Wednesday, December 14, 2011

Sekolah Menengah Sains... adalah sebuah sekolah berasrama penuh - SBP.

Hari ini, 14dec2011 (khamis)... adalah hari pengumuman keputusan kemasukan ke sekolah berasrama penuh...

Jadi, kepada pakmak yang ada anak yang memohon memasuki SBP, termasuklah Sekolah Menengah Sains... anda bolehla ke portal Kementerian Pelajaran Malaysia di www.moe.gov.my... dan, ke...

Semakan Tawaran Ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Husna jugak memohon untuk ke Sekolah Menengah Sains, Miri. (yang letaknya dalam 2km dari rumah...).

Husna, berbekalkan keputusan UPSR2011 5A, telah memasang niat sejak dari awal tahun lagi...

dan...


keputusannya...


adalah...


seperti berikut :-...





.
maka... wahai Husna, terimalah dengan hati yang terbuka...!!!


.
salam


.

10 comments:

tasekM said...

tak masuk sbp pun boleh berjaya.

tak gitu papa husna...?





.

Kembara Insan said...

Ada member kasitau. Dulu kita masuk sbp dan mrsm sebab kat rumah kemudahan kurang yg boleh jd peluang utk kita cemerlang kurang.
Tapi skrg rata2 kita terutama engineer aka pengurus boleh wujudkan kemudahan yg jauh lebih baik dan selesa utk anak2.
Jadi, saya percaya husna akan lebih cemerlang jika tinggal dgn papanya yg

Kembara Insan said...

Cemerlang.

Nizam.Ariff said...

Aku pun sependapat dgn Kembara Insan,

dulu sebab ibu bapa tak bleh sediakan. Sekarang, cakap apa sahaja, malah on-line tuisyen juga boleh.

dulu bila aku tanya bapak aku pasal sains, dia tak boleh tolong ajar.

tapi aku pasti, kalau anak ko tanya bab kimia organik, ko boleh cerita sampai thap Grain Boundary kan?

Tak ada hallah...

Kembara Insan said...

Husna baru masuk tingkatan satu.

Aku setuju jika dia pegi MRSM masa tingkatan 4.

Kalau dia dah masuk sbp tingkatan satu, dia dah tak boleh pegi MRSM.

Papanya dulukan budak MRSM.

kan MRSM dah terbukti lebih baik dari SBP.

Kalau setakat Sek Men Sains Miri, rasanya, baik dok rumah dan tunggu masuk MRSM tingkatan 4 nanti.

*ps , MRSM lebih baik dari sek men sains.

(sebab aku pun budak MRSM)

sepa said...

mem,

ya betul.

tadi, masa balik kerja, aku tgk si Husna tuh cool jeh.
betul2 like father - cool... hehehe...

sepa said...

zul,

yg aku paham la kan. sekolah membentuk karektor, bukan mentaliti.

aku selalu berpesan kat anak2 aku, korang pergi ke sekolah bukan untuk pandai. tapi, untuk mengubah dan tingkatkan cara berfikir.

baru2 nih, Hanna (adik kepada Husna) - yg dpt tmpt pertama overall tahun4, bagitau aku. 'cikgu tanya kat mana saya sekolah'.
aku tanya balik, 'kenapa?'.
katanya, 'cikgu kata sekolah kamu sebelum nih mesti sekolah yg hebat.'
aku tanya balik, 'ko cakap tak sekolah ko sebelum nih, apa?'
dia geleng, katanya, 'biarlah'...

(yang sebenarnya, sblm nih, diaorg sekolah di pedalaman, dalam estet sawit.)...

kemudian, aku tambah, 'pandai memang sentiasa ada, kita ke sekolah untuk mengubah cara berfikir. dan setiap sekolah menghasilkan karektor individu tersendiri, tapi, mentaliti tetap sama...'

Hanna pun angguk jeh... :)

sepa said...

zul lagi,

cemerlang...!!!
tak la sampai ke situ. akupun seperti ko jugak, cuma aku lahir awal sikit.

cuma, aku berpendapat - berkarier perlu dalam keadaan yang sentiasa menyusahkan diri. dan bila dapat gaji dr berkarier, harus dihabiskan... hehehe...

sepa said...

Dino,

*ko sokong jeh kembara insan, ko ada kenyit2 mata, ka? kahkahkah...

Grain Boundary...!!! lama aku tak sebut istilah tuh.
tapikan, sepatutnya aku cerita lebih awal dr tuh.
kita mulakan ngan Nuclei, pas tuh Lattice, pas tuh Dendrite, pas tuh Grain. Baru la Grain Boundary... chewah... hehehe

sepa said...

zul,

aku rasa dan selalu percaya, things happen for reason...

MRSM ok.
SMS pun ok.

sekolah harian pun jugak ok.

tapi, aku sentiasa mengingatkan diri sendiri - time change, people change...

MRSM dulu dan sekarang - adakah masih sama...?
SMS dulu dan sekarang - adakah masih sama...?

.
dan... :)

.