kotor betullah kereta aku. kereta ko bersih la, sir.
sengaja aku mengaduhal ngan nasir. estate manager. entah2 dia boleh tolong atur orang untuk tolong cuci kereta aku. trick2 amateur.
tuan hantar aja kereta ke bawah. ada orang cuci. kita bayar rm1 cuci satu kereta.
nasir dari sabah. orang malaysia. ic malaysia. pasport malaysia. tapi pak-tok-neknya orang bugis. dan dia selalu mengaku bugis.
cuci pertama
atas cadangan nasir, akupun singgah la di tempat cuci kereta. letaknya 30 meter dari opis dan di smpang tiga. ke kiri - woksyop estet dan perumahan staf&pekerja. ke kanan - ke luar dan ke kilang.
pakcik, cuci mobil saya.
ya tuan.
berapa lama siap?
setengah jam.
ok la. saya tinggalkan mobilnya di sini. saya ke opis dulu. setengah jam lagi saya datang ambil.
setengah jam kemudian, akupun turun ambil kereta.
dah siap pakcik?
sikit lagi tuan. di bawahnya.
tak apa la pak cik. biar jak.
tuan, sain di sini.
sapanya sambil menghulurkan buku rekod mencuci. setiap kenderaan yang dicucinya, dia akan dapat ekstra rm1 sebagai imbuhan.
ok.
pakcik siapa nama.
zainuddin.
terima kasih zainuddin.
cuci kedua
din, mintak dicuci mobilnya.
ya tuan.
zainuddin. juga orang bugis. pasport indon. orangnya agak cerah kalau dibandingkan dengan dak bugis2 lain. jugak lebih cerah dibandingkan dengan nasir. agak hensem walaupun dah berumur.
sambil menunggu, akupun duduk tak jauh dari tempat dia mencuci. cukup jauh dari terkena tempias air cucian pressure pumpnya. sempat jugak baca beberapa mukasurat dari novel 'the winner stands alone' yang sengaja aku bawak to kill time. taktik menunggu begini kononnya boleh buatkan zainuddin cuci lebih cepat. sedar tak sedar setengah jam jugak.
tuan, sudah siap.
mana bukunya din. aku mao sain.
tak perlu tuan. tuan tak perlu sain. itu hari saya sudah salah.
cuci ketiga
aku parking ditengah2 ruang cuci kereta. zainuddin berikan isyarat kanankiri dan berhenti. akupun serahkan kunci. tak perlu suruh. parking di situpun zainuddin patut dah tahu. kereta aku harus dicuci.
tuan, mobilnya cuci luar aja atau cuci luar sama dalam.
cuci luar jak din.
kalau mau dicuci dalam boleh jugak tuan.
tak payah la din. cuci luar jak.
tuan, tadi saya dimarah sama tuan nasir.
tuan nasir. manager estet?
ya tuan.
kenapa?
saya disuruh cuci mobilnya. cuci luar sama cuci dalam. ya, yang namanya cuci, harus guna air. saya cuci dalam keretanya guna air. ada banyak tanah dalamnya tuan.
*
setiapkali aku lalu melalui jalan tempat mencuci, aku akan angkat tangan dan senyum kepada zainuddin. dan hari tu adalah kali terakhir aku mintak zainuddin cuci kereta.
10 comments:
hahaha....
jahanam kereta.
.
sepaaaaaaaaa....
bila nk buang word verification nih...?
grrrrrrr...
.
pandangan din tu sungguh logik dan praktikal.
kalau tanah estate dah banyak kat dalam, baik rendam jer kereta tu...
mem,
patutla bila aku ulangbaca dah 5-6 kali. macam tak mengalir criter nya.
word verification tuh kot sebabnya...
mgkn sbb dah terbiasa.
pas nih aku cuba yg tak dak word verification.
:)
bukan la...
word verification (tulisan senget2) bila nk post komen nih...
aku nyampah la nk taip huruf2 tu...
ko pi kat setting. comment. dan sila buang...
hehe.
.
itu ke. aku mana la tau ade benda tuh.
sat lagi aku ke setting.
mem,
cuba ko komen skali lg. buh titik pun tak pa. aku dah ke setting. ntah betul ke idak.!
:)
ok.
jap aaaaa....
.
ok.
tak de dah WV tu...
lapang sikit dada aku...
:)
.
dino,
betul tuh. yg nasir tak bagi vacuum cleaner pun satu hal.
nasib baek dia tak mopkan sekali.
Post a Comment