Thursday, September 29, 2011

shaft yang bengkok, tetap bengkok...?!

*****
Bab 1. Lebudin dan shaft yang bengkok.

*****

Bos, shaft satu pam di sludge pit udah rosak. Calar2 dan bengkok. Udah diganti mechanical-seal, masih tak boleh ngepam. Mau di-repair atau beli yang baru, bos? Lapor Lebudin, pomen kilang, dalam satu mesyuarat harian jabatan maintenance. 
Lebudin, orang jawa, tapi petah berbahasa Malaysia sebab dah lama dia berkerja di Malaysia. Bila syarikat bukak kilang di Indonesia, dia segera menawarkan diri untuk jawatan pomen, walaupun semasa di Malaysia, dia hanyalah mekanik aprentis.

Pam jenis apa? Tanya Azlan, manajer kilang.
MTP OB3. Jawabnya ringkas.
Wooo... pam besar tuh.! Mahal la sebijik, Din. Kalau boleh repair, bagus di-repair. Biasanya repair lagi murah dan kadang-kadang lebih bagus dari yang ori. Kalau ko ada main-shaft press yang ko dah ganti, kita boleh mesinkan dan buat shaft pam. Main-shaft press kuat, dari jenis EN24. Ko hentak2, ko baling2 pun tak pa. Aku rasa 2 tahunpun tak rosak. Terang Azlan.

Jadi, kita repair jak, bos. Balasnya.
Iya. Jawab Azlan sambil mengangguk.
Kita suruh siapa buat, bos. Tanyanya lagi.
Siapa biasa buat2 repair untuk kilang nih.?
Pak Khiong.

Pak Khiong ada sebuah syarikat membekal alat2 ganti untuk kilang kelapa sawit. Dia boleh buat apa saja. Tanya je. Dia akan jawab, bisa pak. Semuanya boleh. 
Syarikatnya berdaftar sebagai CV Farmer & Engineering. CV berasal dari bahasa Belanda - bermaksud enterprise di Malaysia.

Kalau macam tuh, ko bagi shaft yang rosak tuh kat Pak Khiong sebagai sampel. Cakap kat dia, buat ukuran ikut sampel dan tepat2. Kalau boleh tight-fit, tak da clearance.

Okey, bos.


*****
Bab 2. Shaft yang baru.

*****
dua minggu kemudian...

Din, kenapa pam di sludge pit tak siap2 repair?! Dua hari lepas, Pak Khiong telefon aku. Katanya shaft dah siap. Dah bagi sama Lebudin katanya. Ko la Lebudin...! Azlan nampak tegas petang tuh setelah mendengar aduan dari seorang pekerja tentang pam di sludge pit yang tak siap2 di-repair.
Udah memang udah, bos. Tapi, tak ngam.! Tak boleh pakai. Jawab Lebudin sedikit ketakutan dan keliru.

Kenapa?! Bawak shaft tuh ke sini. Aku nak tengok. Apa la korang nih.! Pasang shaft pun susah jugak ka?! eh Din, bawak ke tempat pam. Aku tunggu di sana... Biar senang aku tunjukkan kat ko cam ne nak pasang...

*

Bos, ini shaft yang Pak Khiong dah buat. Lebudin menunjukkan shaft dan menyerahkan kepada Azlan.


*****
Bab 3. Pak Khiong bersama manajer kilang.

*****
...esok petangnya, di workshop kilang.

Iya, pak. Bapak carik saya? Tetiba Pak Khiong muncul dari belakang sedang Azlan memeriksa buku log maintenance di workshop kilang.
Kamu Pak Khiong.? Tanya Azlan.
Iya, pak. Ada yang bisa saya bantu, pak. Balas Pak Khiong dengan penuh sopan dan berhemah.

Mana shaft yang Lebudin mintak kamu bikin?
Udah siap, pak. Kemarin jugak saya udah kasi sama dia, pak.
Yang ini kah? Tanya Azlan sambil menunjuk ke arah dua batang shaft di atas working-table.
Iya, pak. Yang satu itu sampelnya, yang satu lagi yang saya bikin, pak.

Pak Khiong, kenapa dua2nya sama.? Tanya Azlan ragu.

Lebudin maunya saya bikin shaft seperti sampel yang dibaginya. Susah mau bikin, pak. Lantas, saya order dari Jakarta jak shaft yang baru. Shaft baru itu saya mesin di workshop lagi, pak. Tiga hari tuk siapkan, pak.

Kenapa ko tak hantar yang baru jak. Kita bukan mau ko buat shaft yang calar2 dan bengkok. Itu kan sampel jak. Sample shaft yang rosak...!!!??? Terkejut Azlan mendengar penerangan daripada Pak Khiong.

*****

Thursday, September 22, 2011

tiga orang indon dan seorang gantung kasut...

