Kenapa aku ada blog...?!, kawan.
Blog pertama aku adalah di platform blogger.com pada tahun 2008. (Aku tak ingat bulan berapa.). Tapak blog bernama tHePOMmiller.
Blog itu mengisahkan kehidupan seorang mamat, yang hensem-maco, yang berkerja di dalam industri kilang kelapa sawit. Lebih tepat kisah2 tentang gelagat2 orang, insiden2, aktiviti2 yang mampu diingat dan juga yang sentiasa diingat oleh penulis. Juga tentang orang2 yang pernah bersama2 dengan penulis. Kekadang, juga dimuatkan pemandangan, benda2 zahir dan tak zahir yang hanya wujud dalam dunia industri kilang kelapa sawit.
Malangnya, blog tersebut tidak betah di dunia-siber, dan telah ditutup secara rasminya beberapa bulan selepas itu. Kenapa.?! Nanti aku terangkan, kenapa.?!
*****
Blog kedua terbit-muncul sekitar bulan disember2010, menggunakan platform blogger.com jugak. Tapak blog bernama tHeLONGwaLk. Kekal dorman selama beberapa bulan, sebelum diaktif-segarkan pada bulan april2011. Dan... masih aktif hingga sekarang...
Blog kedua juga mengisahkan kehidupan seorang mamat, yang ironinya, masih jugak hensem-maco, yang masih lagi berkerja di dalam industri kilang kelapa sawit. Penambahbaikan telah dilakukan ke atas isi-dan-kandungan blog kedua ini. Cerita2 yang dimuat-masuk (atau dalam istilah dak blogger n3.), bukan hanya berkisar tentang kehidupan seperti di dalam blog pertama.
- Ada surat kepada pemimpin2 di dalam Negara dan jugak di luar Negara. (surat2 nih hanya terhasil di blog itu sahaja, dan tidak pernah dihantar kepada pemimpin yang berkenaan.).
- Ada jugak, sekali-sekala, dimuat-masuk pandangan cetek penulis, dalam nada sinis-menghiris tentang lanskap sosio-politik Negara.
- Ada jugak, kekadang, cerita2 kekeluargaan yang menyingkap dilemma kehidupan berkeluarga penulis, yang hidup dalam kasta bukan tokeh2 kayu balak, jugak bukan kerja gomen atau gomen link kompeni. (Walaupun dalam berkeadaan berkehidupan terkasta sedemikian, si penulis, masih jugak taat-dan-setia membayar cukai untuk guna bayar gaji dak yang berkerja ngan gomen, dan tujuan pembangunan negara.)
OK. Done. Itu mukaddimah, kawan.
*****
Kita ke ruangan utama pulak...!!!
Kenapa aku ada blog...?! (adalah berbeza dengan kenapa aku ber-blog...)
Aku tertarik-masuk (tertarik yang bermaksud ditarik, bukan yang bermaksud berminat-tergoda...), adalah dikerana-sebabkan oleh sorang-yang-aku-kenal, bernama manja-timangan Dino, yang bernama pena Aku, yang ada blog di platform blogger, yang tapak blog adalah AkuYangAkut...
Kenapa...???!!!
Kerana mungkin, aku adalah salah sorang X-Men yang gagal dikesan, yang berkeupayaan menyerap semangat akut seseorang. !!!
Maka, aku adalah yang menyerap semangat akut blogger yang ber-tapak blog AkuYangAkut. Dia yang bernama pena Aku, sebenarnya memang-benar, adalah sangat akut.
OK.
Ringkasnya... bayangkan scenario berikut :
- Bila anda mengeteh bersama Aku, dan balik dengan sekeping kertas, kekadang tisu yang terkarang puisi.
- Bila anda berjalan2 santai bersama Aku, kepala-hotak anda disumbat persoalan langit-bumi, sosio-ekonomi, juga pengaruh ruang-masa ke atas alam sejagat.
- Bila anda menghadiri kuliah bersama Aku, dan anda duduk di sebelahnya, anda akan balik bawa-bersama sekeping kertas yang terkarang puisi dan kekadang cerpen.
Sekiranya anda, dalam situasi di atas, dan anda yang menjadi aku, agak2nya, dimana anda nak letak semua-segala pemberian tuh... Sebelum dunia-siber blog muncul, aku selit2kan kat dalam satu fail masa-depan.
Dan... pada tahun 2008, aku menerima email daripada Aku, lagi,... supaya bersama2 dengannya masuk ke dalam dunia-siber...
Maka... disitulah bermulanya...
Aku ada blog...
*****
Ini tambahan... jugak sangat ada kaitan...!!!
Minat aku untuk ‘aku ada blog’, jugak ada kaitan dengan seorang blogger yang bernama pena TasekM, yang banyak bercerita tentang kehidupan seorang siswazah di universiti di dalam hutan. Itu cerita dulu. Cerita2nya mencuit hati, dan, selalunya menggelikan hati... ya... sungguh.
*****
.
Salam
.
7 comments:
keh keh.
ko baca n3 lama2 aku tu sepa...
:)
ko tau tak.
aku bulih baik dgn member ko tu sbb kitorg selalu bergaduh.
aku saja suka bangkang dia.
sengaja!
haha.
.
Kalaulah ko masih ingat puisi ni...
satu hari tu, ko minta aku buatkan untuk seseorang, kata ko...
Siang terlalu awal meninggalkan malam
lalu matahari terpinga-pinga keseorangan
malu menatap keayuan wajah bulan
dan keredupan sinarnya
Badai terlalu awal meninggalkan lautan
lalu buih terkapar-kapar kekalutan
malu melihat kesucian pasir pantai
dan kesetiaan penantiannya
Ribut terlalu awal meninggalkan taufan
lalu bayu tersipu-sipu sendirian
malu merenung keikhlasan pohonan
dan kasih sayangnya
Kata-kata terlalu awal meninggalkan ucapan
lalu aku terkelu kebingungan
malu kerana terserlah kecantikan paras rupa
dan kemesraannya
tarikh: 1995
mem,
aku baca blog ko sejak serentak ngan aku folo blog si Dino tuh... tak silap, dr thn2008 la jugak. :)
Dino,
ingat. dan aku masih ingat. dan aku masih simpan. tp itu jam aku nak bg sama siap...?. aku tak pernah bg kat sesapa... hehehe.
eh. tak silap aku, ko buat time kelas operational research, ko duduk sblh aku.. :)
Aha..menarik celoteh kau ni Sepa, yg ku kenal..
Akak ada blog sebab akak tak bderapa pandai cakap,pendiam, tak pandai bersosial dan mmg ada masalah pertutura.
Jadi gua menulis. (ganti bercakap)
Eh ..tas, aku pendiam ke? haha..
kak WL,
saya suka baca sajak2 dan cerpen akak... :)
bard,
aku tengah merapu tuh... saja nak kacau2 usik2 si Dino... sekali-sekala mamat tuh nak kena geletek gak... :)
Post a Comment