Thursday, July 21, 2011

tea break bersama jamil jentar

jamil jentar kerap jugak tea break jam 10 pagi di kantin zul. dalam seminggu pasti tak kurang 2 kali. dari opis estet jentar ke kilang dalam 8 minit. jauh jugak sebenarnya. tapi estetnya di belakang kilang bersempadan dengan rizab hutan. selalunya dia tea break bersama2 dengan bala2 manager. manager estet kerdau mohd salmee dan manager kilang kerdau johari.
hari tuh dak manager2 lain tak dak. dia sorang2. aku join temankan. aku. masa tuh asst manager processing. jamil jentar tak kisah rank time2 break cam tuh. dia layan jeh.

nih cerita sorang professor dan 6 ekor monyet pulak.
wah! sekali duduk dua cerita sekaligus. baru jeh tadi cerita tentang pengawal sultan. di depannya atas meja satu pinggan kosong dan gelas kosong. dia dah sudah pekena roti canai dan teh tarik. aku pulak masih dengan teh tarik yang baru separuh diminum.

ceritanya cam nih. sambil tunduk2 menekan2 butang hp.

ada sorang professor. sedang buat kajian ke atas monyet. 6 ekor monyet dikurung selama 4 hari. dibiar lapar.
dia menekan2 butang hp lagi. mungkin tengah membaca sms yang masuk.

pada hari ke5, 4 ekor monyet dipindahkan ke dalam satu kurungan yang lebih besar. dalam kurungan tuh ada tangga. di hujung atas tangga digantungnya pisang. ko bayangkan cam mana rasanya monyet yang dah 4 hari tak makan bila tengok pisang tuh.
elok je monyet2 tuh perasan ada pisang di atas, berebut2 ke4-4 monyet tuh memanjat tangga. tiba di pertengahan, professor tuh pun menembak monyet2 tuh dengan air bomba. pelanting jatuh semua monyet.
lepas tuh sekor monyet cuba cepat2 naik. di pertengahan tangga, professor tuh menembak lagi dengan air bomba. jatuh.
lepas tuh tak dak sekorpun monyet yang berani nak panjat. dah dekat setengah jam, pun masih tak dak sekor yang berani panjat. jadi professor tuh pun memasukkan monyet yang ke5 ke dalam kurungan tuh.
bila monyet yang ke5 tuh nampak ada pisang di atas, cepat2 dia panjat tangga tuh. cepat2 juga ke4-4 monyet2 tadi menghalangnya. sehingga setengah jam masih tak dak juga monyet2 yang berani naik tangga tuh.
jadi, professor tuh pun memasukkan lagi monyet ke6 ke dalam kurungan. monyet ke6 nih nampak ada pisang di atas, tapi dia tengok monyet2 dalam kurungan tak pedulipun nak ambil pisang tuh. jadi, monyet ke6 pun masuklah ke dalam kumpulan 5 monyet tuh. tak panjat tangga pun.

nih la contoh mental-block. bila dalam satu organisasi dah ada mental-block, ko mesti pecahkan mental-block tuh.
aku terdiam, mata terkebil2. menarik ceritanya sehinggakan gelas teh tarik yang aku peganggenggam gagangnya jadi statik.

jamil menekan2 butang hp lagi, satu dua butang. mungkin menghantar sms. sambungnya lagi.
padahal, dalam eksperimen nih, professor tuh hanya nak tembak air bomba dua kali jeh. kalau ada sekor monyet yang berusaha panjat di percubaan ke3, boleh dapat pisang tuh.

ko tengok hasri.
bila ada mental-block cam nih. ko tak boleh biar. ko mesti ke depan. cuba dan cuba lagi sebab memang kita tahu hasilnya. kalau cara yang biasa tak boleh. kena pikir. cuba cara lain. jangan biarkan kegagalan pertama tuh menjadikan kita menganggap tiada cara lain lagi. berusaha.


*

januari2006. masa conference goldenhope di sutera harbour kk. jamil jentar menegur aku masa tea break jam 10. masa tuh aku adalah manager kilang pt.mas. jamil masih lagi di estet jentar. sedang aku dah dua transfer. lepas kerdau, kilang pekaka. lepas tuh pt.mas.
cam mana pt.mas? tanya jamil masa berada di foyer.
cam tuh la jugak. ringkas jeh aku jawab.

ko ke kerdau balik la hasri.
kenapa pulak?
masa ko kat sana dulu senang2 je oer19%. boleh jugak dapat 20%. sekarang 18% jeh.
dah setahun 8 bulan kat sana. cukup la kot.

aku senyum. mengingatkan aku kepada cerita yang diceritakannya hampir 3 tahun dulu.

6 comments:

Aku said...

Antara banyak-banyak monyet, monyet yg no. 6 tu memang paling hampeh! Tak bleh pakai. Terlalu demokrasi bermajoriti. Elok dibelah kepala makan otak dia macam kat Siam. Jangan lupa taruh beer...

Aku said...

Akhirnya....

kau turutkan gak dek Mem tu ek?

Aku said...

...tapi betullah....


aku senang je nak ngomen nih....

boleh buat cerpen kat sini kalau gini gayenye...

Omar Bixler Zavala said...

hahaha..terbaekk cite monyet tuh..vote 4 bro Hasri Hasfa..

Hasri bin Hasfa said...

dino,

monyet6 tuh jenis follow-suit. ada org kata tunggul mati. he3.

cerpen...! tak cukup watak2 antagonis la brader.

Hasri bin Hasfa said...

lan,

meh la vote aku. aku mao jd menteri. kahkahkah...





.