berwajah singa itu...
Aku tak mampu nak nyanyi... (terlalu sayu)...
jadikanlah sedu sedan aku ini wirama untuk lagu yang korang nyanyikan tu...
CPL,
:)
.
DrSinga,
sakit mata tak cucuk kan, guna cermin je eh. :)
.
Dino,
bulih bulih...
Post a Comment