Joko, Supriadi dan Dominggus adalah orang Indonesia. Indonesia, sebuah negara yang besar di Asia Tenggara dan banyak pulau2. Joko dari Jawa. Supriadi dari Sulawesi. Dominggus dari Timur. Ketiga3 duduk dalam satu rumah. Walaupun di kampung halaman masing2 cakap dialek masing2, tapi bila dah duduk serumah, mereka berkomunikasi dalam satu bahasa. Bahasa Indonesia.

Joko berkulit sawo matang. Berdasarkan ketinggian dan berat badan atau BMI, Joko berada dalam kategori gemuk yang hampir kepada terlalu gemuk. Seorang yang vocal. Bersuara lantang. Suaranya yang lantang jugalah yang membawa tuah. Setiap kali ada pertandingan karaoke, dia akan turut serta. Tak pernah juara, tapi pernah di tempat kedua. Selalunya, tak dak hadiah. Sebab bertanding karaoke bukan di home ground selalunya memihak kepada sedaramara penganjur. Joko paham hal itu. Dan dia tak pernah juga mengeluh sekiranya tak menang, walaupun berkaraoke lagu dangdutnya sentiasa mendapat tepukan gemuruh penonton sehinggakan ramai yang bergelek2 sama. Di antara ketiga3, Joko lah yang paling berakal dan juga sedikit pintar.

Supriadi orangnya cerah sikit. Cerah sikit nih maksud aku, berkulit gelap. Yang cerahnya sikit. Tinggi lampai. Tak lekang dengan handphone yang disambung earphone. Hampir seluruh jasa handphone adalah untuk mendendangkan lagu2 dangdut Indonesia. Dia tak dak awek. Juga, tak kisah nak telefon bertanya khabar orang tua di kampung. Hatta, dalam baring tidur pun earphone masih tertanam dalam rongga telinga. Akibatnya, pendengarannya sudah mulai out. Kekadang kita terpaksa menjerit untuk memberitahu dia sesuatu hal. Dan banyak masa, kita kena suruh dia sebut-ulang apa yang kita cakap padanya agar tidak masuk angin keluar asap.

Dominggus pun secerah Supriadi. Berbadan kecil, pendek dan tak kuat. Tak jantan langsung. Bukan anak bapak. Suka membebel, kata orang itu ini sedangkan dirinya sendiri seposen pun tak guna. Tapi, dia sopan orangnya. Bersuara kecil, sehinggakan kekadang kita mendekatkan telinga ke mulutnya pabila dia mengeluarkan ucapan.


.
Satu hari :

Satu petang. Sedang ketiga2nya di ruang tamu rumah kompeni. Dominggus bersama remote tivi. Tukar canel ke canel. Joko pula menikmati keropok Double Decker, sambil mata tertumpu di tivi tanpa peduli gambar apa di skrin. Supriadi pula mundar-mandir, dengan kedua tangan disembunyi di belakang. Berjalan ala orang kaya.

Joko : Kamu kenapa sih, Adi.?
Supriadi : Gak apa2. Senang begini. Mengitung-itung langkah, mas Joko.
Dominggus : Kok iya pun, duduk jak.

Supriadi : Masih ngak bisa duduk. Aku lagi bingung neyh, Minggus. Hari neyh aku nggak kerja. Disuruh pulang oleh tuan manajer. Katanya kemarin udah disuruh gantung kasut. Pagi tadi juga aku sudah gantung kasut di luar tu. Aku pergi kerja pakey selipar. Bila tuan manajer nampak aku tadi pagi, langsung aku dipanggil. Ditanya kenapa aku kerja hari neyh. Pas, aku tanya kenapa. Dia kata hari neyh aku gantung kasut.

Joko : Ya udah..!. Besok kamu harus turun kerja...

Supriadi : Iya, mas Joko. Aku kira gantung kasut tuh disebabkan kasut aku kotor lantas harus dijemur. Manalah saya tahu, mas Joko maksud gantung kasut itu - nggak dibenar turun kerja.


Tuesday, September 20, 2011

facebook

facebook...

... aku deactivatekan sekali lagi...



untuk kali ke-2...



.

Monday, September 19, 2011

tips tips untuk memperbaharui insurans dan roadtax kereta

insurans dan roadtax dah nak tamat tempoh...?! ituka yang merunsingkan anda...


.
gini caranya :



.
bagitau kat mem :- dan mintak dia tolong buatkan.


.
dah...!

Sunday, September 18, 2011

7 langkah-langkah mudah servis kereta.

salam kepada pembaca semua. terutama yang berkereta. yang tak dak kereta, tak pa. boleh jugak baca, cuma sekadar untuk tahu.

*****
Langkah 1 

Mula-mula. Kenalpasti kereta mana nak diservis. Dalam kes nih, ada dua buah. Satu yg kaler kelabu, dan satu yang putih. Yang kaler kelabu...! Yang putih tuh tak perlu la nak pergi hantar servis, sebab kereta kompeni. Biar dak mekanik kompeni yang buat.
*****
*****

Langkah 2

Lepas tuh, bawak le kereta tuh keluar ke kedai servis kereta.

