Monday, July 25, 2011

seekor monyet dan sebijik durian

maka bertemubincanglah renab, kekura dan monyet di bawah pokok durian. pokok durian yang nan sebatang. 30 meter di arah matahari terbit letak sebatang sungai. di arah matahari terbenam, sebidang padang rumput seluas hingga di kaki bukit nun 200 meter.

renab : kita re-match.
kekura : tak boleh. dah menang tetap menang.
renab: itu tok-nek kita. tok-nek aku masa tuh cuailalai. dia tertidur.
kekura : dah tercatat dalam sejarah kekura menang dalam lumba tuh. dah jadi cerita rakyat.
renab : kalau cam tuh. ini antara ko dan aku. kita berdua jeh.
renab&kekura : monyet !, ko jadi pengadil.

monyet : boleh. tapi kali nih, best of 2. ada tiga route. 1 renab yang tentukan. 1 kekura yang tentukan. dan 1 lagi aku yang tentukan.
renab&kekura : setuju.

route 1 : renab memilih untuk berlumba merentas padang rumput hingga sampai di kaki bukit dan patah balik.

kedua2nya pun bersedia di garis mula. belumpun jauh kekura berlari, renab dahpun sampai balik. pusingan pertama, renab menang.

route 2 : kekura memilih untuk berlumba ke arah tebing sungai, ke tebing seberang sungai dan patah balik.

kedua2nya pun bersedia sekali lagi di garis mula yang sama. dengan pantas renab sampai di tebing sungai. baru jeh berpijak di gigi air, renab patah balik ke tebing. berkali2 dia cuba, masih tak lepas gigi air sehinggalah kekura sampai. walaupun perlahan kekura terus meredah masuk ke dalam sungai, muncul di tebing seberang. dan patah balik. pusingan kedua, kekura menang.

route 3 : monyet yang pilih. panjat pokok durian.

monyet : ko berdua bermula di garis mula nih jugak. ke arah pokok durian dan naik ke atas sampai ke pucuk dan patah balik.
kedua2nya setuju. dan bermulalah kedua2nya berlumba.
sehingga ke senja, kedua2nya masih lagi terloncat2 di pangkal pokok. monyetpun balik. esoknya monyet datang semula melihatkan kedua2nya masih lagi di pangkal pokok, berusaha memanjat. sesampai senja monyetpun balik semula.
seminggu berlalu, monyet datang lagi. terus memanjat dan membawa turun sebijik durian. makan. selesai dengan sebijik durian, monyet pun beredar.

monyet : ini route akuuuu.!.

dan meninggalkan renab dan kekura yang kojol di pangkal pokok.


*

2 comments:

Aku said...

Bagus cerita nih.

boleh diciterkan kepada anak cucu nanti...

Hasri bin Hasfa said...

tq tq tq.

*