Thursday, August 4, 2011

senyumlah kuala lumpur untuk shaari

meitahun2003. 7 tahun berlalu. dari kisah keroncong untuk ana bersama jawe. (sini).

encik jadi juri final pertandingan karaoke. ketua juri. pesan wan zul.

wan zul. electrician. kilang kerdau. orang panggil dia tok bomoh.
bunyi macam kurafat jeh. setiap kali ada masalah motor, contactor, mccb atau shortcircuit. bebudak kilang kerdau akan kata. carik tok bomoh. maka sampailah si wan zul dengan kadar segera.
rasa tak setuju ngan panggilan tuh. akupun tanya. lebih sopan aku tanya ngan safuan. sebab safuan cool. a man with few words.
apahal korang panggil dia tok bomoh. tanyaku kat safuan satu hari.
encik, bila mesin tak jalan. dia belek2. cucuk2. jalan. mana nampak benda yang boleh buat mesin2 tuh jalan. kerja tok bomoh lah tuh. panjanglebar safuan explen.
o o... ok. jawabku sambil angguksetuju.

petang nih final. saringan awal dah buat dua hari berturut2 belah petang. final 10 orang. tambahnya.
siapa lagi juri lain.?.
zul kantin.
dua orang je.?.
ada sorang lagi. shaari. tapi belum kompem.
cakap ngan dia, kompem. kata, ketua juri dah decide. konfiden je aku. tanda terima pelawaan jadi ketua juri.
ok la. nanti aku bagitau. wan zul pun beredar ngan moto kapcainya, mengingatkan aku pada matcap bersama kapcai 50cc yang tertinggal jauh masa konvoi dari kcp ke setiawandanlumut.

zul kantin. terkenal d kilang kerdau sebagai musician. tiap2 malam main organ d kantinnya. cuma tak jadi penyanyi jeh. kalaulah zul kantin tuh sehensem aku. pasti dah ada satu album. uweeeks.

shaari. aku sangsi kebolehannya menjuri pertandingan tahap final nih. aku tak hal la. sebab aku eksekutif. malam sebelum mula. aku cadangkan karaoke ringan2 dulu. biar peserta hilang nerbes. lepas dua tiga orang. aku pun cucuk2 penonton mintak shaari berkaraoke.
shaari pulak. aku jerit kat mc.
tersipu2. dia terpaksa setuju.
lagu apa.?. tanya mc.
senyumlah kuala lumpur. alleycats.

perrrhh. meremang bulu roma dek lunak dan gemalai nya. patutpun jadi juri. kalau tak, pasti cempien.

aku. aku adalah ketua juri malam tuh.
duduk tengah2. zul kantin di kiri. shaari di kanan.

sorang2 peserta usai. hinggalah giliran ridzuan. ridzuan pengantin baru. baru 2 bulan kawin. kawin di usia adik dah jadi sopan. 37 umurnya.

ridzuan nih 2 minggu lepas juara karaoke di pekan songsang. bisik zul kantin.
ridzuan nih gerenti best. boleh jadi juara. bisik shaari pulak.

untuk peserta sebelum ridzuan. naik jeh peserta. belumpun habis sebaris ayat. borang markah dah siap aku isi. tapi untuk ridzuan. aku biarkan kosong. kejap2 jeling2 zul kantin. kejap2 jeling2 shaari.

dan diumumkan.
tempat pertama. ridzuan.
tempat kedua. yang sepatutnya tempat entah ke berapa.
tempat ketiga. yang sepatutnya tempat kedua.

dan aku mempertahankan kenapa peserta tuh dapat tempat ke2. walaupun zul kantin dan shaari membantah.


.

6 comments:

Aku said...

Sabtu Madan naik kapcai dengan topi keledar steng dia tu... aku ingat lagi...


Kita orang dah panas badan layan angin dan bau wangi 'lelaki jalan kepit' di beteng Lumut, baru dia sampai...

tasekM said...

37 dah sopan eh..?
iye ke sepa...?

hiks.


.

tasekM said...

sepa.
letak balik gambar kt header tu...


:p


.

tasekM said...

eh.
ada lak.

laptop aku sewel gaknya nih..



.

Hasri bin Hasfa said...

dino,

aku suka helmet tuh. tp tak pernah pulak nak pinjam dr dia.
helmet eksklusif dia.

lepas konvoi lumut tuh. kepala hotak aku ambik masa 2 hari tuk ejas. mana siang. mana malam. hahaha.

Hasri bin Hasfa said...

mem,

1) iya, mmg 37 dia jadi sopan.
pastu.
entahlah...

2) dah2 dah letak. pelik gak tak dak gambo. aku letak yg lebih ramai.

3) laptop sewel...? hahaha