Jangan lupa tutup gate. Kuncikan. Saje nak ingatkan. Manala tau ada gajah ke, kuda ke, pecah masuk...!
*****



*****
Ah...! Hari nih kan hari minggu.!. Kebanyakkan kedai tutup, terutamanya kedai yang ada pekerja. Yang sendiri tokeh, sendiri kuli mungkin bukak.
Rumah atap merah tuh bukan arr... tuh rumah tokeh jugak, tapi bukan kedai servis kereta...!
*****

 *****
Kekadang kita terserempak ngan orang yang kita kenal. Nampak tak mamat yang berbaju putih sebelah kereta hitam atas garisan kuning - tuh adik pak mer. Boleh la ditegur. Kalau tak nak tegur, buat2 maco pandang ke kiri. Tapi, jangan dilanggar pulak...!
*****



*****
Langkah 3

Dah jumpa kedainya.! Terus jumpa sama cif mekanik. Bagitau; "bos, mau servis kereta."
Bagi kunci kereta kat dia.
*****
*****
Langkah 4

Pastikan kereta kita yang diservis.
*****







*****
Langkah 5

Bila mekanik bukak bonet kereta, kita buat2 tengok sama. Kalau nak tanya apa yang dia nak buat, inila jam nya. Tanya itu. Tanya ini.
*****
*****
Sekali-sekala, mencangkung la jugak depan kereta. Tengok dari depan, masa bonet tengah ternganga, maco tak kereta kita tuh...!
*****






*****
Kekadang, ada kedai kasi angkat kereta, supaya senang bukatutup lubang minyak enjin kat bawah.
*****
*****
Masa kereta tengah terangkat tinggi, ambil peluang nih untuk tengok apa ada kat bawah kereta tuh...!
Tengok jugak lantai kereta. Ketuk2 jika perlu. Saja nak pastikan lantai masih utuh kukuh.
*****




*****
Siapa pulak nih. Ooo... Mamat hensem nih, eskot.!. Jangan lupa tengok2 kan jugak. Kekadang ada cewek mengorat.
Hensem la pulak mamat nih.! Siap berkacamata itam. Hensem, hensem tu, macam pak nya kot. :)
***** 
*****
Langkah 6

Bayar bil. Biasanya tokeh dah tulis siap2. Ada ketika, baru jeh kita sampai, bil dah siap. Bayar. Boleh guna kad kredit, atau tunai. Kalau nak bayar tunai, kena la ke bank dulu. Ambik duit cukup2.
RM291.00...!???
*****


*****
Jangan bawak tunai masa nak servis kereta, agar tak melencong ke KFC, McD atau Cineplex.
Tuh...! Ada Maybank kat sebelah kanan.
Lupa nak bagitau. Untuk orang yang nak bayar tunai, kedai servis kereta haruslah ada bank berhampiran.
*****
*****
Kekadang kita terserempak ngan orang yang kita tak-kenal. Contohnya, minah2 saleh yang dua orang kat depan tuh. Kalau nak tegur, tegurlah. Gini caranya, hi mem, are you lost, may I help you. Hah...! Nampak tak...!
Jangan mengorat...!... :p
*****



*****
Dah bayar. Jangan lupa bawak balik free-gift.
Untuk servis kereta kali nih, free-gift adalah beg-galas yang boleh isi laptop.
Kekadang, diaorang bagi payung atau cap. Ada jugak yang hanya bagi - thank you, come again.
*****



*****
Langkah 7

Bawak balik kereta. Dan parkir-kan di tempat yang kita ambik tadi.
*****






*****
Dah sampai di rumah. Apa lagi...! Tengok tibi puas2...
*****








*****
Oya...! Lupa nak pesan...! Bukak kasut sebelum masuk ke dalam rumah...!
*****







.
.
.
.
Selamat Mencuba dan Selamat Maju Jaya...

:)
.




Friday, September 16, 2011

salam 16september2011

Salam Hari Malaysia.

Hari nih dikira hari merdeka la untuk dak orang2 Sarawak. Sebenarnya, bukanla merdeka sangat, cuma mendaftar menjadi Malaysia. Selepas dak keluarga Brooke menjadi Rajah, diganti pula oleh kolonial British dan akhirnya bersatu ngan Tanah Melayu. Maka, terbentuk la Malaysia. Itu yang diajar oleh sejarah. 

Salam Malaysia...


*****

Apa nak buat hari nih. Jejalan di shopping kompleks je la. Dan, akupun drive... 


*****

Mengimbau kenangan lalu. Dulu2nya orang2 Kuching menganggap merekalah orang2 Sarawak. Orang2 Sarawak adalah orang2 yang tinggal di Kuching. Pernah satu hari, aku ngan sorang abangku berjalan kaki dari Kampung Sinjan, Kuching nak ke Bangunan Sekretariat. Juga adalah Bangunan DUN Sarawak. Selalu gak tengok bangunan tuh dalam tibi itamputih. Nak gak rasanya tengok dekat2. Sesampai di satu simpang-3 di Kampung Tanjung, ada la beberapa orang mamat tahan kitaorang. (mamat2 nih tak hensem langsung.!!!.)

diaorang : Kamu dari mana.?. Tak pernah tengok pun.!
kami : Dari Miri.
diaorang : Korang bukan orang Sarawak, apa buat ke sini.!
kami : Miri pun Sarawak la.!
diaorang : Orang Kuching, orang Sarawak. Miri. Bukan......?!.



