Tuesday, August 28, 2012

Daik... dan pantun hari raya.

*****
sekiranya anda pendengar National.fm. pantun hasil nukilan DSU RY ini selalu di udara, sebagai halwa telinga...!!!


Orang Daik pulang ke Daik,
Lantas dilanda sedikit taufan,
Hari baik bulan baik,
Yang terbaik bermaafmaafan.



*****
.
kejap. kenapala pelik nar pembayang eh.!
.

salam aidilfitri dsu ry.



.

salam


.

10 comments:

Lady Windsor said...

Dalam pantun macam-macam boleh jadi asalkan pembayang dan maksud mempunyai sukukata akhir yang sama,, jadi rimanya akan sekata dan sedap didengar.
Bagaimanapun, kalau pembayang dan maksud mempunyai kesinambungan sukukata dan ada kaitan, mutu pantun akan bertambah baik kerana aspek keindahan pantun bukan saja dilihat pada pemilihan diksi, sebaliknya makna dan ketepatan erti juga diambil kira....ehh ampun aku terlebih explain pulak...

Orang Daik pulang ke Daik
Orang Kota pulang ke Kota
Orang Pekan singgah hiliran
Hari baik bulan baik
Bersama kita seia sekata
Mohon maaf di hari lebaran.

Anonymous said...

lama pulak tak berpantun. bernama radio 24 pun ada segmen pantun.

Nizam.Ariff said...

Aku masih tak faham ranngkap yang ni:


Burung merpati terbang beribu
Hinggap seekor di tengah laman
hendak mati di di hujung kuku
hendak berkubur di tapak tangan




.



Lady Windsor said...

Kalau tak silap aku, dia nak mati atau dikuburkan dekat2 dengan orang yg dia sayang...eh kalau tak silap le..kalau silap tolong betulkan sapa yg tahu...

sepa said...

LW,

thanx 4 sharing...

suka pantun ko.

:)

sepa said...

smbotak,

nanti aku singgah ke situ. :)

sepa said...

Dino & LW,

itu bukanke pantun orang angau.? :p

Lady Windsor said...

Sepa,
Sama la...konon depa nak mati dengan kubur bersebelahan...

sepa said...

LW,

tajam paham ko eh. :)

Lady Windsor said...

Aku kaji pantun...