Friday, August 26, 2011

DNA

drama ds anwar dengan saiful bahari...!  di court semenjakdua ni, banyak cerita tentang DNA. tentang kat mana dapat sampel la. cam mana simpan la. simpan dalam bekas apa la. berapa lama simpan la. simpan dalam suhu apa la. dan juga berapa lama sampel di simpan baru buat ujian.


mengingatkan aku matapelajaran sains yang berkaitan dengan DNA. biologi.


masa sekolah menengah, tingkatan5, matapelajaran biologi ada diajar apa itu DNA.
dan masa matrikII dalam matapelajaran biologiII pun ada jugak. aku masih ingat lagi sorang professor yang ajar tentang DNA nih kata, peringkat tinggi dalam DNA ini adalah genetic engineering. ini adalah future. negara kita akan memajukan bidang nih. tambahnya lagi. siapa yang berminat, sambung ambik biologi dan major ke genetic engineering. hah.! hampir2 aku nak ke situ. geneticist. kalau tak, aku mungkin salah sorang yang menganalisis sampel kat jubur saiful tuh.


teringin pulak nak refresh. gugel jap;
DNA is short for deoxyribonucleic acid. Two chains of four chemical bases (abbreviated A, T, C and G) make up DNA and act as a cell’s recipe book to make proteins. ...o o ok.!
lagi,
The particular sequence of a DNA chain – meaning the precise order of the four chemical bases – determines what protein will be made. ...o o ok.. ok..!
lagi,
Not all DNA is destined to become a protein. ... arr... pulak dah.! tadi kata asas kepada protein...!
lagi, lagi, nak tau lagi...
Just as a recipe might contain more information than just a list of ingredients, only some regions of your DNA – called genes – are directly translated into proteins. ...ooo...oooo...ooo yang itu rupenya...!


DNA pun berdrama jugak ke...? nak kena jadi gene dulu, baru boleh digelar protein...!


dah dah ... cukup la paham sikit2. karang ada tikus tukar jadi kambing...! (sini ada kambing)
.

3 comments:

Aku said...

hahaha....

jangan lupa, kat tumbuhan pun ada tapi RNA.

Reoxyribo.... dia tak duo, tak silap aku...


kalau tikur tukar jadi kambing, hapuslah kebuluran di somalia...

tasekM said...

aku dh naik letih la follow cerita bang nuar tu....


.

Hasri bin Hasfa said...

dino,

bidang DNA nih, termasuk la yg kat tumbuhan banyak yang dah berkembang sebenarnya.
contoh paling mudah; tissue culture (menghasilkan satu tumbuhan dari induk dengan hanya ambik dari tisue daun... gitu la lebih kurang)... tapi, yang buat aku tergerak nak buat entry nih > dak saintis kita misled. dengan tahap profesional, boleh lagi auta tuh. siap saintis dari australia komen tentang prosedur. hish... hish... hish...

.
mem,

cerita bang nuar nih yg mengheret rakyat malaysia. dalam berita; baik yang ditulis, yang dicakap, yang digambar, yang digambar bergerak atau mungkin jugak yang bergambar diubah2 > criter tentang bang nuar jeh...

yang buat rakyat malaysia cam aku (atau mungkin gak dino) tertarik nak ikut criter bang nuar nih satu jeh; anak2 bang nuar. :)

.