*****


Aku balik rumah bila dah nak senja....

*****

Dan, akupun terfikir. Kalau orang2 Miri bukan dianggap orang2 Sarawak oleh orang2 yang tinggal di Kuching. Bandaraya pusat pentadbiran negeri. Orang2 Sarawak pula.?!. Adakah dianggap sebagai orang2 Malaysia oleh orang2 KL.?!. Bandaraya pusat pentadbiran negara...!

lantak la....

epilog : aku yang lahir di kuching. berhijrah ke miri. dan pernah juga membesar di semenanjung malaysia.

Tuesday, September 13, 2011

notis 24jam dan ROLEX

Azlan masih lagi mengetuk-ngetuk mata pensil di atas kertas putih kosong saiz A4. Masih juga belum ada sepatah perkataanpun yang mampu terlakar dari mata pensilnya. Yang pasti, sudah terlalu banyak titik2 yang terhasil, yang bila disambung titik2 itu, boleh membentuk apa2 saja termasuk la, seorang petani bersama seekor kerbau sedang membajak sawah.

*****

Kata2 Rozaidi masih bermain di kepalanya.

"Tuan, apa yang nak dipikirkan lagi, putuskan saja. Seluruh kilang dah meluat dengan Padel tuh. Tadi dia buat hal lagi. Dia off-kan conveyor masa tengah penuh. Bila di-on-kan balik, dah overload. Sprocket pecah."
Kata2 Rozaidi, pomen kilang, semalam masih terngiang-ngiang.

"Rozaidi, sprocket pecah bukan salah Padel. Sprocket tak sepatutnya pecah. Biasanya trip je, overload mesti respond. Ko dah check setting overload tak? Mungkin korang set amp tinggi sangat. Ko tengok kat motor tuh, berapa maksimum amp motor boleh bawak? Alasan ko nih tak cukup kukuh. Aku tak boleh pecat pekerja sebab alasan tuh. Pada aku, itu salah korang tak check, atau design tak betul."
Jawapan Azlan masih tidak membantu. Rozaidi seolah tidak berminat dengan penjelasan Azlan. Padanya, itu cuma alasan untuk menyembunyikan kelemahan untuk tidak berani mengambil tindakan membuat keputusan. Rozaidi hanya diam dan minta diri.

"Aku kan manajer. Kenapa harus aku tertekan dengan permintaan dan desakan yang tidak memberi apa2 manfaat."
Bisik hatinya.

*****

"Keputusan mesti dibuat hari nih jugak, kalau tak, dikira condone."
Fikir Azlan.

Dia tahu, dalam sesebuah syarikat, keputusan untuk boleh dibuat, cukup hanya dengan 50 percent probability. Lain la mahkamah, mestilah beyond reasonable doubt.

Azlan membetulkan duduknya di kerusi yang bolehputardanturunnaik. Menegakkan badan dan bersedia untuk menetapkan keputusan. Padel yang sudah hampir 15minit dudk di depannya dalam kegelisahan masih juga sabar menunggu apa yang bakal diucapkan oleh tuan manajer. Sekali sekala, Padel cuba mengukir senyum, senyuman yang tawar berbaur gementar yang dikawal.

"Padel, kamu tau kenapa saya panggil.?!"
 Tanya Azlan keras.

"Tidak tahu, tuan. Kenapa, tuan?"
Jawab Padel sambil cuba mengorak senyum.

"Kamu boleh tanya kenapa.?! Tadi, saya jumpa kamu tido di platform di ramp. Itu salah. Tempat kerja bukan tempat tido.!!!."
Bentak Azlan.

"Iya. Benar, pak. Tadi saya tertidur. Capek, pak."
Balas Padel ringkas.

"Kamu tau kan, tido di tempat kerja itu salah...!!! Saya bagi kamu 24 jam...!!!"
Suasana agak sedikit tegang. Azlan dapat merasakan dingin di dalam bilik tuan manajer, oleh air-cond 1hp, semakin berbahang.  Bukan senang untuk nak boleh pecat seorang pekerja macam itu je. Mesti ada kes. Mesti juga jelas salahnya. Kekadang, keserasian dalam grup. Harmoni dalam kerja juga adalah faktor. Ada masanya keadaan peribadi orang itu jugak adalah faktor yang perlu diambilkira, dipertimbangkan jugak.

"Kenapa banyak sangat jamnya, pak? Nanti, terlalu banyak di tangan. Satu juga udah cukup, yang penting jam ROLEX." 
 Dengan riang Padel menerima berita dari tuan manajer.

