prt sc nih ialah satu butang di notebook aku. cam nih simbolnya.
selama aku guna notebook HP Pavilion dv2000 nih, yang aku beli pada jun2006 di Wisma Saberkas Kuching, tak pernah walau sekali aku sentuhguna butang tuh sehinggalah...
satu hari, satu grup vendor TM (bukan tasekM...), memasangguna VSAT (very small aperture terminal) di pejabat di kilang tempat aku bekerja. disebabkan kilang tempat aku bekerja adalah sangat jauh dari penempatan perdana, maka fixline bukanlah infrastruktur atau utiliti yang sedia ada. selepas mendongakatasbawah dan memutarkirikanan struktur yang berupa kuali yang ada sebijik tanduk bermata yang tercangkuk pada sebatang tiang, sehingga mencapai signal strength 94%, mamat yang bernama Fezal, pun connectla ke internet yang hubnya di Putrajaya. walla... dapat dah. internet connected. tapi tak boleh masuk ke dalam hub provider. sebabnya... mungkin hub provider tak on katanya.
seterusnya, dia bukak pulak applikasi microsoft powerpoint. tap tap tap... dia bukak slide bebanyak. dan setiap selepas bukak page di webpage provider dan memasuksahkan data, diapun tekan butang print screen (di notebook Fezal, butang tercetak print screen, notebook aku tercetak prt sc). masuk semula ke powerpoint, tap, imej di skrin masuk ke dalam slide. diulang-ulangnya: tap, powerpoint; tap, powerpoint sehingga 10 slide mengambil imej yang tadinya di skrin notebooknya.
tertarik dengan imej yang terbentuk di powerpoint; seolah menonton amalan wizard2 yang menggunakan wane dalam criter2 Harry Potter, aku pun dengan rasa kagumteruja bertanya.
cam mana ko buat.?
buat apa.? tanya fezal.
ni la. pindah segala yang di skrin ke dalam slide.
ooo itu.!
abang tekan butang print screen. bila butang nih ditekan, semua yang kita nampak di skrin akan dicopy. lepas tuh guna arahan paste. jadi, setiap yang kita copy tadi akan masuk. kegunaannya lebih kurang copy&paste. terangnya panjanglebar.
ooo oo... ok. paham dah. nanti aku cuba. aku cuba dalam notebook sendiri. balasku.
dan, ini la pos pertamaku bersama prt sc.
untuk pos tuh, aku guna bukan saja prt sc tetapi jugak ;
1. piZap
2. Adobe Photoshop Elements 6.0
3. Viveza 2
4. Paint
.
2 comments:
aku sejak guna laptop nih jadi tak bulih nk print screen. pehal ntah.
.
mem,
co tekan butang print screen tuh. tengok apa jadi. :)
.
Post a Comment