Monday, July 30, 2012

ikan keli, udang harimau, jatropha dan jagung manis... kaitannya dengan 1Malaysia.

.
"Azlan, hari nih ko interview sorang, dia dalam perjalanan. Atur sorang tuk jemput dia di simpang." Pesan tokeh pagi tadi.
.
*****
.
"Bos, dia dah sampai." Kata kerani semasa mengetuk pintu lalu melangkah masuk ke bilik manager kilang.
"Jemput dia masuk." Balas Azlan. Kerani itu beredar lalu menjemput sorang mamat masuk.
Seorang mamat dalam usia pertengahan empatpuluhan mengetuk daun pintu, masuk bersopan, dipelawa oleh Azlan untuk duduk. Mamat itu mengukir senyum, dan dengan penuh tertib, duduk di kerusi di hadapan meja manager kilang.
"Ini resume saya, tuan." Mamat itu bersuara sambil menghulurkan sebuah envelop kuning bersaiz A4. Azlan menyambut, membuka envelop itu, membelekbelek setiap helaian kertas dan meniliti isi kandungannya.
"Ko berpengalaman kerja di hotel.! Pernah berkerja di kilang kelapa sawit.?!" Azlan membuka bicara.
"Tak pernah, tuan." Jawab mamat itu ringkas.
"Kenapa ko tetiba berminat nak berkerja di kilang kelapa sawit, sedangkan pengalaman ko semuanya di hotel.?!"
"Saya tak dak kerja sekarang, tuan. Kerja apapun yang ada kaitan, saya nak ambik."
"Kenapa ko tak kerja.?!"
"Saya berhenti berkerja dua tahun lepas. Bukak perusahaan menternak ikan keli. Sejak enam bulan lepas, sambutan untuk ikan keli tak dak. Order setakat tiga empat ratus ekor anak ikan keli. Tak boleh makan, tuan. Saya dah tak ternak dah." Terang Mamat itu.
"Criter sikit yang terbaik pernah ko dapat masa ko ternak ikan keli."
"Saya adalah penternak bertauliah dan boleh memberikan latihan. Pernah satu kali saya anjurkan latihan menternak ikan keli untuk seramai 170 orang. Saya kenakan yuran seratus sorang. Pernah jugak satu syarikat order tigapuluh lima ribu ekor anak ikan keli."
"Oooo... ok.!" Azlan mengangguk.
.

"Bila ko nak start kerja.?!" Tanya Azlan. Azlan memang tak cerewet untuk merekrut orang yang hendak berkerja dengannya, yang penting mereka sanggup tinggal jauh di pedalaman.
"Kalau boleh secepat mungkin, tuan. Dah enam bulan saya tak kerja."
"Ok. Ko masuk kerja 1ogos."

*****
Ikan keli, udang harimau dan jatropha adalah antara produkproduk yang diperkenalkan oleh dak YBYB kepada rakyat jelata di DUNDUN mereka. Ramai orang kampung yang ada tanah berekarekar menyahut seruan YBYB mereka. Malangnya, tiada kesinambungan dalam pemasaran. Akhirnya, dak rakyat jelata balik ke square one. Mereka kecewa.!!!

Azlan pernah diziarah oleh Helmi dua tahun lepas. Helmi ialah graduan hortikultur, yang memiliki syarikat sendiri yang berperanan menjadi penasihat kepada dak YB tentang pembangunan agriculture. 
Helmi pernah bercerita tentang pengagihan benih jagungmanis oleh sorang YB. Helmi menentang sekeraskerasnya tentang subsidi itu, atas alasan jagungmanis dimakan oleh orang, orang tak makan jagung banyakbanyak. Dia menyarankan kepada YB agar memberi subsidi benih jagungtakmanis yang dihasilkan khasnya untuk makanan ayam. Ayam makan jagung, dan dalam jumlah yang banyak, dan ada satu kilang memproses jagung untuk makanan ayam di Sibu, yang masih under-utilised. Lagipun, sekarang kita mengimport jagung itu dengan harga yang tinggi dalam volume yang banyak. Namun, tidak dihiraukan. Kesudahannya, bila sekampung menuai jagungmanis, hanya sedikit sahaja dapat dijual, selebihnya kering tak terjual. 
Walaupun margin untungnya tinggi, sekiranya tidak habis terjual, adalah sesuatu usaha yang siasia... lebih baik kita tanam jagungtakmanis, walaupun harganya murah, tetapi pasaran tetap ada...itu kata Helmi.

Helmi pernah mengajak Azlan untuk samasama melobi orang kampung, mengusahakan tanah yang terbiar untuk ditanam jagungtakmanis. Kata Helmi, permintaan jagung makanan ayam tinggi, sekarang kita import 80sen sekilo, dulu 23sen saja. Seekar bulih buat pendapatan empat ribu semusim...

Azlan menolak tawaran itu dengan penuh hormat..........



*****

7 comments:

Nizam.Ariff said...

aku kenapa ko tolak cadangan itu dgn penuh hormat...



salah satu sebab-sebabnya ialah ko tak sanggup membunuh tapir dan gajah pigmi ketika menerangkan kaki hutan untuk berladang jagungtakmanis...

tasekM said...

sbb ko dah banyak duit sebenornya...



.

sepa said...

Dino,

aku tolak sebab aku bukan YB, aku YHM aka YangHensem-Maco.

aku suka idea dia... seminggu selepas aku tolak, Helmi singgah ke rumah, dia datang dengan pickup Hilux bermuatan benih jagungtakmanis penuh di dalam bucket. katanya, ada satu kampung setuju participate, seluas 100ekar.


:)

sepa said...

mem,

aku YHM... hehehe

Anonymous said...

hari ni 1 ogos, azlan start kerja. selamat menempuh cabaran baru!

sepa said...

SM,

eh. bukanke mamat itu yg nak lapor diri.?! Azlan yg buat interview la bang.! :)

Anonymous said...

la, silap ke? biasa la baca dengan mata kabur... hahaha..