Saturday, September 10, 2011

sejenak bersama imam muda abe syara



husna
diringkaskan, pada 8sept2011, khamis lalu, aku pergi la ke program solat hajat di sekolah sk st.joseph's, miri untuk memenuhi program2 sekolah untuk pelajar2 yang bakal menduduki upsr. husna, anak sulung aku akan ber-upsr tahun nih. program bermula dengan pendaftaran pukul 6ptg, solat maghrib, ceramah motivasi, solat isya', solat hajat dan jamuan makan malam. pak mak digesa datang. dan akulah salah sorang pak yang datang. aku ambik satu hari cuti untuk itu.

sk st.joseph's nih adalah alma mater aku. bersekolah di situ dari tahun 1979 hingga 1984. itu jam, nama sekolah tuh ialah sekolah rendah bantuan st. joseph's, in-short srb st.joseph's. orang kata, sekolah tuh adalah sekolah mubaligh kristian yang berfahaman katolik. dulu2, jaman aku, pelajaran agama islam formal mula diajar di darjah6. aku tak pernah tanya kenapa dulu pak aku hantar aku ke sekolah tuh. sedangkan ada 3orang abangku di srk sayed othman dan sorang di srb st.columba's.

lepas solat maghrib, pengerusi majlispun memperkenalkan penceramah malam tuh.

pengerusi majlis :
penceramah kita pada malam nih ialah seorang yang tidak perlu saya perkenalkan lagi. beliau ialah imam muda sharafuddin suaut. juga dikenali sebagai imam muda abe syara. 
(sampai kat sini, aku dah dapat rasakan kenapa puan tm rasa semak bila aku kata kat blog dia, akulah imam muda jugak.)
imam muda abe syara, berpendidikan awal di srk anchi,... bla bla bla. merupakan peserta dalam program realiti tibi imam muda.

imam muda abe syara nih orang miri...! terkejut gak bila tau. (memang terkejut, sebab aku dah tak minat nak tengok rancangan realiti tibi di meysia nih sejak mawi jadi juara af.) bayangkan, bandar miri yang lebih separuh adalah orang cina, dan yang lebih separuh dari yang tinggal kurang separuh adalah orang ulu. orang melayu dan islam hanyalah beberapa genggam, boleh muncul sorang peserta imam muda di peringkat nasional. bukannya ada sekolah pondok pun. bangganya aku, untuk seketika. mungkinkah aku juga adalah imam muda yang bakatnya belum dicungkil... ummmph...!


ucapan pembukaan daripada imam muda abe syara. 
"saya dan sebahagian besar orang di miri nih, bila dengar nama sk st.joseph's nih, beranggapan, mungkin ada beberapa orang je yang beragama islam di sekolah nih. tapi, bila dah sampai, saya diberitahu ada lebih 30 orang yang islam di tahun6."
"saya bukannya nak meyampaikan ceramah motivasi, tapi sekadar berkongsi..."

ucapan penutup daripada imam muda abe syara.
"nampaknya masa dah tak mengizinkan. waktu solat isya' dah hampir. sebagai penutup, saya nak ceritakan satu cerita. cerita tiga remaja masjid."
"
ceritanya cam nih:
ada 3remaja. asyik duduk2 dan melepak di masjid. tiap2 hari. satu hari, pak imam dah tak tahan dengan ketiga3 remaja nih, yang asyik melepak di masjid. lalu, pak imampun menegur. 
kamu 3orang, duduk melepak kat masjid nih, tak solatpun. solat la.
cam mana pak imam tau kami tak solat. jawab sorang.
kalau cam tu, solat maghrib nanti, datang bersolat. pelawa pak imam.

maka di petang tuh, datang la ketiga3 remaja tadi untuk bersolat. pak imampun tersenyumsuka. bila dah nak masuk waktu solat, pak imampun memanggil bilal untuk berazan. remaja pertama pula menawarkan diri.
biar saya je yang azan, pak imam.
silakan. balas pak imam.
dan berdiritegaklah remaja pertama tadi untuk melaungkan azan.

AlLah  ta'alaaa... AlLaaah ta'alaaaaaaaa......

segera imam memberhentikannya. 
dah.! dah.! dah.!. apa ko mengarut nih.!. tak payah.!. biar bilal jeh yang azan... 
tertunduk malu. remaja pertama tadipun berundur.

dan bersolat berjemaah maghrib. dah masuk kali yang ke sepuluh pak imam mengangkat takbir. tak jadi2. sebab pak imam masih tergelihati mengenangkan insiden azan tadi. tetiba remaja kedua menepuk bahu pak imam.
susah sangat ka nak angkat takbir pak imam.? biar saya jeh yang imamnya.
ko boleh ka.?
boleh, pak imam.
silakan.

