Sunday, September 4, 2011

kita raya 31 Ogos 2011

Pak, air di tempat pam sudah rendah. Segini jak yang hisapnya tinggal. Firman. Sambil menunjukkan telapak tangan. 
Bermakna dalam 6 inci je la foot-valve tuh terendam dalam air. Fikirku.
Hujan semalam pak, habis batu2 itu hanyut. Air tebuk tebing tanah. Mau ditambah lagi batu buat tahan air. Usulnya.

Jom la pakcik.! Kita tengok pam tuh. Balasku.

Dan... Aku pun berjalan la bersebelahan dengan Firman menuju ke rumah pam yang lebih kurang 200 meter dari tempat kami berbual. Jarak sejauh itu hanyalah mengambil masa kurang 20 saat je bagi Usain Bolt, tapi hampir 3 minit untuk aku dan Firman. Aku yang selalunya berjalan-laju telah menyukarkan Firman. Dia terpaksa terkedek-kedek berjalan mengejar tempo langkahku agar sentiasa berjalan beriringan.

Kita raya tanggal 31 pak. Lapor firman, selepas kami bergerak beberapa meter.
Kenapa pulak.? Bukankah 30 dah sepatutnya raya.? Tanyaku.

Ya, benar. tanggal 29 malam. Kita dah bertakbir, tapi imam kata tak payah. Imam nonton di tv Indonesia. Di Indonesia raya 31. Ceritanya lagi.

Pakcik, mana boleh cam tuh. Kan kita di malaysia. Balasku.
Ya. Itulah. Saya juga pendapat begitu. Walau kita orang Indonesia, tapi kita di malaysia. Harus ikut malaysia kan pak, tapi, imam mau 31 raya, pak. Terangnya.

Jadi, kamu raya bila.? Tanyaku.
31, pak. Saya menurut jak. Jawabnya.

.

(nota: 
1. penyimpan mohor besar raja2 boleh menetapkan tarikh raya. imam di satu daerah kecilpun boleh menetapkan jugak tarikh raya. hah.!
2. pada imam tuh, dia lebih utamakan menambahkan amalan puasa lagi dari terawal merayakan kemenangan berpuasa, dan dia ada asasnya jugak. hah.!
)

4 comments:

tasekM said...

ko pun jalan laju sepa?
kahkahkah.
sama la mcm aku....

ini semua salah kerajaan.

:p



kes raya tak sma ni pernah jadi gak kat kampung aku.
lamaaaaa dulu.
ada org puasa.
ada org raya.

kes nk kasi cukup puasa 30 hr gak aku syak.
ntah.
aku tak ingat.
dh lama sgt.



.



.

sepa said...

mem,

hahaha...
jalan lajupun kira salah kerajaan...!
kira ok la tu.

.

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

Aku pernah teringat raya awal 1 hari masa thn 83 0r 84 masa kat Perak..... apa lagi rayale kan mcm jwb Pak Indon

sepa said...

aku syak... pak indon tuh raya 30, sbb ikut aku. fyi, kat sini ada dua group pak indon. satu kerja estet, satu kilang - yg kilang under aku.