Sunday, July 24, 2011

siapa kapten jemat

mat denan suka bercerita. setiap perjumpaan atau pertemuan pasti ada cerita. samada cerita baharu. atau cerita yang dahulu yang pernah diceritanya diceritalagi.

mat denan. mohamad bin adenan. mechanical chargeman kilang mukah.

di satu petang di hadapan opis kilang.

encik.! encik pernah dengar cerita kapten jemat.
tak. cerita la.
ceritanya cam ni.

bila time bercerita, mat denan akan bersungguh2. tak boleh ada sebutir detail tertinggal. kaki kangkang sikit ala penyanyi rock. tangan juga bantu bercerita.

suatu hari. di pelabuhan. sorang tukang sapu ketika sedang bersihsapukan pelabuhan, terjumpa lesen kapten. foreign-going. tuanpunyanama lesen tuh jemat. diapun simpan la lesen tuh.
di suatu hari yang lain. ada sebuah syarikat kapal carik kapten. diapun memohon. dan dapat.
dia kapten jemat.

di hari pertama. kapten jemat. dari tukang sapu jadi kapten. bangga tak terceritakan.
tiba masanya nak belayar. sorang kelasi tanya.
macamana kapten.?. boleh kita mula bertolak.?.
buat macam biasa. jawab kapten jemat.
kita hidupkan engin, kapten.?.
buat macam biasa. jawabnya lagi.
sorang lagi kelasi datang.
kapten, kita bukak tali tambatan.?.
cam mana biasanya ko orang buat.?. tanyanya.
kita bukak tali tambatan, dan pelan2 bergerak.
ok. buatlah. buat macam biasa.

setiap soalan yang ditanya. kapten jemat akan jawab. buat macam biasa.
dan kapalpun berjaya berada di tengah lautan.

encik. tu la skillnya. kekadang orang bawahan kita tanya macam2. cammana nak buat itu buat ini, dan tak semua kita tahu. kita tak boleh kata kita tak tahu. kita kata je, buat macam biasa. biasanya, diaorang akan cuba dan cuba. dan siapelok.


di hari terakhir kursus public speaking.

di hari terakhir kursus public speaking. setiap peserta harus menyampaikan ucapan dalam bentuk naratif. abdul karim memilih untuk bercerita tentang kisah kapten jemat.

abdul karim. engineer. kilang mukah. dia juga bos kepada mat denan.

... dan kapalpun berjaya berada di tengah lautan.
tiba2 angin mula bertiup kencang. sorang kelasi tanya.
macamana kapten.?.
buat macam biasa. jawab kapten jemat yakin.
kelasi tersebut pun paham. segera mengemudi kapal mengawal keadaan.
angin bertiup semakin kencang. gelora. laut semakin bergelora. kapal hilang arah untuk dikemudi. kapal terumbang-ambing berhayunan ke kirikanan dan terjongkangjongkit sekalidua.
kelasi2 semakin risautakut. maka ramailah kelasi datang berjumpa dengan kapten. dan tanya.
apa harus dibuat, kapten.?.
buat macam biasa.
dan dengan serentak. kelasi2 berteriakan melaung.
abort ship.! abort ship.! abort ship.!
semua kelasi2 terjun ke dalam laut. kecuali kapten jemat.

kapten jemat masih lagi di atas kapal tatkala kapal pelan2 menyelam ke dasar laut.


*

6 comments:

Kembara Insan said...

ada satu cite, Leonardo Dicaprio berlakon.
Entah apa tajuknya.

Dia bawa watak sama seperti kapten tu.

tasekM said...

ni cerita betul ke cerita dongeng ni bang...?

:)



.

sepa said...

zul,

ada dua crita kapal karam.
satu titanic. sbb langgar ais.
satu lagi poseidon. sbb digulung tsunami.

yg titanic, leonardo di caprio heronya.

dua2 criter kapten mati pegang stereng... dan tenggelam bersama2 kapalnya.


*

sepa said...

mem,

cerita rakyat agaknya.

kalau criter betul, aku pasti dah buh nama kapten berserta ngan nama kapalnya. dan juga koordinat karamnya. supaya lepas baca, boleh rujuk kat arkib negara.

hehehe...

.
satu lagi.
"if we, citizens, do not support our artists, then we sacrifice our imagination on the altar of crude reality and we end up believing in nothing and having worthless dreams." yann martel.

.
wah.! panjang lebar je aku jawab.

.
nanti aku nak buat entri renab lumba ngan kekura. versi lumba d home, away & free-ground.


:)


.

Kembara Insan said...

bukan cite tu.

Cite yg dia berlakon jadi banyak watak menipu org. Tipu cek, jadi pilot dsb.

Dari kecil, dia bila menipu, memang tahap confident tinggi hingga orag percaya bulat-2.

Dia pernah tipu jadi doktor, cam biasa, bila nurse tanya, mcm mana nak buat? dia akan reply, saya yakin kamu boleh buat yang terbaik kan?..

sepa said...

o criter tuh.

"catch me if you can"

dia berlakon bersama2 ngan tom hank. tom hank jd fbi.


*