AlLah huAkbar.

selesai bertakbir, remaja kedua nih pun menoleh ke belakang.
pak imam, saya buat sekali je...!

ko nih...! pun sama jugak dengan kawan ko tuh.!. cakap tahu.!. tapi, hah...!. herdik pak imam.

pak imam.! biar saya jadi imam. pinta remaja ke3.
ko boleh.
memang boleh, pak imam.
betul boleh.
betul, pak imam.
silakan.

dan remaja ke3 mengimamkan solat maghrib.
selesai solat. ma'mum memujimuji bacaan remaja ke3 tadi.
cantik sungguh bacaan...! terdengar suara dari antara ma'mum.
boleh buat menantu...! satu suara dari satu sudut.

dengan rasa bangga, remaja ke3 tadi tak segan2 berjalan bersebelahan dengan pak imam.
kawan2nya yang 2orang membontot di belakang, tunduk tunduk malu.

cantik bacaan ko tadi. sapa pak imam semasa mereka berjalan menghala ke pintu masjid.
tu belum lagi...!!!, pak imam. kalau saya ada wudhu'...!!!, lagi merdu bacaan saya. jawabnya.

"


Tuesday, September 6, 2011

sireh, pinang

"Hai Umi." Sapa Sumardi.
"Hai... berapa trip hari ni, bang Ardi.? Balas Umiarti.

"Mungkin tiga trip jak. Ari ni angkat buah dari blok baru. Buah sawitnya masih kecik-kecik." Terang Sumardi.

*****

Sejak dari pukul 7.30 petang, setelah selesai makan malam, Sumardi sudah menunggu di bawah pokok nangka belakang rumah Umiarti. 7.30 petang memang sudah gelap. Waktu-waktu begitu adalah agak sukar untuk mengecam orang, kecualilah benar-benar berada dekat. Sudah hampir satu jam dia duduk di situ, nyamuk datang dan pergi. Yang datang, pasti ada yang terbunuh. Datang lagi yang lain. Sumardi tak henti-henti menghalaubunuh nyamuk malam tuh, sambil mata mengarah pandang ke jendela bilik Sumiarti.

Unik. Memang unik. Salah satu hobi unik Sumardi ialah membunuh nyamuk. Dia sangat cekap, sehinggakan dia ada satu balang jem khas untuk mengisi nyamuk yang berjaya dibunuhnya. Bila penuh satu, satu lagi. Dah ada sebelas buah balang jem penuh nyamuk bersusun di para di biliknya.

Hampir satu jam setengah menunggu, barulah lampu di bilik Sumiarti terpadam.
"Isyarat dah sampai." Bisik hatinya.
Dia pelan-pelan mengatur langkah. Melangkah selangkah selangkah berjingkit, ala ninja sambil kepalanya digerak ke kirikanan mengintai memastikan line clear. Debar jantung semakin kencang. Peluh mula keluar di dahi. Dan, ada jugak rasa nak terberak. 

Sesampai di jendela, Sumardi pun menguis satu daun jendela dengan sebatang besi elektrod kimpal yang dibawanya khas untuk tujuan itu. Janji Umiarti dengannya petang tadi, jendela tidak berkunci. Tatkala daun jendela cukup luas terbuka, cukup luas untuk dia menyusup masuk, dia ternampak sebatang tubuh berbungkus selimut. Cahaya samar dari lampu mentol 15 watt dari rumah Pak Guard menyuluh ke dalam bilik melalui bukaan jendela. Dalam samar-samar, diapun mengagak-ngagak dan mengira-ngira langkah untuk sampai ke katil bujang letaknya sebatang tubuh yang mengiring menghadap dinding. Ala ninja jugalah dia masuk, menutup jendela dan terus menuju ke katil. Merayap masuk ke dalam selimut. Dan. Bergulung.


*****

Siap menimbang masuk, Sumardi pun parkirkan lori penuh berisi buah kelapa sawit di sisi jalan, pelan2 membuka pintu sambil bersiul lagu selimut hati kumpulan Dewa, melompat keluar dan ber'galloping' menuju ke kaunter timbang.

"Ini tiketnya, bang Ardi." Umiarti menghulurkan tiket timbang kepada Sumardi.
"Terima kasih, Umi." Sambut Sumardi dengan senyum miang sambil matanya meliar merayap dari kepala ke dada dan ke atas meja. Pandangannya terhenti pada satu plastik biru di atas meja.

"Apa benda di dalam plastik tu, Umi?" tanyanya.
"Sireh, pinang. Pak Guard bagi." jawabnya.
"U makan sireh, pinang jugak ke?"
"Tak. Untuk kakak. Kakak suka makan. O ya bang Ardi, maaf malam tadi. I tak sempat bagitau, sms jak."
Sumardi terdiam. 
"Sms." Bisik hatinya.
"Abang mintak diri dulu, Umi."

Di duduk lori, Sumardi segera meng-on-kan handphone yang di-off-kannya sejak dari
pukul 6.00 petang semalam. Ada satu sms yang masih belum dibuka.
"slm bg ardi, mlm ni x jd. tkr blk dgn ka2k." Sumardi terkaku.

