Monday, October 17, 2011

memilih lot rumah teres... - aktiviti2 memilih.

entri nih adalah kesinambungan kepada entri nih... 


dalam entri yg lepas. di sini. aku dah buat kata putus. it is about time aku beli. apa la ertinya duduk menyewa. rm850 sebulan. buang karan jeh bayar untuk rumah orang.

sebelum nak memilih, aku kena refresh balik statement yg pernah aku buat dlm entri sblm nih.
tentang kriteria yg sepatutnya diambilkira.
yg ini la aku maksudkan :

"
bukan sebab mahal...!
bukan sebab lokasi tak ok...!
bukan sebab design tak menarik...!
dan, bukan juga sebab aku hensem...! cheh...! (meluat dino bila tahu nih...)

"

1. bukan sebab mahal...! - mahal tak mahal bukan la syarat yg unggul. 
sbbnya, bila kita beli rumah, kita dimestiharuskan menyuruh si banker bayarkan - untuk yg bukan gomen. untuk dak gomen, gomen ada skimnya tersendiri. syarat nih yg penting. bila banker setuju untuk mao bayar. maka ok. kenapa? jgn tanya kenapa? ikut jeh.


2. bukan sebab lokasi tak ok...! - nih yg susah sikit nak eksplen. 
ada orang beli rumah nak lokasi yg hot. maksudnya, satu masa nanti. entah bila. rega rumah tmpt tuh naik berganda2. dan boleh jual. juga entah bila. sudahnya, berdepan ngan jem tiap2 hari. rumah masih gak diduduk.
ada orang beli sebab sgt mampu. bila dah beli satu. beberapa tahun lagi beli satu. satu tuk disewa. beli lg satu. tuk disewa lg.
ada org beli sebab sgt2 mampu. beli satu. satu lg. satu lg. satu lg. bersamaan ngan brape anak yg dia ada. bg satu2 kat satu2 anak, bila anak dah beso. dan mgkn gak untuk si mem extra, ooops!... 


3. bukan sebab design tak menarik...!- part nih ada kena mengena ngan personaliti. ok. contohnya, aku. aku dulu2. lama dulu. Dino mgkn masih ingat. suka pakai baju pagoda yg semakin menipis dah nak rupe kain sutera. dan seluar levi's yg londehnya pas2 lekat dipinggang. maka design yg aku akan pilih adalah yg kreatif, innovatif dan kontemporari. nampak...!


4. dan, bukan juga sebab aku hensem...! cheh...! (meluat dino bila tahu nih...) - nih kriteria yg terlalu abstrak. contohnya, org kacak ... pun hensem. org kaya tp tak kacak pun hensem. cam tuh la lebih kurang. pak menteri sentiasa hensem...!!! ...cuba tgk bang Bung M***** R***** kita...! hehehe




sekarang tiba masanya kita nak memilih rumah untuk dibeli. 7 langkah kesemuanya.
*
1. memula pastikan selera kita. 
a. - nak rumah yg baru dibuat dan belum pernah org duduk ke? 
b. - atau nak rumah yg dah lama dibuat dan belum pernah org duduk ke?
c. - atau nak rumah yg dah lama dibuat dan juga dah lama org duduk?


*
2., 3., 4., 5., 6., & 7. diringkaskan la criter. semua org pun tau cam ner nak pilih. saje jeh aku merapu kat atas nun.
*


kesimpulannya : bila kita berniat nak beli rumah. tak kira apa jenis. tak kira mana lokasi. tak kira ape rega. tak kira berapa byk nak. tak kira untuk apa. yg benarnya, rumah itu memilih kita. itu rohnya...  peerrrh... bunyi ceramah pak2 ustaz. waraq-dung-wa-barqaq. ehhhmm...






*
)))satu lagi ; bila kita pilih nak beli rumah, cuba kita tutup mata masa nak keluar pintu. biar pintu terbuka luas2, jalan terus, terus, dan terus. selagi tak dak yg halang, jalan lg. terus dan terus sehingga penat. dan sekiranya tak dak apa2 yg berlaku, e.g. dilanggar kereta, digigit anjing jiran, ditumbuk mat2 pit. maka rumah itu selamat untuk diduduki...(((
*


salam.


.

4 comments:

Nizam.Ariff said...

Sekarang ko tak pakai baju pagoda dah ke? hilanglah identiti ko.. nampak..?!


Ko tau tak. Mat Beng dgn Husmidi dia pakat2 beli-jual-beli-jual masa tahun 2000 - 2005. Sampai bini dia ngadu kat aku, kalau kali ni pun rumah nak dijual, baik dia sewa flat jer.. dah malam nak usung barang. Yang terakhir, dia jual dan untung terkumpul dia beli rumah hampir free kat Putra Heights. Tapi dia org berani... dia orang ada ajak aku tapi aku tak berani, aku tak kejar doniaa.... nampak?! ka ka ka...

Satu lagi petua, nak beli rumah pastikan juga siapa jiran-jiran kita. Kalau jiran jenis tak beradab, bayangkan ko kena hidup sejiran sampai akhir hayat (kalau tak pindah)... cuba tanya2 siapa yang beli rumah sebelah kat pemaju.

tasekM said...

aku tak beli rumah.
kawen2.
masuk rumah laki.
dia yang beli.

kesimpulannya.
aku tak de rumah.
kesian, kan aku..?




.

Nizam.Ariff said...

tasek, kesian kat laki ko la.. kakakaka

sepa said...

dino, kisah mat beng ngan husmidi nih byk dlm masyarakat. aku tumpang gembira gak ngan apa yg diorg dpt. tp kan, itu adalah aktiviti2 alternatif dlm berkarier. byk gak ex2-bos aku yg buat, termasuk gak kengkawan. utk yg suka alternatif, ok. yg pasti, life is never an easy one. at the end stage kita akan consolidate everything yg kita ada. semuanya menjadi satu. ini diceritakan oleh org yg senior n berpengalaman ttg aktiviti2 yg alternatif tuh. dan ironinya, diaorg, walaupun nampak syok ngan apa diorg dpt, tak galakkan aku ikut apa yg diorg buat. the best still, katanya, be an expert in your on field... :)

...dan maka, biarkan mereka ngan dunia2 mereka... dan aku akan terus2an merapu dlm blog nih... layaaaannnn...!!!

satu lg. mamat depan rumah, n belakang rumah. org melayu. kata developer. tp yg 7 rumah sebaris semuanya bukan. dan aku jd pak guard la gamaknya - sbb corner lot... hahahahahaaaa...


.
mem,
pulak dah.! betul dah naturenya gitu. kalau ada dua rumah, yg patutnya di-kesiankan... :)

.
dino lg,
aku serba salah nak setuju ke tak nih... aku agak, baik dia buat tree-house... boleh santai2, teropong2... :)

.