.
Dino pesan roti canai (kosong katanya) dan teh tarik (nak 29 buih
katanya). Jamal tidak perlu pesan, dia hanya mengangguk, dan tunjuk 2 jari.
Makcik Wok sendiri yang menghantar pesanan mereka.
'Sesetengah orang mempunyai impian yang tinggi-melampau, yang apabila
mereka cuba untuk menggapai impian itu, nama mereka tercetak dalam sejarah
sudah terjamin...!', kata Jamal kepada Dino ketika sedang mengunyah roti canai
- penuh di mulut, ada bunyi kecil bertingkah berkocak kecepak kecepuk dalam
suaranya itu. Dino pula sedang menelan sisa dan saki baki roti canai yang
berasimilasi di dalam rongga mulut, lalu menghirup pula sedikit teh tarik,
mengangkat kepala memandang ke arah utara. Sejak dari mula-mula sampai tadi,
Dino sekejap-sekejap memandang ke arah utara.
'Berpaut pada kisah lalu, dan mencari kerisauan dan meresahi nasib di masa
hadapan... adalah suatu penyiksaan...!!!', balas Dino.
Pemandangan di arah utara berbeza dengan arah selatan. Di arah utara,
banyak rumah teres, di arah selatan pulak banyak banglo (besar-besar banglo
itu). Sekiranya kita melihat di arah selatan dan selepas itu kita melihat di
arah utara pulak, rumah-rumah yang di arah utara itu akan kelihatan seperti
rumah-rumah setinggan...
'Segala-galanya..., tentang perubahan.!!!', pintas Jamal.
'Tidak perlu engkau risau sangat tentang itu. Setiap daripada kita pasti
sampai ke satu istilah... kegagalan...!!!', Dino cuba menenangkan Jamal, yang
nampak tertekan jiwanya dan seperti terperangkap dalam keadaan yang tidak
berjiwa. Ada senyuman sinis daripada Dino.
Dino masih lagi terpandang-pandang ke arah utara, ada ketikanya memerhati
pula gelas teh tarik yang sudah kosong, yang tinggal hanyalah beberapa butir
buih yang masih melekat di dinding dalam gelas itu. Jamal terpegun melihat Dino
itu. Senyap-senyap, dia ke kaunter membayar, lalu beredar, meninggalkan Dino
duduk seorang diri - bersendirian (bertafakur mungkin). Sekejap-sekejap Dino
tunduk, memicit-micit dahi, sekejap-sekejap mendongak semula, memandang ke arah
utara, sedang mengintai... merenung lebih lama lagi.!, kerana dari simpang tiga
di arah utara itula Nila akan muncul.
Semalam, tatkala Nila muncul dari simpang itu, bagai sebuah cahaya sedang
memancar, tiada kelihatan pula segala benda kecuali Nila, tiada kedengaran
sebarang bunyi melainkan bunyi derap dari langkah kaki Nila dan haruman bunga
tanjung. Itu perasaan Dino. Semakin Nila menghampiri gerai makcik Wok, semakin
menunduk pula Dino, menahan debar di jantung yang semakin berdetak. Hari ini,
Nila tidak muncul-muncul...
'Nila tak turun hari nih, nak Dino.! Dia ke Kuala Lumpur, nak beli Wacoal
katanya...!', makcik Wok menepuk bahu Dino.
.
.
salam.
.
8 comments:
utara.
dan.
cinta yg hadir seketika...
(aku faham Sepa... aku faham... :) )
.
Nila?
Nila sudah arwah. Bra Wacoal yang hanyut di sungai Rajang menjadi buktinya.
Sebenarnya Dino membayang, ingatannya kekal dalam ilusi halusinasi.. .dia termenung.
Dan sebenarnya, Makcik Wok juga memakai Wacoal, cuma dia tak tunjuka kepada Dino saja. Kalau pun ditunjukan, DIno pasti tak percaya.. Dino pasti menuduh Makcik Woklah yang membunuh Nila.
Nila sudah tiada, DIno.
Sudah tiada...
Janganlah di pandang arah Utara lagi.
mem,
ko faham yer.?! bagusla tuh.
tajuk dan cerita, bertemu hanya pada utara-nya, kan?!
ada cerita pada tajuk.!
ada jugak cerita pada entri.!
itu pasalla banyak diulang : 'pula' dan 'jugak'.
hehehe...
.
Dino,
tepat sekali...!!!
bahagian ini masih lg permulaan pada pertemuan.
pengukuhan kepada perkenalan, dan,
pembentukan kepada keakraban... akan menyusul.
Wacoal itu adalah satu daripada cebisan puzzle yang akan dicantum menjadi cerita penuhnya nanti...
hehehe...
.
kekadang aku rasa nak give-up eh tuk sambung... sbb watak Azlan tak masuk2 lg tuh.!
.
hermmmm.... wacoal ja... skiva kan ade.. oke pe.... heheeh...
mesti makcik wok tu gebus kan..?!...
kenapa x ade selatan dalam cerita ni ... tetiba...
saje buat2 tak paham..!!
tak payah nak wacoal sangat lah. Avon pun best ape! Hahahaha!!!
haha Wacoal tewww!
aku teringat citer si suami yg beli bra utk wifenya, tersalah sukat bila naik LRT...wahahaha
CPL,
Skiva tuh, sama jugak cara guna ke.?! :)
(...sajer tak tau... hehehe)
.
gB,
Avan yer... hehehe
.
LW,
camner criter depa kak. ada gaduh2 tak.?!
Post a Comment