Tuesday, September 6, 2011

sireh, pinang

"Hai Umi." Sapa Sumardi.
"Hai... berapa trip hari ni, bang Ardi.? Balas Umiarti.

"Mungkin tiga trip jak. Ari ni angkat buah dari blok baru. Buah sawitnya masih kecik-kecik." Terang Sumardi.

*****

Sejak dari pukul 7.30 petang, setelah selesai makan malam, Sumardi sudah menunggu di bawah pokok nangka belakang rumah Umiarti. 7.30 petang memang sudah gelap. Waktu-waktu begitu adalah agak sukar untuk mengecam orang, kecualilah benar-benar berada dekat. Sudah hampir satu jam dia duduk di situ, nyamuk datang dan pergi. Yang datang, pasti ada yang terbunuh. Datang lagi yang lain. Sumardi tak henti-henti menghalaubunuh nyamuk malam tuh, sambil mata mengarah pandang ke jendela bilik Sumiarti.

Unik. Memang unik. Salah satu hobi unik Sumardi ialah membunuh nyamuk. Dia sangat cekap, sehinggakan dia ada satu balang jem khas untuk mengisi nyamuk yang berjaya dibunuhnya. Bila penuh satu, satu lagi. Dah ada sebelas buah balang jem penuh nyamuk bersusun di para di biliknya.

Hampir satu jam setengah menunggu, barulah lampu di bilik Sumiarti terpadam.
"Isyarat dah sampai." Bisik hatinya.
Dia pelan-pelan mengatur langkah. Melangkah selangkah selangkah berjingkit, ala ninja sambil kepalanya digerak ke kirikanan mengintai memastikan line clear. Debar jantung semakin kencang. Peluh mula keluar di dahi. Dan, ada jugak rasa nak terberak. 

Sesampai di jendela, Sumardi pun menguis satu daun jendela dengan sebatang besi elektrod kimpal yang dibawanya khas untuk tujuan itu. Janji Umiarti dengannya petang tadi, jendela tidak berkunci. Tatkala daun jendela cukup luas terbuka, cukup luas untuk dia menyusup masuk, dia ternampak sebatang tubuh berbungkus selimut. Cahaya samar dari lampu mentol 15 watt dari rumah Pak Guard menyuluh ke dalam bilik melalui bukaan jendela. Dalam samar-samar, diapun mengagak-ngagak dan mengira-ngira langkah untuk sampai ke katil bujang letaknya sebatang tubuh yang mengiring menghadap dinding. Ala ninja jugalah dia masuk, menutup jendela dan terus menuju ke katil. Merayap masuk ke dalam selimut. Dan. Bergulung.


*****

Siap menimbang masuk, Sumardi pun parkirkan lori penuh berisi buah kelapa sawit di sisi jalan, pelan2 membuka pintu sambil bersiul lagu selimut hati kumpulan Dewa, melompat keluar dan ber'galloping' menuju ke kaunter timbang.

"Ini tiketnya, bang Ardi." Umiarti menghulurkan tiket timbang kepada Sumardi.
"Terima kasih, Umi." Sambut Sumardi dengan senyum miang sambil matanya meliar merayap dari kepala ke dada dan ke atas meja. Pandangannya terhenti pada satu plastik biru di atas meja.

"Apa benda di dalam plastik tu, Umi?" tanyanya.
"Sireh, pinang. Pak Guard bagi." jawabnya.
"U makan sireh, pinang jugak ke?"
"Tak. Untuk kakak. Kakak suka makan. O ya bang Ardi, maaf malam tadi. I tak sempat bagitau, sms jak."
Sumardi terdiam. 
"Sms." Bisik hatinya.
"Abang mintak diri dulu, Umi."

Di duduk lori, Sumardi segera meng-on-kan handphone yang di-off-kannya sejak dari
pukul 6.00 petang semalam. Ada satu sms yang masih belum dibuka.
"slm bg ardi, mlm ni x jd. tkr blk dgn ka2k." Sumardi terkaku.

Rasa sireh, pinang yang masih melekat di lidahnya terasa sangat meloyakan.

*****




2 comments:

tasekM said...

kakak tu pun rela je ke...?

ishhhhhhh...


beb.
n3 ni la aku rasa ko tunjukkan skill menulis ko...
aku suka.


.

sepa said...

mem,

ko perasan gak ye...!
dalam versi asal. kakak tuh janda yang kesunyian. disebabkan ada unsur sensitiviti... aku keluarkan dari plot... :)

thanx 4 da compliment...

.