Saturday, September 10, 2011

sejenak bersama imam muda abe syara



husna
diringkaskan, pada 8sept2011, khamis lalu, aku pergi la ke program solat hajat di sekolah sk st.joseph's, miri untuk memenuhi program2 sekolah untuk pelajar2 yang bakal menduduki upsr. husna, anak sulung aku akan ber-upsr tahun nih. program bermula dengan pendaftaran pukul 6ptg, solat maghrib, ceramah motivasi, solat isya', solat hajat dan jamuan makan malam. pak mak digesa datang. dan akulah salah sorang pak yang datang. aku ambik satu hari cuti untuk itu.

sk st.joseph's nih adalah alma mater aku. bersekolah di situ dari tahun 1979 hingga 1984. itu jam, nama sekolah tuh ialah sekolah rendah bantuan st. joseph's, in-short srb st.joseph's. orang kata, sekolah tuh adalah sekolah mubaligh kristian yang berfahaman katolik. dulu2, jaman aku, pelajaran agama islam formal mula diajar di darjah6. aku tak pernah tanya kenapa dulu pak aku hantar aku ke sekolah tuh. sedangkan ada 3orang abangku di srk sayed othman dan sorang di srb st.columba's.

lepas solat maghrib, pengerusi majlispun memperkenalkan penceramah malam tuh.

pengerusi majlis :
penceramah kita pada malam nih ialah seorang yang tidak perlu saya perkenalkan lagi. beliau ialah imam muda sharafuddin suaut. juga dikenali sebagai imam muda abe syara. 
(sampai kat sini, aku dah dapat rasakan kenapa puan tm rasa semak bila aku kata kat blog dia, akulah imam muda jugak.)
imam muda abe syara, berpendidikan awal di srk anchi,... bla bla bla. merupakan peserta dalam program realiti tibi imam muda.

imam muda abe syara nih orang miri...! terkejut gak bila tau. (memang terkejut, sebab aku dah tak minat nak tengok rancangan realiti tibi di meysia nih sejak mawi jadi juara af.) bayangkan, bandar miri yang lebih separuh adalah orang cina, dan yang lebih separuh dari yang tinggal kurang separuh adalah orang ulu. orang melayu dan islam hanyalah beberapa genggam, boleh muncul sorang peserta imam muda di peringkat nasional. bukannya ada sekolah pondok pun. bangganya aku, untuk seketika. mungkinkah aku juga adalah imam muda yang bakatnya belum dicungkil... ummmph...!


ucapan pembukaan daripada imam muda abe syara. 
"saya dan sebahagian besar orang di miri nih, bila dengar nama sk st.joseph's nih, beranggapan, mungkin ada beberapa orang je yang beragama islam di sekolah nih. tapi, bila dah sampai, saya diberitahu ada lebih 30 orang yang islam di tahun6."
"saya bukannya nak meyampaikan ceramah motivasi, tapi sekadar berkongsi..."

ucapan penutup daripada imam muda abe syara.
"nampaknya masa dah tak mengizinkan. waktu solat isya' dah hampir. sebagai penutup, saya nak ceritakan satu cerita. cerita tiga remaja masjid."
"
ceritanya cam nih:
ada 3remaja. asyik duduk2 dan melepak di masjid. tiap2 hari. satu hari, pak imam dah tak tahan dengan ketiga3 remaja nih, yang asyik melepak di masjid. lalu, pak imampun menegur. 
kamu 3orang, duduk melepak kat masjid nih, tak solatpun. solat la.
cam mana pak imam tau kami tak solat. jawab sorang.
kalau cam tu, solat maghrib nanti, datang bersolat. pelawa pak imam.

maka di petang tuh, datang la ketiga3 remaja tadi untuk bersolat. pak imampun tersenyumsuka. bila dah nak masuk waktu solat, pak imampun memanggil bilal untuk berazan. remaja pertama pula menawarkan diri.
biar saya je yang azan, pak imam.
silakan. balas pak imam.
dan berdiritegaklah remaja pertama tadi untuk melaungkan azan.

AlLah  ta'alaaa... AlLaaah ta'alaaaaaaaa......

segera imam memberhentikannya. 
dah.! dah.! dah.!. apa ko mengarut nih.!. tak payah.!. biar bilal jeh yang azan... 
tertunduk malu. remaja pertama tadipun berundur.

dan bersolat berjemaah maghrib. dah masuk kali yang ke sepuluh pak imam mengangkat takbir. tak jadi2. sebab pak imam masih tergelihati mengenangkan insiden azan tadi. tetiba remaja kedua menepuk bahu pak imam.
susah sangat ka nak angkat takbir pak imam.? biar saya jeh yang imamnya.
ko boleh ka.?
boleh, pak imam.
silakan.

AlLah huAkbar.

selesai bertakbir, remaja kedua nih pun menoleh ke belakang.
pak imam, saya buat sekali je...!

ko nih...! pun sama jugak dengan kawan ko tuh.!. cakap tahu.!. tapi, hah...!. herdik pak imam.

pak imam.! biar saya jadi imam. pinta remaja ke3.
ko boleh.
memang boleh, pak imam.
betul boleh.
betul, pak imam.
silakan.

dan remaja ke3 mengimamkan solat maghrib.
selesai solat. ma'mum memujimuji bacaan remaja ke3 tadi.
cantik sungguh bacaan...! terdengar suara dari antara ma'mum.
boleh buat menantu...! satu suara dari satu sudut.

dengan rasa bangga, remaja ke3 tadi tak segan2 berjalan bersebelahan dengan pak imam.
kawan2nya yang 2orang membontot di belakang, tunduk tunduk malu.

cantik bacaan ko tadi. sapa pak imam semasa mereka berjalan menghala ke pintu masjid.
tu belum lagi...!!!, pak imam. kalau saya ada wudhu'...!!!, lagi merdu bacaan saya. jawabnya.

"


5 comments:

tasekM said...

anak ko dh darjah 6..?
cepat ko kawen eh..?



.

sepa said...

mem,

ko cakap cam tuh...terasa muda la pulak.
umur aku 25 tahun... 14 tahun yg lalu.!

:)

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

Kau dah kawin Sepa ye!!! ingat kau ni x suka pompuan. Sebab kat U memang layan habis... but anyway... gelihati baca cite ni...cite lg ye lain kali. But mana imam muda yg xxx punye skrip tadi

Nizam.Ariff said...

Sepa, baru aku perasan yang kita darjah 1 sama tahun la.. 1979!


lebih kebetulan lagi, darjah 6 tahun 1984!


hahaha.....

sepa said...

badr,
dah badr. aku dah kawin...! he3

dino,
ye la... kita sebaya... tapi aku yg lebih maco...! kihkihkih