Friday, August 19, 2011

Majlis Mangkong Tiang

petang tadi, dalam perjalanan keluar dari belantara di persimpangan masuk ke lebuhraya menghala ke rumah di bandar miri, terserempak dengan satu banner ...Majlis Mangkong Tiang ...bla,bla,bla...
aku tertangkap dengan tajuk majlis tuh.


gugel. tak jumpa.
dalam wiki pun tak dak.
tapi terjumpalah beberapa acara2 rasmi kerajaan negeri yang berkaitan.


selama duduk di sarawak, dan berIC sarawak dan berPassport sarawak, inilah pertama kali aku tahu ada majlis beristilah gitu. 
sebenarnya, secara ringkas, ia hanyalah majlis perasmian bangunan baru lebih merujuk kepada rumah panjang dan bangunan yang ada kaitan dengan masyarakat iban.


(nota: mangkong tuh dalam istilah bahasa melayu sarawak ialah memukul / membelasah. majlis mangkong tiang - akan bermaksud majlis memukul tiang.)


contoh2 acara rasmi:


1. Jabu turut diberi penghormatan menyempurnakan upacara ‘mangkong tiang’ Rumah Limin. Mangkong tiang merupakan acara perasmian rumah panjang yang mempunyai 22 pintu itu.


2. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Upacara ‘Mangkong Tiang’ bagi Rumah Panjang Lampas, Titok Atas, dalam kawasan daerah kecil Engkilili kelmarin.


3. Peristiwa bersejarah Majlis Perasmian Mangkong Tiang Wisma SALCRA telah diadakan pada 27 September 2010 yang lepas.


4. Terdahulu beliau telah berucap kepada lebih 100 tetamu dan jemputan yang hadir ke kediamannya sempena ‘Majlis Mangkong Tiang’ atau majlis doa selamat rumah barunya yang terletak di Kilometer 2, Jalan Bukit Goram.


sekian.

4 comments:

tasekM said...

aku ingat nk mangkong dino la...

hiks.


.

Kembara Insan said...

dalam Islam, ada adat masuk rumah baru.

Sama seperti dapat bini baru, anak baru, keta baru, rumah baru serta segala yg baru.

aka, kenduri kesyukuran.

bila member ada rezeki lebih, ajak kengkawan kongsi sama kegembiraan tersebut dgn acara makan2. Maka, jadilah sosial dalam masyarakat.

Kita manusia, kena sosial, baru boleh jadi manusia. Tak leh kera sumbang.

baik acara, kenduri kesyukuran, dijauhkan dgn perihal haram, maksiat dan segala yg boleh menaikkan tanduk setan di kepala.

Nizam.Ariff said...

Aku ingat mangkong tiang tu majlis pecah tanah...


aku ingat nak mangkong tasekM la... agak-agak 7 kaki dalam tanah bulih?

sepa said...

mem,
aku menggalakkan ko mangkong dino. dengan syarat, sendiri tanggung.!

zul,
tadi aku lalu depan rumah panjang tuh. punya la ramai orang, semacam pesta. intai2 gak kot ada tuan Ci eM > teringin nak tengok mem besar in-person. hehehe

dino,
tadi tasekM dah mangkong ko. kalau ko boleh bangun semula ko mangkong la pulak dia.

yang penting; ko dua2 jangan berangan nak mangkong aku udah le...!