Tuesday, October 16, 2012

they say, in one's life, one's must have a success story...!!!

.
*****

...and I may say :
...and the success story is for us to keep moving on, for us to face the challenges ahead... no matter what the obstacles are or the barricades we may face, the success story will guide us... so that, things stay for better. 

...sometimes, when we are too onto small things, may end up to big things fall apart...!!!

*****
.
cheh.! sekalisekala nak jugak merapu, yer.! hahaha...

ini kisah sebatang pen, yang aku dok simpan sampai sekarang, yang tersimpan di dalam peti, diusung ke sana ke sini, yang aku temui kembali, tak berapa hari...!!!
.
ada bintik2 air di badan pen... pen-itu aku baru cuci...!!!

.
.
....

Azlan membelekbelek sebatang pen yang masih lagi di dalam bekasnya, yang ditemuinya tersimpan di dalam kotak yang telah lama tidak dibuka. Diambilnya pen itu, matabolanya ditenyehnya di atas sekeping kertas, masih berdakwat... Azlan cuba mengingati, saat dia memperolehi sebatang pen itu...

...

Azlan balik lewat hari itu kerana kelas elektif 'Teater Moden' dijadikan dua kelas, bagi menggantikan satu kelas yang terbatal minggu sebelumnya. Azlan sampai di Desa Gemilang hampir maghrib, dan di pintu masuk ketika hendak menaiki tangga ke bilik asramanya yang di tingkat satu, dia terserempak dengan Imran, rakan sebilik. Imran meletakkan jari telunjuk tangan kanan melintang di bibir, tanda senyap. 

"Kenapa.?!" soal Azlan.
"Pak ko datang. Sedang tunggu ko di bilik, dan mungkin sedang tidur di katil ko.! Ko masuk nanti, jangan bising, jangan jeritjerit lagu metal, terkejut dia nanti.!" pesan Imran. 

Imran rakan sebilik Azlan, dari MRSM KB, berkacamata, dan tebal kacamatanya. Mereka kata Imran seorang yang genius, yang suka mengantuk, dan sangat gemar tidur panjang, warak orangnya, dan bercitacita untuk menjadi seorang doktor. Peperiksaan SPM1989, dua tahun lepas, dia pelajar cemerlang, yang berkeputusan 9A. Seorang lagi rakan sebilik ialah Hasan, budak Taiping, hensem orangnya ala-ala mamak, yang sentiasa bercerita tentang uang, tentang menjana uang, tentang bisness, tentang perhubunganperkerjaan.

"Assalamu'alaikum, pak. Lama dah tunggu.!" Azlan menyapa paknya yang sedang berbaring di atas katilnya, yang menoleh ke arahnya ketika dia membuka pintu, dia masuk.
"Wa'alaikumSalam. Sampai jam3 tadi. Kawan ko, Imran tu kata, ko ada kelas, dia pelawa pak masuk, dan  dia sarankan pak tunggu ko di bilik nih.!" balas paknya.
"Eh, ko dipanggil ke MRSM Beseri, esok ko mesti ada di sana. Oya, pak ada bawak suratnya, nak bagi kat ko. Surat nih sampai dua hari lepas, kalau pak pos ke sini, mungkin lambat sampainya. Jadi, pak fly ke sini, bawak surat nih." terang paknya.

Azlan mencapai surat itu dari tangan paknya. Selepas usai membaca isi kandungan surat itu, Azlan memasukkan semula surat itu ke dalam sampul. Azlan termenung sejenak.

"Kita bertolak malam nih.! Kita ambik bas yang bertolak malam nih, dari Butterworth, untung-untung, kita dapat bas yang boleh sampai di Kangar pagi esok, dan kita naik teksi ke Beseri." cadang Azlan.

Dalam perjalanan, Azlan tidak banyak bercakap. Dari keluar dari bilik di Desa Gemilang, sehinggalah ke pintu pagar USM di Sungai Dua, sehinggalah di Tanjung, dan menaiki feri ke seberang, dan menaiki bas di Butterworth, Azlan hanya terdiam, paknya sahaja yang ligat bercerita. Bercerita tentang orang-orang di kampung, yang dia setiausaha JKKK, tentang mak, tentang abang, kakak, tentang adik-adik jugak. Tak ketinggalan cerita tentang Persatuan Nelayan, yang dipengerusi olehnya. Dalam baspun Azlan berdiam.

Mereka sampai di MRSM Beseri jam9.30pagi. Tigapuluh minit lebih awal dari acara yang bermula jam10.00pagi. Paknya duduk di kerusi-untuk-tetamu. Azlan pula, duduk di kerusi depan paling hujung sebelah kanan dewan, dewan dipenuhi pakmak dan pelajar-pelajar dan segala yang patut hadir. MC membuka bicara, acara pun dirasmikan dan berlangsung dari satu acara ke satu acara... dan hingga la ke saat : ...dari Bumi Kenyalang, bla bla bla... Azlan, dalam gementar menaiki pentas, berbaur rasa gembira, bersalaman dengan pengetua, diciumnya tangan pengetua itu, sambil menerima sehelai sijil ucapan tahniah, sebuah sampul ada duaratus ringgit, dan satu kotak yang berisi ballpen jenama Parker...

