Wednesday, October 19, 2011

Agus melihat dengan telinga...!

Hujan benar lebat semalam, bos. Selama saya disini, malam tadilah yang paling lebat. Saya nggak pernah berpengalaman hujan selebat itu. Dari jam 10 malam sampe jam 3 pagi. Joko, dalam nada ceria menceritakan kepada Azlan. 
Azlan, yang dari tadi terdiam masih tidak menjawab, hanya mengangguk dan melemparkan senyum tawar kepada Joko. Sejak dari sampai tadi, Azlan tidak berkata-kata walau sepatahpun. Dia hanya berdiri tegakdiam di hadapan workshop, melihat staf-staf sedang berkumpul membuka motor-motor pam.

Kenapa dengan motor-motor itu, Joko.? Akhirnya, Azlan bersuara.
Hujan malam tadi, bos. Banjir. Banjir. Air sampai masuk ke dalam rumah pam. Semua empat-empat pam tenggelam, bos. Dua motor jak yang diangkat duluan, untuk di-check. Rumah orang estet yang batu, yang baru, air udah masuk lewat di jendela. Mereka menjerit-jerit semuanya, mintak tolong. Yah, gimana mau nolongnya, mau ke sana juga nggak bisa. Rame-rame hanya bisa tengok ajak dari atas bukit sana. Terang Joko sambil jarinya melentik menunjuk ke arah bukit kecil yang tidak dicicah air.

kata mereka. bila air bah, banyak ikan-ikan dari hulu
yang sesat. maka, ramai-ramailah mereka memancing.















Agus. Agus, macam mana dia.? Dia kerja tak hari ni.? Tanya Azlan.
Agus.? Agus tidak kerja, bos. Dia lagi cari-cari barangnya yang hanyut. Tadi, dia udah jumpa piring, sudu sama periuknya di bawah pokok sawit di tepi sungai. Tong gasnya masih belum ketemu. Pakaiannya habis hanyut semuanya. Seluarnya tinggal satu jak.

Dia tidak apa-apa.? Tanya Azlan lagi.
Dianya sih, nggak apa2. Dia sempat keluar. Langsung ke surau. Air tidak sampe ke surau. Yah!, dia tunggu di situ sampe air surut.

Azlan mengangguk-angguk. Agus yang pintar. Agus yang juga pemalas. Agus yang sering beralasan matanya tidak mengizinkannya berkerja hingga jauh malam walhal lepas balik dari kilang jam 6 petang, dia bukannya terus tidur, tetapi bergadang dengan orang-orang estet hingga jauh malam, selamat dan tidak cedera. 
Azlan tersenyum dan hampir-hampir juga mahu ketawa.

Bos.! Agus tu. Agus tu, gimana sih kayaknya orangnya.? Sambung Joko lagi.
Kenapa, Joko.? Balas Azlan.

Tadi pagi, orang bising-bising. Teriak-teriak banjir. Teriak-teriak suruh keluar dari rumah. Dia nggak sadar. Katanya pagi tadi, dia bangun sebab kaget bila dirasanya telinganya basah. Air udah sampe di telinga. Air udah sampe di telinga.!!! baru dia sadar.!!! Waduh...!!! Agus.?! Agus...?!

*

2 comments:

Nizam.Ariff said...

Nasib baik Agus tak tidur berdiri...

kalau tak, dah hanyut berbatu-batu baru dia sadar...

sepa said...

dino,

hanyut macm kayu terapung...! mana hujung.? mana pangkalnya...? he3