Sunday, December 18, 2011

Travelog... Destinasi : Ibukota... di Berjaya Times Square.

Di Sunway Lagoon, kena balik sebelum pukul 7.00 petang, sebab kita kena pulangkan jam tangan penanda pengunjung (atau lebih mulia dipanggil gelang jeh...) dan ambik balik deposit RM10 untuk satu bijik. Di luar sana, diorang dah ramai2 tunggu. Jam boleh tukar dengan jam yang betul - ada tulis Sunway Lagoon, boleh tukar dengan baju - jugak ada tulis Sunway Lagoon, boleh tukar dengan botol air - pun jugak ada tulis Sunway Lagoon, dan bebarang souvenier lain... Sebenarnya, boleh jugak nak tukar, tapi... Perlu ka.?... Ambik balik jeh deposit, abis cerita. (Tapi... Sebenarnya, susah jugak nak buat keputusan ambik balik deposit... Kenapa.?!. Sebabnya, yang tunggu kat luar nuh yang suruh kita tukar dgn bebarang tadi adalah awek2 muda-cun...)... Hah.!.

Tapi, aku tetap dengan hensem-maco, ambik balik deposit. Aku metal. dan...

Carik2 makan... Pastu balik ke Prescint5...
.

*****
sepuluh disember dua puluh sebelas, atau...
10dec2011...

Sebelum nak ke mana2, bersarapan dulu di rumah ipar-biras. Walaupun, hanya dengan teh-o berperisa strawberry dengan roti Gardenia, ada dua botol jem strawberry atas meja,.. (Ipar-biras sebenarnya baru balik dari Cameron Highlands minggu sebelumnya - itu pasal la strawberry jeh menunya. Kat Brinchang la tu...)... pun ok jugak. Yang penting, kita dah pastikan expiry date...

Cam nih...
















Dah siap sarapan... Kita ke agenda seterusnya. Mula2, ke KL Sentral, (yang sebenarnya, sepatutnya Putrajaya Sentral... tinggalkan kereta dan naik komuter ke KL Sentral... tapi, biras kononnya terlajak dan nak buat U-turn jauh katanya...)... Sampai di KL Sentral, kita stop sekejap dalam 10 minit kat kompleks tuh... Kita tengok dulu uji-bakat Pilih Kasih, dan disebabkan si penulis bangsa suka beli buku, baik beli buku yang ada Rosyam Nor... Dewa Cintaku... malangnya, itu jam Rosyam Nor tak dak kat situ. Kalau tak, boleh mintak dia sain otograf kat buku tuh... Diaorang jual buku tuh berdiskaun - RM10 dan siap ada CD single.

Cam nih rupa bukunya...














Dah... Dah sudah layan uji-bakat Pilih Kasih, kita menapak ke keluar kompleks KL Sentral... kenapa...?!

Sebabnya, kita nak naik KL Monorail. (KL Monorail, stesennya di luar kompleks KL Sentral.)...

Satu perkara nak kena ingat. Ketika nak beli tiket, dan sekiranya anda tak tau nak turun stesen mana, dan anda pulak adalah bangsa buat2 maco tak nak tanya kat minah di kaunter... Anda beli jeh tiket untuk mana2 stesen, tak perlu nerbes.

Anda boleh :-
  • Sekiranya anda keluar selepas dari stesen yang anda sepatutnya turun, anda boleh ke kaunter di stesen tersebut, dan tambah rega tambang...
  • Sekiranya pulak, anda turun sebelum dari stesen yang anda sepatutnya turun, anda pun boleh ke kaunter di stesen tersebut, tapi rega tambang yang terlebih bayar, dikira hangus... Hah.! Nih, berniaga sentiasa untung-tipu2 namanya...

dan...

.
*****
Langkah Empat


kita ke Berjaya Times Square.

Hanya KL Monorail jeh yang boleh bawak kita ke Berjaya Times Square. Rapid KL, Putra LRT, dan yang lain tak landing kat situ. Jadi, untuk ke Berjaya Times Square, masa beli tiket, bagitau nak ke Stesen Imbi. Dan KL Monorail berenti elok2 depan pintu Berjaya Times Square.

KL Monorail berenti di sini...


Berjaya Times Square, walaupun bunyi namanya serupe majalah berberita, atau, pusat urusniaga saham, yang sebenarnya adalah kompleks membeli-belah, yang ada hotel, dan jugak, yang ada outdoor-games indoor.

Bila ke ibukota Kuala Lumpur, Berjaya Times Square adalah salah satu destinasi yang mesti singgah. Sungguh nostalgik, kerana, ia mengingatkan penulis pada jam perasmian pembukaannya. Penulis, yang ketika tuh berkerja di Kerdau, Pahang bergegas ke Kuala Lumpur semata2 nak tengok kompleks yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara dalam single-building. Dan ketika itu, parking adalah tidak berbayar, dan penulis memilih parking-floor yang ada gambar gajah.

dan...

Masuk la ke tempat yang ada outdoor-games indoor - yang digelar dengan nama Berjaya Times Square Theme Park. Layan...!!!

Cam nih rupe sebahagiannya...


Di Berjaya Times Square, ada mungkin berpengalaman :-
  • Terserempak dengan orang-yang-pernah-anda-kenali... (cerita ini berkaitan...) maka, tegurlah dia walau hanya untuk beberapa saat cuma.
  • Didatangi oleh sorang minah berseluar jeans, berbaju-T dan berbeg tangan bertanyakan kepada anda camner nak menyeberang jalan untuk ke bangunan sebelah. Anda jangan la pulak segan silu, dan mengelak mengatakan anda bukan orang Kuala Lumpur... Anda hanya perlu, tuding jari tunjuk kat dia, ko turun, pastu ko pergi sana, pastu ko naik atas satu tingkat, pastu ko menyeberang la jalan... Dan anda intai2 la pulak apa yang berlaku kat dia lepas tuh... dia mungkin terkial2 mencari arah... tapi, anda jangan gelakkan dia...
.
*****

p/s : Perkataan yang bold-berkaler-biru, adalah kata nama khas.

*****


.


salam



.

5 comments:

Nizam.Ariff said...

ramai ke kat situ?

aku pernah singgah 2-3 kali tapi macam tak meriah jer...

aku rasa meriah lagi di Mydeen...

Lily Abdullah said...

Nama khas boh kaler biru. Cikgu mana ajar ni ha ha ha..

sepa said...

dino,
ramai jugak la. tp midValley MM lebih ramai...
nanti aku crita midValley.

kak WL,
sendiri cikgu. sendiri gak anakmurid... :)

tasekM said...

suka suki main tuding eh...?
saja buat kianat ke orang tau...

:p




.

sepa said...

mem,

aku budak baik. :p