Sunday, August 7, 2011

suatu masa dalam b-flet

meitahun2010. di malam pertandingan karaoke sempena hariguru sk sldb no.1.

tuan manager kilang.!. tuan nyanyi satu lagu malam nih. saya dah beli satu lagu untuk tuan karaoke. rm10. pujuk gurubesar. empari.
empari. gurubesar sk sldb no.1. orang2 setempat dan juga cikgu2 panggil gb jeh. orangnya bersusuk kecil. umurnya berada dalam zon umur yang bolehlayak untuk mati natural. 54 tahun katanya.

pilih lagu tuan.
ok. mana buku lagunya.?.

lepas membelek2 buku lagu. ada 5. 3 buku lagu2 iban. 1 melayu dan 1 omputeh. akupun angguksenyum.
suatu masa. lagu m.nasir. kataku.

karaoke amal lepas pertandingan. katanya.
kalau boleh kita berduet sekali. sambungnya.

*
the drunken master.

mana encik hantar anak sekolah.?. tanya sorang staf kilang mukah.
di sk sldb no.1 la. mana lagi.!. tuh je sekolah paling dekat. kenapa.?. tanyaku.
ramai staf hantar anak bersekolah di bandar. sibu atau mukah. balasnya.
kenapa tak ke sk sldb no.1.?.
gb. gb kuat minum. kepala toya. selalu mabuk.
o the drunken master. jawabku.

banyak kali aku bersalaman dan bertemuborak dengan gb, the drunken master. yang aku perasan;
1. berjalan di jalan yang lebar dan menghalalaju ke sisi jalan hampir masuk ke dalam longkang.
2. bila berbicara. untuk menghabiskan satu ayat, tiga bahasa bersilih ganti. iban, melayu, omputeh.
3. bersalaman dalam hujan.

*
kongkalikong.


pertandingan karaoke bermula tepat jam 7.30malam. 15 peserta semuanya.
dan diumumkan.
juara. awek. yang menyanyikan lagu satu dua beat mendahului tempo. berbajuseluar ketat, sehinggakan yang dua di dada terbonjol sebesar kepala kera.
naib juara. mamat. yang menyanyi suara masih tertinggal di dada dan rongga hidung. tetapi setiap kali menyertai pertandingan karaoke setempat. pasti dapat naib juara.
tempat ketiga. awek. yang menyanyi bermula selepas empat lima beat, dan menyerahkan mic di pertengahan lagu. bini kepada salah sorang juri.

juri2 ber-kongkalikong.

*

kita jemput en.hasri. tuan pengurus kilang untuk menyanyikan satu lagu. umum mc.
beliau akan mendendangkan lagu suatu masa dari m.nasir. tambahnya lagi.

aku. dengan konfiden naik ke pentas seolah akan menyampaikan ceramah motibasi. sesampai di depan mic, musicpun dimulakan.
tunggu dulu. kataku kepada penjaga audiovisual.
lagu cam ni, nak nyanyi kena duduk. pintaku.
akupun ke meja penjaga audiovisual dan pantas mengambil kerusi dan terus meletakkan elok2 depan mic. selepas mendapatkan posisi duduk yang betul; duduk tegak, diaphram terbuka, dada kembang, akupun mengangkat tangan.
ok on.

mengagumkan. berjaya jua aku menyanyihabis sebuah lagu. suatu masa dari m.nasir. penonton nampak terdiam dan terpaku. mungkin terpeguntergamam melihatkan kehebatan nyanyian karaoke dari tuan pengurus kilang. dengan senyummelebar dan eksyen, akupun turun dari pentas ala2 yb selepas menyampaikan subsidi baja.
sesampai je aku di lantai penonton. sorang staf kilang merapati aku.

bos, suara tak dengar. bunyi muzik ja.


*

7 comments:

tasekM said...

hahaha...

buat penat nyanyi je la heh.

aku.
dan adik perempuan aku.
mmg suka menyanyi.
bezanya.
aku menyanyi dalam toilet.
dia siap masuk pertandingan karaoke.

aku pemalu.


.

Kembara Insan said...

ha ha.

Bro, ko pun minat Suatu Masa M Nasir?

Aku pun minat. Penuh makna lagu nih. Aku ngorat wife aku pun pakai lagu nih

:P

Kembara Insan said...

http://zul1979.blogspot.com/2011/08/suatu-masa-m-nasir.html

sepa said...

mem,

diaorg nak sgt saya nyanyi.! dah berbagai cara pujuk... dan dalam segala macam event...
tp bila dah pujuk guna wang rakyat. - tak boleh tolak... hehehe...
suara b-flet. - nak bagi keluar, mic kena buh dalam mulut...!

hahaha...

sepa said...

zul,

1)

aku minat.
tapi minat aku kat lagu tuh atas sbb2 lain.

sebab 1. satu ketika aku beli bebanyak dvd karaoke, sbb setiap kali dlm event formal, pasti ada org suruh karaoke. antara dvd yg aku rembat m.nasir, awie, alleycats, sudirman, dewa dan yang lain2. spy bila tak leh ngelak, atleast boleh nyanyi satu......!

sebab 2. suatu masa music agak rendah. irama agak mendatar. tak perlu nak jeritpekiklolong bila nyanyi... hehehe...

sebab 3. suatu masa boleh nyanyi sambil duduk. jd tak perlu nak menari. tangan pulak buat2 la pegang stand mic - tuk hilang gigil. silap gaya boleh terkucil wo - nyanyi depan crowd... hehehe...



:)


2)

aku suka yang versi m.nasir.

yang ini... http://youtu.be/H39yt-e6a90

versi m.nasir, tekno sket.
versi kembara, akostic.

*

Nizam.Ariff said...

Lu dasat la....

wa tataw nyanyi...

wa suruh gitar wa nyanyi...

sepa said...

tengkiu2... lepas nih nak try dalam A-minor. he3...
ko masih simpan lg tak gitar kapok, yg jawe sll pinjam tuh...?