Saturday, October 1, 2011

Agus diambil berkerja di kilang...

Langit di sebelah timur kelihatan cerah, di sebelah barat pula gelap kelam. Azlan yang berdiri di hujung conveyor tandan kosong, mendongak memandang ke langit sebelah timur sebelah barat. Rambutnya yang panjang-beralun terbuai ditiup angin yang cukup kuat sehinggakan ekor rambut menunjuk ke arah timur.

Pokok hari nak hujan nih. Awan dari barat pasti sampai. Sekejap lagi. Lebat. Hujan lebat sekejap lagi. Bisik hatinya.

Setiap hari Azlan akan berada di hujung conveyor untuk memerhati tandan kosong yang jatuh di hujung corong. Tandan kosong harus tidak membawa bersama biji lerai, itu ukuran operasi sterilisation. Dia sentiasa memastikan syarat itu dipatuhi. Sambil memerhati tandan kosong yang jatuh, matanya sekejap sekejap manyambar pemandangan melangkaui hujung corong. Memandang ke arah kolam air yang tidak jauh dari situ, juga hamparan pokok-pokok sawit yang saujana mata memandang.

Joko...! Jerit Azlan memanggil Joko yang sedang mengendalikan Vertical Steriliser.
Ya, bos. Ada apa?
Siapa di hujung kolam tu.?
Oh... itu Agus, bos.


*
Ada apa hal...?
Saya Agus, pak. Saya datang ke sini mau mintak kerja. Balas sorang lelaki pertengahan umur yang tetiba muncul di hadapan pintu bilik Azlan.

Hah.! Duduk lah. Aku mo interview sama kao. Siapa nama kao.?
Agus, pak. Agus Sukarta.
Bugis?
Bukan. Jawa.
Macam mana kao Jawa.? Di sini kan kebanyakkannya orang Bugis.?
Bini saya orang Bugis, pak.

Ada anak?
Ada, pak. 3 orang. Perempuan semuanya. Di kampung. Satu, di tingkat Sanawiah 1. Dua lagi masih di SD, sekolah dasar, pak.

Pernah kerja di kilang?
Tak pernah, pak.
Sebelum ini, kao kerja di mana.
Di estet, pak. Bantu2 mekanik.
Jadi... Kenapa kao mao kerja di sini. Sini kan kilang.? Kerja apa kao boleh buat.?

Saya, lepas kerja bantu2 mekanik, di suruh bawak Kobe - itu excavator. Setiap kali mao bawak, mandor cakap jangan. Tapi, kan saya dredar Kobe, pak. Lantas, saya cakap sama mandor; kalau aku kerja tak bisa menguntungkan kao, mintak pulangkan - pulangkan saya. Sekarang saya udah nggak ada kerja, pak.

Apa kerja kao boleh buat.? Aku tak boleh ambik kao kerja macam tuh je.
Saya bisa timbangkan pekerjaan, pak. Ya biasa, ya bisa. Bawak Kobe ya bisa walau tak biasa. Biasa jadi bisa, pak.

Ada bawak ktp ka? paspor ka?
Ktp ada, pak. Ini nya.

Nama : Agus Sukarta.
Tanggal dilahirkan : 24/8/74.
Desa Talang.
Kec. Tegal,
Jawa Tengah.

Besok kao boleh mulai kerja. Pesan Azlan.

*

Apa dia buat situ.? Pakai tuala jak. Tak malu ka dia, kawan2 dia nampak dia dari kilang. Dah la ponteng. Balas Azlan seolah2 marah dengan apa yang diberitahu oleh Joko.
Tadi, saya ada ketemu sama dia, bos. Saya tanya kenapa dia tak kerja hari ini.
Hah...! Kenapa.? Kenapa dia tak turun kerja. Pintas Azlan.
Pagi tadi, dia ada sekejap. Lepas itu, pulang. Bila aku ke rumahnya, tanya. Katanya, tadi masa kerja seluarnya basah. Terus dia cuci. Dia kata, pagi tadi dia sudah cuci satu. Bila dia cuci lagi satu, dia udah nggak ada seluar untuk di pakey. Dia cuma ada dua seluar jak, katanya.

Menolak rezeki betul la si Agus nih. Keluh Azlan.
Ya memang, bos. Dia itu, sowt. Saya pernah tanya dia, kenapa selalu nggak turun kerja. Jawabnya; saya, uang memang saya suka mas, tapi kerja saya malas. 

.
note: sowt - short-circuit, atau merujuk kepada bengong, atau sewel.

8 comments:

tasekM said...

staff ko mmg ramai indon eh sepa..?



.

sepa said...

mem, staff biasanya org meysia. workers yg byknya indon. aku dok criter pengalaman ngan diaorg nih sbb byk yg lucu2... dan kekadang tak masuk akal...!

antaranya.
1. bila aku suruh hidupkan mesin, ditekannya butang merah.
2. bila aku ujicuba mesin. dan ok. dan aku bg la isyarat teruskan. berlari dia ke panel suis dan matikan.

dan byk lg...

:)

Aku said...

Sepa,
ko silap ambik course la..

aku rasa ko kena ambik sosio-anthropology kut...

hahaha...


aku teringatkan Alias Sort...

Water Lily said...

Beberapa istilah yang akak x fhm. Vertical Steriliser tu apa ke mendanya Sepa?

Macam buldoze eh? haha

ps: Makin 'cun' blog ni.

sepa said...

kak WL,
sejak kebelakangan nih saya sering buat n3 kisah2 di kilang kelapa sawit... fyi, VS lebih kurang pressure cooker...

sepa said...

Dino,

Alias Sort... mane dia sekarang...?
sort yg cute... hehehe

Aku said...

Dia masih kat area teluk panglima garang... kilang buat shock absorber tersohor tu....

sepa said...

ooo... masih di KAYABA rupenya...