Sunday, March 4, 2012

Azlan diajar memasak...

Sepetang bersama bapak mertua...

Azlan seorang yang pendiam apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua dan orang yang lebih lama. Dia akan menonjolkan dirinya sebagai seorang yang sangat merendah diri. Bersopan santun dan berbudi pekerti mulia.

Petang sabtu itu, Azlan dikunjungi oleh bapak mertua yang selalunya datang berkunjung di hari ahad. Walaupun tidak kelaziman, Azlan tetap menerima kunjungan bapak mertua dengan hati yang terbuka, dan bersalaman-mencium-tangankematu bapak mertua. Di teres rumah, mereka berborak, yang sebenarnya lebih kepada monolog sebab bapak mertua akan dengan lancar bercerita segala apa yang terkeluar dari kepalanya, manakala Azlan hanya menjawab dengan senyuman dan jelingan. 

Petang itu, bapak mertua sempat memberikan kepada Azlan resipi dan tatacara memasak ikan goreng. Azlan mendengar dalam senyuman.

*****
Ko nak tahu cam mana bapak goreng ikan. 
Kata bapak mertua. 
Azlan bersenyum.

gambar sekadar gambar hiasan dipetik dari google.


Mula-mula, hiris-hiris bawang putih dan bawang merah, hiris-hiris serai, hiris-hiris lengkuas. 
Terang bapak mertua sambil tangannya kanannya melakonkan pisau dan jemarikematu tangan kiri memegang bahan-bahan tadi secara simbolik.

Lepas tu masukkan minyak ke dalam periuk. Masukkan pula segala bawang, serai dan lengkuas.  Sambungnya lagi. 
Azlan hanya angguk hangguk-angguk.

Lepas tu masukkanlah ikan-ikan. Dah.!. Tunggu je sampai masak. 
Tambahnya lagi. 
Azlan bersenyum.

Tak susah kan. Bapak masak tak macam orang. Orang masak, nak kena panas minyak la. Nak kena tumis la. Bapak tak cerewet hal makan-makan. 
Lanjutnya lagi. 
Azlan mengangkat kening, tersentak, dan merenung muka-tua bapak mertua.

Ko tau, kadang-kadang sampai tiga hari jugak bapak habiskan ikan goreng tu. 
Kata bapak mertua.

.
*****
.
Azlan merenung ke arah jalanraya, lalu mencapai mug yang berisi Nescafe, dan menghirup buih-buih halus.



.


4 comments:

Aku said...

3 hari baru nak habis?

tak sedap kut...?

sepa said...

Dino,

aku agak 2 jeh.
1. tak sedap. nak habiskan sekor perlu 3 hari.
2. dia masak 1kg sekaligus, jd left-over boleh buh dlm peti-ais.

(masa dia kata buh minyak dlm periuk, dia kata, buh minyak banyak2. mgkn dia masak 1kg terus agaknya...)

:)

tasekM said...

buh serai lengkuas dalam minyak...?
mantop resepi nih...

ke apak mer saja tipu ko beb..?

kehkeh.



.

sepa said...

mem,
apak mer Azlan jujur dan lurus orangnya...
tak mgkn dia nak tipu Azlan yg inosen.

*tp aku pelik gak. apsal dia buh serai n lengkuas? biasanya gaul serbuk kunyit ngan garam jeh.