Sunday, July 17, 2011

firman dan pengakuannya tentang ic

firman bandu. orang bugis yg juga asal dari makasar.
firman adalah pekerja pertama yg aku ambil bekerja. betul2 pertama. masa aku masuk kerja di company yg tmpt kerjanya jauh di belantara sarawak, dah ada sorang engineer. dia berenti seminggu lepas aku masuk.
firman org pertama kerja dgn aku. aku suruh jaga pam air. selepas water treatment plant betul2 beroperasi, dia terus jaga plant tuh. jadi operator.
satu hari sedang aku jalankan pam yg letaknya di tebing sungai, biasanya aku bawak firman sekali, firman merapati aku.

tuan, saya ada ic malaysia. saya dapat masa di sabah.
paspor indon-nya ada nggak?
ada.
jadi, yg mana kamu guna?
paspor.
kenapa tak guna ic? kan senang.
nggak apa2 tuan. saya senang guna paspor.
ooo ok.
saya diberi ic masa harris salleh. kami disuruh undi berjaya. undi bn.
ramai ka org bugis ada ic?
di sabah, kami semua diberi ic.

firman juga aku panggil pakcik. dan hanya pakcik. aku tak panggil nama lain. sebab memang dia patut dipanggil pakcik. nampak tua dan menua.

pakcik, umur berapa?
52 tahun.
anak brapa?
6 orang. yg kecilnya 4 bulan. hahaha, aku tinggalkan di kampung. baru 4 bulan aku dah tinggalkan.
rajin betul pakcik.
heh he.

*

3 comments:

tasekM said...

suruh undi dapat ic...?
taktik kotor nih....


52 ada ank 4 bulan..?
dengkinya.
aku ni muda belia tak beranak2 lagi...

heh.



.

Nizam.Ariff said...

Tasek, dah la kakcik.... org jantan jgn bandingkan dgn pompuan...

I Follow... hehehe

sepa said...

mem,

ironinya diaorg hanya tuk mengundi, tp ttp indon yg setia.

ye lah tu... muda belia...!



dino,

:)