Thursday, March 29, 2012

Ada sayur bayam di dalam kulkas, dan... PRU13.

Hiruk pikuk, hingar bingar di perkarangan rumah manager estet pagi itu, yang dipenuhi oleh pekerja2 estet yang di'morning-muster'kan setiap pagi, membangunkan Azlan dari tidur. Mimpi indahnya tadi, tidak sempat dihabiskan, tidak juga sempat dirakamkan. Ketika memasak air, dalam cerek karan, Azlan masih lagi cuba mengingatkan mimpi indah tadi, dan cuba juga untuk menyambung mimpi itu dalam angan jaga, tapi mimpi indah itu enggan hinggap di kepala hotaknya.
.
Jam 6pagi, suasana kembali sunyi, sesunyi sebuah kota yang telah dilanggar garuda. Semua pekerja2 estet telah bersurai menuju ke blok dan task masing2, ramai yang dibawa pergi oleh traktor2, ada yang bermotorsikal, dan ada jugak yang berjalan kaki.
.
Sementara menunggu air mendidih Azlan duduk di sofa hijau, dan menyambung angan jaga. Bunyi suiz cerek karan yang terpelantik, mengejutkan Azlan dari lamunan. Azlan segera ke dapur, dan membancuh kopi Nescafe 3in1 yang ada buih2 halus, menghidangkan sarapan untuk dirinya sendiri. Pagi itu, Azlan bersarapan dengan biskut osborne, dalam dingin dinihari, menghirup udara aroma kopi. 3 keping biskut osborne telah diratahnya, Joko menjelma di muka pintu, pintu dapur. 
.
Awal ko pagi nih, Joko. Ada apa hal.?
Saya mao ambil sayur di dalam kulkas
(*kulkas adalah petisejuk dalam bahasa Indonesia...)
Bila masa pulak ko beli sayur.? Ko reti ka masak2 nih.?
Joko hanya senyum, dan menjeling ke arah kulkas. Dia dah paham benar, paham benar apabila bosnya bermain kata sebegitu, bermaksud, ada yang dikecewakan oleh bosnya, lantas dia berpaling.
Saya beli kemarin, bos. Sayur bayam. Saya mao masak, untuk makan tengahari nanti...
Jawab Joko berhati-hati, dan jawapan selamat yang boleh mengelakkannya dari ditengking oleh Azlan.
.
Eh.! Mabuk apa ko nih.! Subuh2 nih, ko dah masak.! Tengahari dok ada 6jam lagi.!
Masak duluan, bos.! Tengahari nanti, langsung makan jak.!
.
Ko duduk la dulu. Brekfes ngan aku nih. Kopi bancuh sendiri. Air panas ada dalam cerek tu ha.!
Joko mengangguk, menuju ke dapur, membancuh kopi, dan mendudukkan dirinya.
.
Joko...!!!
Iya, bos.
.


.
Ko tau tak.?! PRU13 dah dekat benar.!
Apa itu PRU13, bos.?!
Oooowh... Pilihanraya Umum ke-13.!!! Itupun nak tanya ka.? Takkan ko tak tau.!
Apa perlu saya mao tahu, bos.! Saya bukan orang Malaysia. Biar lah.! Di Indonesia, dipanggil Pemilu...
Aku tengah dilemma nak mengundi ke tidak nih.! Dan kalau mengundi, dilemma pulak nak mengundi parti apa.?!
Bos undi la calon yang ganteng, pasti tidak menyesal.!
.
Hah.! Ko nih. Ko tau tak Joko, di Malaysia ada dua jenis parti politik.!
Tak tau, bos. Apakah jenisnya, bos.?!
.
Ada dua, Joko. Ada dua jenis parti politik. 
Yang satu ialah :
Parti politik untuk orang yang memilih...
Yang satu lagi ialah :
Parti politik untuk orang yang dipilih...
.
Kok sama bunyinya, bos.!
Tak sama la, Joko... biar aku terangkan.
.
Yang untuk orang yang memilih, adalah parti politik untuk orang2 yang macam aku...!!! yang berkerja dengan kompeni yang bukan gomen, dan bukan jugak gomen-link-kompeni, yang taat-setia-tak-pernah-lupa membayar cukai.
Yang untuk orang yang dipilih, adalah parti politik untuk orang2 yang merasa sangat gembira mendapat-menerima bi'ar'satu'em lima ratus ringgit, dan menerima arears kenaikan gaji dalam es'es'em bulan depan.
.
eh... udah la. Ko dengar pun, bukannya ko paham. Ko paham pun, bukannya ko boleh buat apa2. Habiskan cepat kopi ko tuh...! Pintu jangan lupa kunci balik.!!!.
.
errr... bos mengundi...???!!!
.
Azlan hanya diam... merenung jauh ke luar tingkap.


.

salam


.

.

7 comments:

Anonymous said...

Toe the party line.... otherwise vote with your feet.... :)

tasekM said...

ko jgn buat perangai dino... daftar mengundi pun tak.

tak kawan dino...!

:p



.

Nizam.Ariff said...

elehh.. buat nyusah kan aku nak g beratur mengundi je...

yang kaya wakil rakyat tu juga..

dia bukan boleh selesaikan kemelut aku pun sebab kemelut aku ni jenis PM je yag boleh selesaikan...

keh keh keh..


kalau ada undi untuk calon jadi PM terus, aku berminat. kalau setakat wakil-wakil rakyat ni.. buang masa je... bertekak dalam sidang parlimen dan dewan rakyat pun alih-alih keputusan telah pun ditentukan oleh pucuk pimpinan... orang yang dibawah hendak tak hendak kena undi setuju gak.... ikut cakap boss!!! takkan tak ikut boss, ye tak?


lagi pun bak kata abang Naga: Apa guna wakil rakyat kalau dah ada Aduan Rakyat (TV3)? hahahaa

sepa said...

Anon...,

Somebody please tell me that I'm dreaming...
I've gone beyond to seek the truth...


.
mem,

aku pernah ajak Dino daftar... lama dulu. duluuu masa kaunter bukak kat Komtar, jugak kat Kinta.

:)

*ko mengundi tak...?!


.
Dino,

kemelut ko mgkn sama la ngan aku...

biar gemulah Abraham Lincoln jeh jawab tuk kite dan kite2...

: "Nearly all men can stand adversity, but if you want to test a man's character, give him power." ~ Abraham Lincoln


.

gadisBunga™ said...

tahun ni aku mengundi! yeyey!

*eksaited gaya budak baru fes taim nak ngundi.

memang pun!

Kembara Insan said...

http://zul1979.blogspot.com/2012/03/awang-si-kembara-insan.html

aku nak iklan sikit.

aku tgh cari watak Joko! ada cadangan?

keh keh

sepa said...

gB,

yer yer...
tahun nih kita mengundi.
boleh dapat cuti free.

hehehe...


.
zul,

watak utama ko, Awang, kan.?
apa kata, Latip.

:)