.
itu cerita dulu... lama dulu. di tahun sembilan belas sembilan puluh satu dan kenangan SPM1989. Kenang Azlan... Azlan masih lagi membelek-belek pen-itu. Ada namanya diukir di badan pen-itu, dan ada diukir juga - SPM TERBAIK 1989.


.




salam.


.

18 comments:

Lady Windsor said...

Hmm aku boleh bayangkan perasaan Azlan ketika terima hadiah pen terukir namanya tu...nostalgia pulak. Aku jarang terima apa2 pun dlm hidup, tapi aku banyak memberi...namun aku tahu aku banyak menerima pemberian DIA...sentiasa!

Ko punya entry ni buat aku rasa teringat zaman skolah dulu...

gadisBunga™ said...

bukan calang-calang ko rupanya. segan aku nak ke mari dah. :p

1989 - aku baru darjah 2. huhuhu~

Nizam.Ariff said...

sanggup pak ko datang... demi meraikan kejayaan anaknya...

ko nanges tak masa ko teringat kisah pen parker tu?

Anonymous said...

harap aku boleh jadi bapa sehebat itu satu hari nanti...

tasekM said...

anak hebat.
bapak juga hebat.



*tumpang bangga*


.

Anonymous said...

Bagi jer kat I pen tu.... :)

wakgelas said...

banyaknye dua hatus hinggit gituuu.. uuuuUU

sepa said...

LW,

zaman sekolah, kita lurus je, kan.!

oya, sebenarnya ada 7penerima. dan akula yg paling last. :)

.

sepa said...

gB,

... jgn segan eh. :)


.

Lady Windsor said...

Budaya bagi pen ada ukir nama bertuah ni jadi tradisi masa aku sekolah rendah wehhh...asal hujung tahun je ada majlis penyampaian hadiah dan budak2 pandai akan berbaris naik pentas terima pen tu...aku cuma tukang tengok dari bawah pentas...apa kan daya, aku bukan pelajar cemerlang...hmmm...

sepa said...

Dino,

ko nak tau camner aku kena layan 'Teater Moden'?! itu semua Chasiman punya hal. 4org kita dlm tuh. aku, Chasiman, MatChut dan Man-turbo.
sehari sebelum daftar elektif, kita dah pesan, datang awal, supaya dapat yg best2. (depa daftar kat blok kuliah lama). tunggu punya tunggu, byk kaunter dah tutup, aku masih gak tunggu dia, Matchut pulak duk berkepit ngan aku - nak sama2 jugak dia tu, Man-turbo nyaris tak dan daftar sebab tertido, kita ajak join kitaorg.
Di kelas itu hari, ada 3instructor, mula2 latih vocal, pastuh dak instructor guna botol, kertas, kacang, kadbod dan entah apa lg tuk imaginasikan suasana di feri.
Di hujung kelas, kena buat persembahan - 3minit, grup kitaorg lakonkan si Tuah bunuh si Jebat. Man-turbo la jd Tuah, Chasiman jd Jebat, aku pulak Sultan manakala MatChut bendahara.
Punyala sungguh2 Man-turbo menggayakan si Jebat, sehinggala Chasiman serahkan perutnya kat dia - kau tikamla aku...!!!
Aku. Aku cool je. Kan aku Sultan.! hahaha...

.

sepa said...

sm botak,

eh. mana lama ko menghilang. welkam back, friend.!



.
mem,

tengkiu eh.:)


.
Anon@2:47 PM,

sori eh. harap mengerti. hehehe...

.

sepa said...

wak Gelas,


bulih la Levi's satu. :)

.

sepa said...

LW,

yer yer... masa aku Penilaian Darjah 5, depa bagi satu set. Ballpen dan Fountainpen, pun Parker. bukan sekolah yg bagi, Persatuan Melayu Miri yg bagi. Ballpen, abang aku hijack, Fountainpen, patah matanya masa di tingkatan5.

tapi, masa SRP, tak dak pen. depa bagi uang jeh. :(


.

Lady Windsor said...

At least dapat gak le kan...ooye masa aku form 4 dan 5, aku jadi studyholic punya kaki..aku buat dasar tutup pintu dan tak campur student lain. Habis kelas aku lepak kantin study sampai santak hari. Dua tahun berturut2 aku dicop budak sombong. Peduli ahh! Hasilnya aku conquer no 1 dan 2 sepanjang dua tahun tu, termasuklah masa SPM, tapi masa tu budaya bagi pen dah ta dek...uhhh!

sepa said...

LW,

kenapala depa tak bagi pen.?! nih mesti tukaq pengetua.!

eh. sejak aku selalu dapat pen. aku jadi sangat menggemari pen. terutamnya fountaipen. ada peluang, aku beli. dari Parker, Sheaffer jugak Waterman... cuma, aku masih tak mampu nak beli MontBlanc. itu pasal la aku buh gambar fountainpen MontBlanc kat bawah tuh... :)

Lady Windsor said...

Haa sama laa cam aku...aku berangan nak beli montblanc sebatang..tunggulah kalau Ada duit terlebih, bolehlah aku buat2 pejam mata beli pen tu..puas hati beli barang macam tu..

sepa said...

LW,

kita sama2 beli nak.! aku ada tengok satu, yg paling murah, depa jual seribu empat ratus. :)


Waterman, (gambar yg kat header tuh), dah masuk 7tahun jugak aku guna. MontBlanc mungkin last much longer, kan.!

.