Rasa sireh, pinang yang masih melekat di lidahnya terasa sangat meloyakan.

*****




Sunday, September 4, 2011

kita raya 31 Ogos 2011

Pak, air di tempat pam sudah rendah. Segini jak yang hisapnya tinggal. Firman. Sambil menunjukkan telapak tangan. 
Bermakna dalam 6 inci je la foot-valve tuh terendam dalam air. Fikirku.
Hujan semalam pak, habis batu2 itu hanyut. Air tebuk tebing tanah. Mau ditambah lagi batu buat tahan air. Usulnya.

Jom la pakcik.! Kita tengok pam tuh. Balasku.

Dan... Aku pun berjalan la bersebelahan dengan Firman menuju ke rumah pam yang lebih kurang 200 meter dari tempat kami berbual. Jarak sejauh itu hanyalah mengambil masa kurang 20 saat je bagi Usain Bolt, tapi hampir 3 minit untuk aku dan Firman. Aku yang selalunya berjalan-laju telah menyukarkan Firman. Dia terpaksa terkedek-kedek berjalan mengejar tempo langkahku agar sentiasa berjalan beriringan.

Kita raya tanggal 31 pak. Lapor firman, selepas kami bergerak beberapa meter.
Kenapa pulak.? Bukankah 30 dah sepatutnya raya.? Tanyaku.

Ya, benar. tanggal 29 malam. Kita dah bertakbir, tapi imam kata tak payah. Imam nonton di tv Indonesia. Di Indonesia raya 31. Ceritanya lagi.

Pakcik, mana boleh cam tuh. Kan kita di malaysia. Balasku.
Ya. Itulah. Saya juga pendapat begitu. Walau kita orang Indonesia, tapi kita di malaysia. Harus ikut malaysia kan pak, tapi, imam mau 31 raya, pak. Terangnya.

Jadi, kamu raya bila.? Tanyaku.
31, pak. Saya menurut jak. Jawabnya.

.

(nota: 
1. penyimpan mohor besar raja2 boleh menetapkan tarikh raya. imam di satu daerah kecilpun boleh menetapkan jugak tarikh raya. hah.!
2. pada imam tuh, dia lebih utamakan menambahkan amalan puasa lagi dari terawal merayakan kemenangan berpuasa, dan dia ada asasnya jugak. hah.!
)

Saturday, September 3, 2011

history is written by victor

cerita bukit kepong nih aku rasa ada dah 5 kali aku tengok.
salah satu criter yang heronya mati dalam criter. seperti criter titanic - hero jugak mati dalam criter.

salam saudara mat sabu,
pertama kali saya dengar nama sedara adalah dari sorang kawan, yang sangat risau kalau2 obor2 mati dek propeller feri penang, hampir 20 tahun yang lalu. dia selalu criter tentang ceramah sedara. dia selalu ulang2 rangkap dari isi ceramah sedara. dan dalam banyak2 isinya, banyak jugak yang saya hangguk2. tanda paham dan tau halatuju.
cuma isi ceramah, yang tentang komunis yang serang bukit kepong adalah heroik. saya kena geleng2 tak habis2. sangat tak masuk akal.
sedara, sejarah ditulis oleh orang yang berjaya - history is written by victor.
sekiranya negara kita berteraskan komunisme, ulasan sedara adalah ada logiknya. tapi tak.

salam.

Friday, September 2, 2011

BlackBerry PlayBook 16GB

.
nak dipendekkan cerita. aku dah beli,

BlackBerry PlayBook 16GB.
pada 31ogos2011
pada harga RM1599.00.

.
padan muka aku.! orang beraya sakan. aku pulak beraya di shopping kompleks (sini). lemangpun aku tak merasa raya tahun nih. ketupat pun tak. sebab selalunya di raya pertama di rumah pakmak mer, ada ketupat. tapi roti canai. di rumah pakmak pulak, selalunya ada lemang. sesampai je di rumah, takdak orang. semua dah balik kampung. dan sorang adik lagi ke brunei dan terus ke sabah. itu la lain kali, cuti sekurang2nya dua hari sebelum raya. supaya senang dak sedaramara nak buat plan raya. nih tidak, malam raya baru balik kerja.!
bila kerap beraya di shopping kompleks, ini le jadinya. sebuah buku digital dibawak balik.

.
pendapat aku tentang BlackBerry PlayBook 16GB.

1. tentang brand : brand BlackBerry PlayBook nih mengingatkan aku pada zaman kekanak. zaman ketika kekanak bermesraan dengan alamsekitar. blackberry mengingatkan aku pada sejenis pokok yang ada buah sebesar mata ikan tenggiri, berwarna biruungu. di sarawak dipanggil pokok engkodok (foto di bawah). buahnya manis, tapi lepas makan jari danjuga gigi kekal warna biruungu untuk sekurang2nya dua hari. samsung tab; bunyi cam nak carik gaduh. apple ipad; bunyi cam yang dipakai dak pompuan dalam beberapa hari tertentu tiap2 bulan. motorola xoom; mat2 moto & racer - bukan aku. aku rock n metal n thrash - underground. dan yang lain2; ringkasnya - tak menyatu ngan aku.

