Sunday, October 14, 2012

Seorang Tokeh, Cendawan dan Tongkat Ali... dan Perubatan Tradisional.

.

Jalan yang berbatu-batu, dan ada lopak-lopak. Ada lopak di tepi-sini. Ada juga lopak di tengah-tengah, dan  lopak di tepi-sana. Ada ketika, di atas jalan ada burung terkukur hinggap, biawak, ular sawa, juga katak sedang santai dan tikus-tikus berlari melintas jalan.

Kereta Hilux yang dipandu oleh Azlan hanya mampu bergerak dalam kelajuan 40 kilometer sejam di atas jalan-itu. Ada ketika kereta itu terloncat-loncat tatkala terlanggar bonggol kecil, dan terlanggar pulak lopak. Sangat kurang kereta lalu di jalan-itu, hanya dua "pick-up" yang berselisih dengannya tadi, dan tiga buah lori-sepuluh-tayar bermuatan buah kelapa sawit.

Menghampiri simpang jalan ke kebun sawit milik tokeh kayu balak B, di sisi kiri jalan, ada sebuah kereta Frontier kaler merah sedang parkir. Ada seorang pemuda di samping kereta-itu, dan ada seorang lelaki-yang-lebih-tua sedang terbongkok-bongkok sedang mengutip kulat sawit, di tangan kirinya ada satu karung plastik yang separuh berisi. Pemuda-itu, yang mungkin drebar, berkacamata hitam, berbaju-T biru mengangkat tangan kanan, melambai-lambai, memohon-agar Azlan berhenti. 

Azlan memperlahankan kereta, dan berhenti merapati pemuda-itu, dan ketika pemuda-itu menurunkan tangannya, Azlan ternampak tatu naga di lengan kanannya-itu. Azlan berdiam diri seketika, cuba mengagak apa yang dimau oleh pemuda-itu, dan berkira-kira tentang keselamatan diri jugak, sambil tangan kiri memutarkan tombol-suara radio-yang-sedang-mendendangkan-lagu-'padang lalang', memperlahankan suara, manakala jari telunjuk tangan kanan di butang power-window, memicit-butang-menurunkan cermin-tingkap sebelah penumpang.

"Bos, untuk sampai ke Selangor Estate, bulih guna jalan ini, tak?!" sapa pemuda-itu dalam nada rendah-suara tertib bersopan, dengan jari telunjuk menunjuk ke arah jalan yang baru dilalui oleh Azlan tadi.
"Ya. Kamu jalan ikut jalan ini, ada lagi setengah jam perjalanan," balas Azlan. Rupa-rupanya pemuda-itu yang bertatu naga, berkacamata hitam, berambut panjang dan nampak ganas itu, berbudi bahasa juga yer. Fikir Azlan.

"Tokeh, apa bikin.?!" Azlan menegur lelaki-yang-lebih-tua, yang sedang tercegat melihat pemuda-itu dan Azlan.
"Cari kulat sawit owh," balasnya.

Azlan mematikan engin kereta, dan keluar sambil memicit-micit pinggang yang terasa ngilu, berjalan sedikit terhuyung-huyung, menuju ke arah tokeh-itu.

"Kamu suka makan kulat sawit ar, tokeh.?!" tanya Azlan.
"Wooo... suka.! Makan ini kulat, tidak kena cancer. Bukan kulat ini saja, semua jenis kulat. Kulat yang dijual di kedai jugak." balasnya.
Azlan menjeling ke arah pemuda-itu, yang sedang mencapai karung plastik dari tangan tokeh-itu, dan sejurus itu membongkok, dan mengutip seketul kulat.

"Tokeh ar. Makan banyak kulat, kacau adik.! Nanti adik takmau naik oo...!" sambung Azlan.
"Peduli itu adik. Adik kita bagi makan barang lain... Itu adik, kasi dia Tongkat Ali. Itu hari, saya beli akar Tongkat Ali, potong kecik-kecik, masuk dalam gelas, masuk air panas, minum. Itu adik, jadi kuat, jadi keras, naik oo. Saya tekan bawah, lepas, dia lawan naik." balas tokeh-itu sambil kedua-dua belah tangan menunjukkan aksi menekan adik ke bawah.
"Berapa kali boleh tembak, tokeh.?! tanya Azlan.
"Haiya... satu kali tembak. Masih naik oo. Bini saya marah, tidak suruh saya minum itu air Tongkat Ali lagi. Itu adik takmau turun... mau pakai seluarpun susah, itu adik naik, apa macam mau letak oo..." jawab tokeh-itu.

"hahahaha"... Azlan tergelak kecil, menggeleng-geleng kepala mengenangkan gelagat tokeh-itu, mengangkat tangan, dan menuju ke kereta.



.


salam.


.

9 comments:

Sham said...

salam kenal bro...

kesian si ali,habis dah tongkat dia kena sebat dengan 'jantan-jantan'...har har...

folow u bro...

Nizam.Ariff said...

oh.. patutlahh....

errr... takde mendalah.

sepa said...

Sham,

ok. thanx. saya folo anda jugak.



.
Dino,

apa yg patutnya, bang.?!

hehehe...



.

tasekM said...

mesti dino kuat mkn cendawan nih...

keh2.



.

Lady Windsor said...

sup cendawan sedap ooo..

sepa said...

mem,

akupun agak camtu. hehehe...

.

sepa said...

LW,

sup cendawan yang creamy. :)

Lady Windsor said...

buat sendiri lagi best...aku suka mana-mana resipi yang ada cendawan..ohoo balik rumah malam ni nak buat sup cendawan laa..

sepa said...

kulat sawit tuh biasanya saya rebus ngan serai jeh. kira ok la jugak. rasa2 sup gitu. :)