Thursday, March 22, 2012

Pengalaman pertama menaiki kapalterbang AirAsia...

Pertama kali aku menaiki kapalterbang ialah lebih kurang dua puluh empat tahun yang lalu, di tahun sembilan belas lapan puluh lapan, ketika hendak pergi mendaftar di MRSM Perlis. Ketika itu menaiki kapalterbang MAS.
.
yang nih...
.
imej dari gugel

.
hari selasa lepas, dua puluh haribulan tiga tahun dua ribu dua belas, dari Kuching ke Miri, aku menaiki kapalterbang AirAsia. 
Apa nak heran, kan.? 
Tak pelik, kan.?
.
biar aku ceritakan, kenapa menaiki kapalterbang AirAsia menjadi cerita aku kali ini...!
.
kerana... *itulah kali pertama aku menaiki kapalterbang AirAsia.*
.
dan selama AirAsia ditubuhkan dan beroperasi dalam tiga regime perdana menteri, inilah kali pertama aku naik... bukan kemahuan aku, kawan.! kompeni yang belikan tiket tuh, aku pasrah je.!
.
Selama ini, aku hanya naik MAS... orang pernah tanya aku, setiap kali semasa aku pergi cuti2 ke semenanjung satu famili, kenapa tak guna AirAsia,? AirAsia murah.! 
Aku akan kekal dengan jawapan yang sama : Murah ke mahal, aku suka MAS. Wang kalau dah diniatkan untuk dibelanjakan, kita jimat di tambang kapalterbang sekalipun, akan abis jugak ke benda lain.
.
Sesungguhnya aku cuba untuk setia bersama2mu MAS... tapi, selasa lepas, aku telah mengecewakan kamu, wahai MAS. Bukan salah aku. Kompeni yang belikan tiket. Aku hanya menjalankan tugas.
.
Kapalterbang bertolak jam7.35petang. 
Pengalaman pertama, sungguh mendebarkan. Aku sentiasa awas. Memerhati kapalterbang AirAsia dari saat ia tiba di terminal, parkir, isi minyak, punggah keluar-masuk kargo dan segala yang berkaitan... dan beratur masuk.
.
Setelah masuk ke dalam kapalterbang, aku terus mencari seat yang telah dikhaskan untuk aku, dan terus duduk. Kapalterbang mula dipenuhi penumpang, dan apabila keadaan menjadi tenang, dan semua penumpang telah duduk, aku berdiri dan melihat-lihat ruangan.
.
Aku terkejut, kawan.! 
Kerana, apa yang aku lihat, aku merasai kapalterbang AirAsia nih nampak panjang dari dalam. Dalam kehairan bebaur perasaan ingin tahu, aku menoleh ke tingkap, melalui tingkap, aku melihat kapalterbang di sebelah...
.

dan... aku jenguk dengan lebih dekat lagi...


yang aku nampak, sama sahaja, tak nampak panjangpun kapalterbang AirAsia nih. Kapalterbang MAS pun panjang tu la jugak.
.
Malas aku nak kenang-fikirkan apa yang aku lihat, sebab aku sebenarnya lebih berminat untuk tidur kerana tidur di dalam kapalterbang, lebih mudah nyenyak sebab tekanan di dalamnya rendah sedikit dari di atas darat.
.
Dalam aku menyesuaikan posisi untuk menidurkan diri, aku terasa ada sesuatu di dalam genggaman tangan kiri, seperti ada sekeping kertas. Bila aku buka genggaman tangan kiriku, memang betul ada sekeping kertas, boarding pass rupanya.!
.

.
Aku tersenyum sorang-sorang dan hampir ketawa.!
Rupa-rupanya aku duduk di seat yang jauh di belakang... Itu pasal la kapalterbang nih nampak panjang...
.
Hahahaha...




.
mungkin itu agaknya yg dimaksudkan dengan rangkap *curiosity kills the cat*...



.
salam
.
.

8 comments:

Anonymous said...

.... couldn't cuss a CAT without getting fur in your mouth..... :)

Nizam.Ariff said...

... consistently inconsistent...

sepa said...

Anon...,

shall never cuss a CAT. :)
let it be the CAT plays with yarn and get tangles himself...

hehehe


Dino,

ini sbnrnya satira-politik gak...!
*tentang melihat dua parti politik, amerno dan pikey'ar, yg nampak hampir segaya-senada, yg dilihat dari luar, tetapi dari dalam... (ahhhh.! aku cuma gambarkan. dan hanya mampu tersenyum. dan hampir ketawa...)


:)

.

Nizam.Ariff said...

jangan tahan tawamu...

ko lepaskan ledakkan tawa pada PRU13 nanti ek...

tasekM said...

pi kuching tu beli apa kat aku...?

ehem!

:p




.

sepa said...

Dino,

ok.


.

mem,

apa kata kapal selam.! ko nak.?
bak kat dino ttg risk,
naik kapal selam mgkn : less risk, and can see fish.!

:)

gadisBunga™ said...

nak fridge magnet! eh?

ye ye, aku baca la kisah ko yg duduk kat seat belakang sekali tu. kalau duk dalam bas, bas pun nampak panjang. heheh~

sepa said...

gB,

keretapi lagi panjang, kan. :p

.