2. tentang rupa : segi empat warna hitam. saiz sebesar novel2 yang selalu aku baca. termasukla novel terkini yang sedang aku baca - The God of Small Things. maknanya aku dah terbiasa dengan rupa dan saiz. saiz2 orang2 asia la katakan.

3. tentang isiperut : BlackBerry PlayBook nih guna operating systemnya sendiri, digelar BlackBerry Tablet OS. speed not bad la. tapi agak kurang sket banding ngan iPad2 atau XOOM. iPad2 guna iOS. yang lain guna Android. untuk penggunaan bagi orang2 macam aku, speed os cam nih dah kira laju dan ok. sebabnya aku guna untuk melungsur internet dan sikit2 kerja2 clerical. applikasi2 yang terdapat lebih kurang standard.  juga berskrinsentuh seperti tablet2 lain. yang menariknya; scroll skrin ada tiga cara. satu, scroll yang bermula dari luar skrin - untuk scroll dock bawahatas. satu, dalam skrin - untuk scroll page updown-leftright. dan satu lagi - scroll dua jari untuk zoom-inout.

4. tentang rega : rega, dikira dalam kelasnya yang tersendiri. diaorang nih dah studi market long before orang2 yang nak beli kat luar sinun bagi penilaian. rega nih bukanlah satu unsur tuk diorang tarik pembeli. hanya sekadar rega, supaya bila dibeli, tablet yang dipunyai ada kelas dalam rangenya tersendiri.

ok la. cukup setakat tuh je penilaian aku. nak download apps pulak. banyak apps yang tak dak. contohnya. notepad, calender, scheduler dan game dam-aji.

salam.


.
pokok engkodok.



















.

prt sc

prt sc nih ialah satu butang di notebook aku. cam nih simbolnya.






selama aku guna notebook HP Pavilion dv2000 nih, yang aku beli pada jun2006 di Wisma Saberkas Kuching, tak pernah walau sekali aku sentuhguna butang tuh sehinggalah...

satu hari, satu grup vendor TM (bukan tasekM...), memasangguna VSAT (very small aperture terminal) di pejabat di kilang tempat aku bekerja. disebabkan kilang tempat aku bekerja adalah sangat jauh dari penempatan perdana, maka fixline bukanlah infrastruktur atau utiliti yang sedia ada. selepas mendongakatasbawah dan memutarkirikanan struktur yang berupa kuali yang ada sebijik tanduk bermata yang tercangkuk pada sebatang tiang, sehingga mencapai signal strength 94%, mamat yang bernama Fezal, pun connectla ke internet yang hubnya di Putrajaya. walla... dapat dah. internet connected. tapi tak boleh masuk ke dalam hub provider. sebabnya... mungkin hub provider tak on katanya.
seterusnya, dia bukak pulak applikasi microsoft powerpoint. tap tap tap... dia bukak slide bebanyak. dan setiap selepas bukak page di webpage provider dan memasuksahkan data, diapun tekan butang print screen (di notebook Fezal, butang tercetak print screen, notebook aku tercetak prt sc). masuk semula ke powerpoint, tap, imej di skrin masuk ke dalam slide. diulang-ulangnya: tap, powerpoint; tap, powerpoint sehingga 10 slide mengambil imej yang tadinya di skrin notebooknya.

tertarik dengan imej yang terbentuk di powerpoint; seolah menonton amalan wizard2 yang menggunakan wane dalam criter2 Harry Potter, aku pun dengan rasa kagumteruja bertanya.

cam mana ko buat.?
buat apa.? tanya fezal.
ni la. pindah segala yang di skrin ke dalam slide.
ooo itu.!


abang tekan butang print screen. bila butang nih ditekan, semua yang kita nampak di skrin akan dicopy. lepas tuh guna arahan paste. jadi, setiap yang kita copy tadi akan masuk. kegunaannya lebih kurang copy&paste. terangnya panjanglebar.
ooo oo... ok. paham dah. nanti aku cuba. aku cuba dalam notebook sendiri. balasku.


dan, ini la pos pertamaku bersama prt sc.

untuk pos tuh, aku guna bukan saja prt sc tetapi jugak ;
1. piZap
2. Adobe Photoshop Elements 6.0
3. Viveza 2
4. Paint

.

Thursday, September 1, 2011

spannar vs wrench

yang mana satu betul nie. di sekolah&kelas teknikal dak trainer&instructor selalu sebut spana. tapi bila bukak dalam bukunya yang dieja adalah kebanyakkannya wrench. gambar2nya pulak sama - yang ditunjuk ngan yang dibuku,  cuma bila disebut jadi tak sama... haih!

kepada soalan nosh.!. best answer pulak pilih aiddogs5. tengok other answers dpd RunningM...
ha...! jauh betul beza jawapan kedua2 mamat nie...