Sunday, July 24, 2011

sehelai tisu untuk kamera digital

tuan...!
a a keli. apa hal keli?
tuan.! tuan hj marzuki panggil. dia ajak minum. di kantin. dia ada di kantin.

keli. christopher keli kelly. ffb grader.

cantik kamera, tuan haji. sapaku.
ye la. apa ko ingat aku tak reti benda2 nih. tengok nih.
hj marzuki menunjukkan tumb drive yg kecilcomel 4gig.
laptoppun aku ada. ko cakap apa2 yg canggih. semua aku ada. cuma tak reti nak guna. ha ha ha.

di meja dah ada sharir dan ah hock.
lawatan hj marzuki kali nih dah improve ke satu level. bawak kamera digital.

jom masuk kilang. ambik2 gambar.
ada sharir. ada ah hock dan aku. sama2 masuk kilang. lalu jalan-tepi antara tangki2 minyak dan steriliser2.

ah hock. kawan baik hj marzuki.

berenti kejap.! aku nak ambik gambo.
hj marzuki mengangkat kamera digitalnya dan menghalakan lensa ke arah steriliser2.
kabur la. laaa berkabus.! patut tak berapa nampak. korang ada tisu tak?
untuk apa, tuan haji? tanyaku.
nak lap kanta ni. tak nampak.
kat opis ada. saya pergi ambik.

tuan haji.! tisu, tuan haji.
hj marzuki merenung nakal ke arah aku. tak nampak marah. hj marzuki kalau marah mukanya jadi merah bawak ke cuping telinga. itu kata johari. satu lagi. bila marah, dia akan cakap inggeris.
ko nampak tak kanta ni.! kecik je kan.!
aku senyum dan segera alihpandang ke arah tangki2 minyak.

sekoootaaak ko bagi.! sehelaipun dah cukup.!

*

suatu hari aku drive bawak hj marzuki dari kuching ke pt.mas.
hari ni last day aku ngan goldenhope. sebelum blah, aku nak lawat semua kilang2 kita. pt.mas nih yg last.

hj marzuki dan mohd ali nurdin dah buat appointment dengan aku seminggu lebih awal. nak ke pt.mas. dari kuching ke pt.mas lebih kurang 1 jam setengah. dan kena lintas border. border malaysia. tebedu. border indonesia. entikong.

pt.mas. kilang sawit austral di indon.
mohd ali nurdin. tqem. total quality and environment manager.

haji marzuki naik flight kuching-kl petang tu jugak.
...dan aku. aku tak pernah lihat hasil fotografinya.


*

2 comments:

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

heee.. tisu pun tisu la.. hehehe

Hasri bin Hasfa said...

khm,

:)


thanx, sbb sudi sggh d blog sy.