Monday, May 27, 2013

Botol dakwat Shaeffer, ada telaga-dakwat...!!!

.
Di kedai Popular, ada dua lorong untuk ke kaunter. Satu lorong dikhaskan untuk yang menggunakan bbim.
.
Di satu sudut di bahagian stationery ada sebuah kaunter yang ada almari kaca, di dalam almari kaca itu ada banyak pen fountain diperagakan, Azlan hanya berminat untuk membeli dakwat sahaja. Apabila Azlan menunjuk ke arah kotak-kotak dakwat yang diperagakan, Sales Promoter kata, dakwat itu bukan untuk dijual tetapi, adalah free-gift atas pembelian sebatang pen fountain. Tidak dijual, katanya. Di kotak pen fountain itu ditulis RM168. Walaupun Azlan sangat memerlukan dakwat itu, adalah sangat tidak masuk-akal untuk membeli sebotol dakwat bersama sebatang pen fountain. Azlan menggaru-garu dagu, lalu dilurut-lurut beberapa helai janggut - sebuah isyarat kekecewaan, kerana dia baru sahaja memberitahu dak Dino lewat blog bahawa dakwat pen fountain mungkin ada di Popular... (adakah mungkin, dakwat habis kerana diborong oleh brader spr, untuk mengecat jari pemilih-pemilih di pru13...?!)
.
 
.
...di Bintang MegaMall itu, kedai Popular adalah bertentangan dengan Parkson. Azlan ke Parkson pula, terus ke kaunter yang memperagakan pen fountain. Sales Promoter kata, kaler merah sahaja yang tinggal, untuk pen Parker. Kamu guna pen apa, tanya promoter itu. Shaeffer. Shaeffer ada, last satu botol, kaler biru katanya... ada jugakla yang tertinggal buat Azlan.
.
 
.
 
.
Nota ringkas kepada saudara Dino :
Salam. Aku baru beli dakwat. Usahla ko risau lagi tentang nasib pen fountain Shaeffer itu. (Shaeffer boleh disebut Sepa - kerana mungkin depa suka tulis-tambah huruf supaya lebih panjang perkataannya...).
Cuma, yang aku kurang berkenan, botol dakwat itu serupa botol tonik 'Tenaga Batin', tetapi, tidak mengapalah...!!!
Oya, di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kat ko - kerana tak pergi ngundi, sekurang-kurangnya, masih ada sebotol yang tinggal untuk aku...!
.
 
 
 
 
.
salam.
.

7 comments:

Nizam.Ariff said...

botol da'wat tu macam botol tonik tenaga batin?

err... hmmm....

aku rasa da'wat tu untuk pen lain kut...

SuzieLAWAti said...

satu botol dakwat pen serupa botol tonik berwarna biru tu berapa lama boleh bertahan untuk sebatang pen Shaeffer... huhhuu....

Dr K said...

tak pernah umur aku pakai pen fountain kena isi dakwat ni...leceh..aku tak suka...hihihihi...

sepa said...

Dino,


... pen lain, dakwatnya kaler pun lain ar... hahaha


.
CPL,

kalau rajin menulis macam dak Dino, tiga bulan dah tentu abis. :)


.
Daddy Ziyyad,

...eh, cuba la. :)
aku pakaipun sebab, hadir pertama dlm hidup adalah sebatang pen fountain...

.

sepa said...

* hadir = hadiah...

tasekM said...

aku kalau guna pen ni tobat la terlambak masa nk bubuh dakwat.

haha.



.

sepa said...

mem,

buh dakwat la yg buat aku suka guna pen nih... hehehe


.