Friday, May 31, 2013

kenapa ada risau di hati setelah aku kata pergi... bila sampai masanya, untuk perubahan, maka ubah la.!

.
Mereka tidak pernah bercerita tentang diri masing-masing, tentang kerja dan tentang pengalaman. Tidak pernah jugak bercerita tentang harapan.
 
Aku rasa bangga dapat mengenali kamu, kata Azlan.
Dino pulak kata, Aku bangga, akulah aku yang mengenali kamu...
 
Dino membaca sehelai nota yang ditinggalkan oleh Jamal, diserahkan oleh makcik Wok ketika dia sampai tadi...
 
Salam bro,
Aku masih hidup, walaupun kaki aku tidak menerajang ko, tapi tak hal, bro, tenang sahaja kerana ko tak mungkin menerima terajang aku, sekurang-kurangnya untuk satu tempoh-waktu, kerana aku la ni tengah merayau-rayau di kota Paris.
Oya, jangan perasan nak pesan-pesan. Aku bawak sen cukup-cukup jeh...!!!
Eh.! Dengar criter, ada mamat maco yang dok layan ko, pekena roti canai teh tarik di gerai makcik Wok tuh...!
Adios, bro.
 
.
Dino tahu, Jamal masih merajuk kerana pendapatnya tentang bulan dibantah. Dino pun tahu, bulan yang dimaksudkan oleh Jamal bukanla bulan, dan cerita tentang perrubahan, bukanla perubahan...!!! Jamal sebenarnya nak kata : Anakmuda Malaysia adalah lebih Malaysia dari Malaysia.
 
.
Azlan. Dino hanya menjeling pada wajah berjambang itu. Sungguh tekun Azlan makan roti canai itu, dipotong-potongnya kecil-kecil empat segi menggunakan sudu, disuap ke mulut menggunakan garfu, kuahnya disudu...
 
Azlan pulak menjeling ke arah Dino. Ada senyum sumbing, senyum kambing jugak.
Aku nampak sebuah hubungan versi cinta, yang menjadi stok di dalam dada kamu. Aku agak banyak jugak peritnya, jadi mengapa kamu sembunyikan kerinduan yang mungkin kelak menjadi keretakan-hati.! Mungkin kamu perlukan sedikit ilmu tentang diri dan tentang wanita...!!!
 
.
Dino terpinga-pinga. Dipandangnya Nila yang sedang menghantar pesanan dari meja-ke-meja itu, diekornya setiap gerak dan setiap langkah diamati. Pandangla aku di sini, wahai Nila, Dino menyeru dalam hati.
 
Nila menoleh, ketika Dino sudah mahu berhenti memandang, ketika kecewa mula bertandang. Lalu Nila senyum... dan kenyit mata.!
 
 
 
.
 
salam.
 
.

4 comments:

SuzieLAWAti said...

jauh beno si jamal merajok....hehee...

kirim salam org paris....


nakal juga dak nila nih....

Nizam.Ariff said...

Nasib baik tak tersedak ...

'Hai nila, lenguh tangan tatang dulang. Nak saya tolong?'

Azlan terhenti menyuap, dijelingnya Dino dengan ekor mata. Ekor sebelah lagi dijelingnya nila yang berjalan sambil menghayun bontot bagai itik serati pulang senja.

sepa said...

CPL,

eh, ko ada idea tak nak sambung criter nih.?!


.

Dino,

Nila itu tonggek ke bang?!


.nanti aku buat deskripsinya... ko nak di ala2 Cindy Crawford atau Kim Bassinger.?! atau, Jennifer Lawrence...?!


.

Nizam.Ariff said...

weh.. itik serati tak tonggek tapi jalan bergelek... hahaha