Tuesday, September 13, 2011

notis 24jam dan ROLEX

Azlan masih lagi mengetuk-ngetuk mata pensil di atas kertas putih kosong saiz A4. Masih juga belum ada sepatah perkataanpun yang mampu terlakar dari mata pensilnya. Yang pasti, sudah terlalu banyak titik2 yang terhasil, yang bila disambung titik2 itu, boleh membentuk apa2 saja termasuk la, seorang petani bersama seekor kerbau sedang membajak sawah.

*****

Kata2 Rozaidi masih bermain di kepalanya.

"Tuan, apa yang nak dipikirkan lagi, putuskan saja. Seluruh kilang dah meluat dengan Padel tuh. Tadi dia buat hal lagi. Dia off-kan conveyor masa tengah penuh. Bila di-on-kan balik, dah overload. Sprocket pecah."
Kata2 Rozaidi, pomen kilang, semalam masih terngiang-ngiang.

"Rozaidi, sprocket pecah bukan salah Padel. Sprocket tak sepatutnya pecah. Biasanya trip je, overload mesti respond. Ko dah check setting overload tak? Mungkin korang set amp tinggi sangat. Ko tengok kat motor tuh, berapa maksimum amp motor boleh bawak? Alasan ko nih tak cukup kukuh. Aku tak boleh pecat pekerja sebab alasan tuh. Pada aku, itu salah korang tak check, atau design tak betul."
Jawapan Azlan masih tidak membantu. Rozaidi seolah tidak berminat dengan penjelasan Azlan. Padanya, itu cuma alasan untuk menyembunyikan kelemahan untuk tidak berani mengambil tindakan membuat keputusan. Rozaidi hanya diam dan minta diri.

"Aku kan manajer. Kenapa harus aku tertekan dengan permintaan dan desakan yang tidak memberi apa2 manfaat."
Bisik hatinya.

*****

"Keputusan mesti dibuat hari nih jugak, kalau tak, dikira condone."
Fikir Azlan.

Dia tahu, dalam sesebuah syarikat, keputusan untuk boleh dibuat, cukup hanya dengan 50 percent probability. Lain la mahkamah, mestilah beyond reasonable doubt.

Azlan membetulkan duduknya di kerusi yang bolehputardanturunnaik. Menegakkan badan dan bersedia untuk menetapkan keputusan. Padel yang sudah hampir 15minit dudk di depannya dalam kegelisahan masih juga sabar menunggu apa yang bakal diucapkan oleh tuan manajer. Sekali sekala, Padel cuba mengukir senyum, senyuman yang tawar berbaur gementar yang dikawal.

"Padel, kamu tau kenapa saya panggil.?!"
 Tanya Azlan keras.

"Tidak tahu, tuan. Kenapa, tuan?"
Jawab Padel sambil cuba mengorak senyum.

"Kamu boleh tanya kenapa.?! Tadi, saya jumpa kamu tido di platform di ramp. Itu salah. Tempat kerja bukan tempat tido.!!!."
Bentak Azlan.

"Iya. Benar, pak. Tadi saya tertidur. Capek, pak."
Balas Padel ringkas.

"Kamu tau kan, tido di tempat kerja itu salah...!!! Saya bagi kamu 24 jam...!!!"
Suasana agak sedikit tegang. Azlan dapat merasakan dingin di dalam bilik tuan manajer, oleh air-cond 1hp, semakin berbahang.  Bukan senang untuk nak boleh pecat seorang pekerja macam itu je. Mesti ada kes. Mesti juga jelas salahnya. Kekadang, keserasian dalam grup. Harmoni dalam kerja juga adalah faktor. Ada masanya keadaan peribadi orang itu jugak adalah faktor yang perlu diambilkira, dipertimbangkan jugak.

"Kenapa banyak sangat jamnya, pak? Nanti, terlalu banyak di tangan. Satu juga udah cukup, yang penting jam ROLEX." 
 Dengan riang Padel menerima berita dari tuan manajer.

6 comments:

Nizam.Ariff said...

hahahaa... aku nak satu..!

tasekM said...

kakaka...

aku siku gak padel nih...




.

sepa said...

dino,
ROLEX tuh... yg plg cikaipun rm5k... mintak mahap la brader...

mem,
ko katok je padel tuh... he3...

fixxxxxer said...

eheheheh.. memang besttt

sepa said...

jon bon jali,

thanx. :)

Unknown said...

skalor2 jak si padel tok