Salam Hari Malaysia.
Hari nih dikira hari merdeka la untuk dak orang2 Sarawak. Sebenarnya, bukanla merdeka sangat, cuma mendaftar menjadi Malaysia. Selepas dak keluarga Brooke menjadi Rajah, diganti pula oleh kolonial British dan akhirnya bersatu ngan Tanah Melayu. Maka, terbentuk la Malaysia. Itu yang diajar oleh sejarah.
Salam Malaysia...
*****
Apa nak buat hari nih. Jejalan di shopping kompleks je la. Dan, akupun drive...
*****
Mengimbau kenangan lalu. Dulu2nya orang2 Kuching menganggap merekalah orang2 Sarawak. Orang2 Sarawak adalah orang2 yang tinggal di Kuching. Pernah satu hari, aku ngan sorang abangku berjalan kaki dari Kampung Sinjan, Kuching nak ke Bangunan Sekretariat. Juga adalah Bangunan DUN Sarawak. Selalu gak tengok bangunan tuh dalam tibi itamputih. Nak gak rasanya tengok dekat2. Sesampai di satu simpang-3 di Kampung Tanjung, ada la beberapa orang mamat tahan kitaorang. (mamat2 nih tak hensem langsung.!!!.)
diaorang : Kamu dari mana.?. Tak pernah tengok pun.!
kami : Dari Miri.
diaorang : Korang bukan orang Sarawak, apa buat ke sini.!
kami : Miri pun Sarawak la.!
diaorang : Orang Kuching, orang Sarawak. Miri. Bukan......?!.
*****
Aku balik rumah bila dah nak senja....
*****
Dan, akupun terfikir. Kalau orang2 Miri bukan dianggap orang2 Sarawak oleh orang2 yang tinggal di Kuching. Bandaraya pusat pentadbiran negeri. Orang2 Sarawak pula.?!. Adakah dianggap sebagai orang2 Malaysia oleh orang2 KL.?!. Bandaraya pusat pentadbiran negara...!
lantak la....
epilog : aku yang lahir di kuching. berhijrah ke miri. dan pernah juga membesar di semenanjung malaysia.
5 comments:
aku suka epliog tu....
sepa.
gambar 2nd tu ko super impose eh..?
:)
.
dino,
:). sekarang aku di miri.
mem,
gambar 2nd tu...?! payah aku nak pastikan ketulenannya.!... mgkn nak kena hantar ke lab di amerika... :p
ye la ye la - mmg superimpose...
aku org kelantan, skrg dok miri. Boleh aku jadi org srwk?
Apa beza? selain dari ic serta surat beranak aku yg berbeza. Selain aku kena kuar setiap 2 bulan sebab nak cop pastport.
selain aku tak reti sepatah haram bahasa local srwk. selain .. selain.
Apa pun, aku tetap juga boleh berkawan dgn org srwk.aku cari makan di srwk. aku beli ikan kat swrk. anak aku sek di srwk. aku ada kawan dr srwk namanya Hasri aka long walk.
yg mana baik, kita amik, yg buruk kita buang. kalu nak maju, kita kena ikut contoh org yg maju, baru kita boleh maju.
kalu ada yg buruk tu, berubah. jgn dok bangga walau pun dari mana asal kita.
srwk ke, kelantan ke, msia ke, indo ke, amerika ka, jepun ka.. semua nya dari Nabi Adam. dari tanah.
dari tanah kita datang, dalam tanah kita kena tanam.
akhirat itu yg selamanya.
.. dah berapa byk topik aku cover nih.. aku pun pening.
zul, ... betul tuh zul. aku setuju sangat2. tu la pasal aku dah kerja merata tempat. sebagai kuli.
:)
.
Post a Comment