Monday, March 5, 2012

Paceklik… di sebut pa-chei-klik, dan Kopi Luwak.


Seringkali. Ya.! Seringkali, kawan.!

Seringkali, tatkala Azlan menghirup buih-buih halus Nescafe panas semasa bersarapan pagi, Azlan kepingin untuk menghirup kopi yang paling sedap yang ada di dunia.! Memang benar, kawan. Azlan seorang penggemar kopi.

Azlan pernah menghirup kopi di Starbuck, Coffee Bean, juga di Old Town White Coffee ketika berkunjung di bandar besar. Memang sedap kopi-kopi mereka. Memang sedap, kawan.!
.

.

Petang jumaat lepas Azlan bertanya kepada Joko.
Joko, kopi apakah yang paling sedap di dunia.
Balas Joko.
.
O o o... Oya, kopi yang dipungut dari berak sejenis binatang yang hidup di pokok-pokok di Indonesia tuh, kan.?!
Sahut Azlan dalam pertanyaan.

Luwak itu musang dalam bahasa Indonesia, bos. Memang benar, kopi itu adalah taik luwak yang tidak cerna. Luwak biasanya memakan buah kopi yang paling lunak. 
Terang Joko.

Eh, sama la yang ko cakap dengan apa yang aku baca di WikiPedia (*baca jugak sini).
Sambung Azlan.

Ko pernah minum.? 
Tanya Azlan lagi.
Belum pernah, bos. Mahal. 
Jawab Joko ringkas.

Ko bayangkanla, Joko. Yang paling sedap adalah taik. Air liur, taik hidung, taik telinga dan jugak hingus pun orang geli. Tapi, taik musang jugak la yang paling sedap. 
Bebel Azlan.

Aku dengar, di Indonesia kopi ini halal (*baca jugak sini), kan.? Di Malaysia adalah harus (*baca jugak sini).
Azlan menerangkan tentang hukum.

Joko hanya diam, dan mengangguk.

Biarlah orang tertentu jeh yang minum kopi tuh, Joko. Aku belum boleh menerima hakikat orang boleh terpikir untuk cuci taik luwak tuh untuk dimakan semula, eh.! dibuat minuman. Baik aku layan Nescafe jak. 
Azlan merungut.

Joko hanya mampu tersenyum seolah terasa yang Azlan sedang menyindir orang-orang negaranya. Sedang dia tidak mampu menjawab, sebab yang berkata-kata itu adalah seorang bos.

Dah.! Jangan buat muka pelik. Buatkan aku Nescafe.!.
Perintah Azlan.

Baiiiikk, bos.
Dalam nada menyindir Joko beredar.


.

salam

.

nota kaki :
Paceklik bermaksud kemarau.
Tiada kaitan dengan n3.
Menurut Joko, yang berasal dari Jawa, paceklik yang berlaku di Jawa, ialah apabila matahari geser di selatan yang memanaskan Lautan Hindi. Katanya, Lautan Hindi kurang masin, jadi pembentukkan awan hujan sukar terjadi. Sebaliknya, musim banyak hujan, ialah apabila matahari geser di utara akan memanaskan Laut Jawa yang lebih masin, yang pembentukkan awan hujan lebih kerap.

.

6 comments:

Nizam.Ariff said...

Azlan minum kopi luwak..
lepas tu aku tadah air kencing Azlan
lepas tu aku saring balik, tapis guna teknologi nano macam singapore
lepas tu aku dapatkan semula cafein dari air kencing Azlan
lepas tu aku bancuh jadi nescafe recycle... amacam?

sepa said...

dino,

dulu. lama dulu. tak silap aku, 10 tahun dulu... aku ada kenalan sorang jurutera WestFalia. Itu jam diaorang tengah install decanter di Singapore. Decanter yang besar.
aku tanya : "diaorang guna Decanter untuk apa.?"
Dia jawab : Nak olah kumbahan jadi air boleh minum.

*jadi, biarkan la dak Singapore je yg minum air tuh.

hehehe...

tasekM said...

ala tak nk la kopi berak...

sepa said...

mem,

aku agak la. sekali jeh minum kopi tuh, boleh menyesal seumur hidup. *(kesan psikologi...) :)

gadisBunga™ said...

org jawa ni banyak no ceritenye. heheh.

tapi kan, aku nak terai sekali la rasa kopi luwak tu. sedap sangat ke?

taik pun taiklah....

(eh betul ke aku yg taip ni??)

sepa said...

gB,

antara kopi yg aku suka, kopi Davidoff.

:)