Tuesday, December 27, 2011

Travelog... Destinasi : Ibukota... di midValley megaMall..

Sepatutnya, aku dah siapkan Travelog nih, minggu lepas...

Ok... disebabkan dah terlepas banyak hari... aku ringkaskan je lah.!

*****

11dec2011

Langkah Enam

kita ke midValley megaMall.


  
MidValley megaMall nih, adalah shopping kompleks terbesar di Asia Tenggara, itu dulu - di zaman pembukaan-rasminya. Sekarang, CentralWorld di Thailand, adalah yang terbesar di Asia Tenggara. Aku agak, saiz shopping kompleks nih sebesar pekan Batu Gajah.!

Yang penting bila ke midValley megaMall, apabila anda berkereta, harus ingat tapak-parkir dan pintu masuk supaya bila nak balik tak la melilau mencari kereta.

Ada apa di midValley megamall.?

Di sini, kita melaksanakan yang berikut :

  1. Melayan MPH Carnival, tapi tak beli satu hapa...
  2. Beli PS3 game-disc, the Little Big Planet 2 (Special Edition).
  3. Beli2 buku di MPH, dan sebuah novel dari Haruki Murakami berjudul 1Q84 yang setebal 900+ mukasurat untuk dijadikan hadiah anniversary.

*****

Bahagian Tiga

Langkah Tujuh

Kita ke KLIA.

Ke KLIA, seperti jugak jam datang, ipar-biras yang hantar. Flight pukul 10.30malam, tapi jam 7.45malam dah ada di KLIA. Seperti biasa, check-in guna kiosk. Yang menariknya di KLIA, kita tak perlu nak scan luggage...

(sebenarnya ini kes belajar dari kesilapan yang lalu. Itu jam, kita jalan2 ke Langkawi, overnight di KL, tapi sempat lagi ke Suria KLCC, melayan Petrosains, dan Kinokuniya... bila 1jam-setengah flight nak berlepas, baru nak bertolak ke KLIA kononnya, masih sempat... naik LRT kat bawah, naik KLIA Ekspress kat KL Sentral, sampai jeh di KLIA,... orang dah announce nama, bergegas berlari menggelabah-biawak, sebab pintu kapal terbang diaorang dah nak tutup...!!!)

 
















































Kekadang di KLIA, kita terserempak dengan superhero, seperti Captain Amerika, dan Invisible Man. Superman pun ada sebenarnya, tapi dah terlepas... mungkin sebab masa tercepat, atau kita yang terlambat.!

























Flight sampai di Kuching jam 12.00tengahmalam.

...dan...

Drive balik ke Miri...

*****

.....dua minggu kemudian.

Hasif : “Papa, saya nak ke airport.”
Papa : “Kenapa.?”
Hasif : “Nak jumpa dengan kapten.”
Papa : “Kenapa.?”
Hasif : “Saya tertinggal sudu.”
Papa : ???!!!

*****

END

*****

Salam. See ya.!


.

2 comments:

Aku said...

Satu alasan yang kurang baik.

namun, apa pula reaksi kamu?

sepa said...

Dino,

saja je aku beralasan, kot. aku rasa, aku malas nak siapkan. :)