Friday, October 26, 2012

uang dan kebahagiaan... dan bergembiralah...!!!

.
*****
Achtung...!!!

entri nih sangat kontroversial, dan bisa mengetuk pintu emosi anda... anda digalakkan untuk membaca dalam minda yang terbuka sepenuhnya, jangan sekali-kali dalam keadaan separuh jaga... kerana perbincangan yang dibawa oleh penulis akan merangkumi tiga generasi pembangunan manusia... dan merupakan sebuah perbincangan yang mungkin juga dalam fiksi historik yang ada retorik sedang menyelimuti masyarakat dalam generasi mereka...!!! 

selamat membaca...!!!
*****
...

.
ramai yang berkata, uang tidak membawa kebahagiaan, atau uang tidak menjamin kebahagiaan, atau jugak uang tidak bisa membahagiakan...!!!
.

...

pendek kata :
uang dan kebahagiaan adalah "bagai aur dengan tebing", "bagai isi dengan kuku"... bukan "bagai melukut di tepi gantang", dan sangat bukan "bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing"...

dalam masyarakat yang dihuni oleh tiga generasi berbeza :
1. generasi Baby Boomer - yang dikatakan lahir dari tahun 1946 hingga tahun 1964,
2. generasi X - yang dikatakan lahir dari tahun 1965 hingga tahun 1980, dan...
3. generasi Y - yang dianggapkan lahir dari tahun 1981 hingga tahun 2004...!!!

tentulah, 
pandangan tentang uang dan kebahagiaan berada dalam julat dan ruang penafsiran yang berbeza...!!!

sedangkan,
industri berkembang dalam beberapa peringkat : bermula dengan 'baby food', ke automotif, ke property, dan seterusnya ke teknologi elektronik...! 
dalam kehidupan seharian kita, sekiranya kita di Gen X, orang tua kita adalah Baby Boomer. mungkin.! dalam perbincagan, mereka akan bertanya, "satu jeh anak ko, tak tambah lagi ke.?!" kita pulak jawab, "tak mampu eh. mana nak beli rumah, beli kereta, bayar bil sana bil sini...", dan bila kita melihat pada anak-anak kita (yang Gen Y) yang dah mula membesar, kita mungkin heran... kenapala depa nih dok main game jeh, asyik layan internet, dan berFacebook segala... !!! realitinya, memang dah begitu...!!!

.
.
.
...dan sekiranya, 
dalam perjalanan di sepanjang jalan, dari satu pekan ke satu pekan, atau dari satu bandar ke satu bandar,
dan ketika itu kita melewati banyak kampung-kampung, dan lebih banyak pula rumah-rumahnya, dan di setiap rumah ada satu tangki air yang ada logo 1. mereka mendapat tangki air itu secara percuma, maka, mereka yang menerimanya - dia gembira...!
.
atau, mungkin kita terserempak dengan ramai orang sedang bersuka-ria, dalam satu suasana penuh pesta, ada penyanyi tempatan juga penyanyi nasional sedang bernyanyi menghiburkan segala manusia yang hadir (yang bertujuan menarik khalayak untuk datang), terdapat juga cabutan bertuah (yang bertujuan menarik perhatian khalayak yang ingin merasa dirinya bertuah agar jangan cepat pulang), dan dikemuncakkan dengan pecah tanah, atau potong reben oleh orang yang diberi gelar berhormat... maka, mereka yang ramai-ramai itu bertenga semula - mereka gembira...!!
.
.
atau, jalanraya yang sedang kita lalui itu tadi, yang sebelumnya sedikit beralun, ada sedikit lubang di sana di sini sebesar ibu jari, ditar selapis lagi (tanda pilihanraya menghampiri...), kita memandu di atas jalanraya yang tidak sedikitpun gegarkan kereta, yang juga tidak kocakkan kepala, dan tidak pula hentakkan dada... dan kita berlapang dada, sambil satu mata mengintai langit satu mata lagi di jalanraya, sedang di kepala, kita mengira butir-butir ketika dan tenaga yang saban hari kita tinggalkan dalam rasa dan masa yang tidak terjangka  - bergembiralah...!!!
.
.
.

...dan apabila sampai di rumah, selepas pulang dari berkerja... Hasif pun berkata : janggut papa macam 'weapon', bulih dia guna untuk 'attack' kita seperti 'porcupine'...!!!


.
guilt is a construct of a ruling class to suppresses the masses...




.


salam

.

4 comments:

Nizam.Ariff said...

segala-gala yang berkaitan 1M, aku belum mampu bergumbira...
selagi dia tak turunkan cukai, buat apa dia nak bergembira dengannya? menyajikan untuk menggembirakan orang lain?
gembirakanlah aku dan keluarga aku ini dulu...

sepa said...

Dino,

benar kata ko tuh. dan aku sangat setuju. kita akan sentiasa dan tetap berduka, sedang mereka di 'ruling class' bergembira tanpa noktah.! kita cuma digumbira oleh mereka, dan ditempatkan di dalam lurah lara...!!!

Cikgu Ma said...

saya generasi Y ^_^

belajar pasal ni dalam subjek Marketing ^_^

sepa said...

Cikgu Ma,

saya pulak Gen X.

belajar pasal ni dalam subject Psikologi Industri... :)

.