Thursday, October 18, 2012

kembara bersama Awisul, Kelab Kembara... dan pendakian Bukit Mertajam...!!!

.
Trivia :
1) Awisul, sekarang digelar Prof Dr. Awisul, adalah insan yang sering dalam nukilan Dino, ada di sini : Hujan Malam.
2) Kelab Kembara, bukanla sebuah fan club untuk grup band "Kembara" dak M. Nasir, S. Shahlan, dan A. Ali... Kelab Kembara adalah sebuah kelab, yang seakan2 kelab pencinta alam, cuma kelab nih tak kutip sampah, tak tanam pokok, dan jauh sekali berpiket. Kelab ini, hanya memperuntukkan satu hari di hujung minggu, untuk jalanjalan dalam hutan, dan jika ada peluang, mendaki bukit. (bukit sahaja, bukan gunung...!). Bukit yang didakipun, bukit yang ada jalan tar...
.
*****

Kepada dak Dino. Inila gambar aku bersama Awisul. Ko carikla sendiri, yang mana Awisul. Aku, akupun ada di situ.! Yang hensem itula aku.! Yang maco itula jugak aku.! Maka itu aku digelar, Yang Hensem-Maco. (...YHM.!)... menjadi pujaaaaan.!

Ketika itu kami bersiap, berjalan kaki, untuk mendaki. Kami mendaki Bukit Mertajam... berjalan di atas jalan tar. ...di puncak bukit itu ada telecommunication tower. Aku berjalan pantas, menjadi antara orang pertama, di awalnya, apabila separuh jalan, dan udara jadi nipis, aku menjadi perlahan, dan menjadi antara orang yang last sampai. MatChut pun, sebab dia dipaksa olehku untuk berjalan samasama dengan aku...!

Kan aku dah kata... Awisul itu satu dorm dgn aku...!!!
.
Awisul, berposisi ruku', berbaju biru, ada belang di kolar, ada putih di dada... MatChut, yang berposing mengiring kiri, berbaju putih dia, afro rambutnya...!!!


.
*****


.


salam.

.

12 comments:

Nizam.Ariff said...

Lengai ada, Kodek pun ada... V pun ada... semua ada..


PESAL AKU TAK ADA???

Ooo... aku anti sosial..
aku tak main panjat2 bukit ni.
aku tengah sibuk gentel tali gitar kat tangga...

Lady Windsor said...

Bhahaha gentel tali guitar...lumayan tu semua..wakakakakak! Sepa ko nyer mana?

tasekM said...

tak reti la nk teka ko yg mana satu...

sepa said...

Dino,

Lengai tak ada la.
Kodek pun tak ada jugak.
V lagi la tak ada.

Mereka tak ada la... mgkn tengah layan petikan gitar solo ko...!!!

Yang ko tengok ruper Lengai itu, ialah Rumaizi (arkitek dia la ni...), Mungkin si Cherm itu (Dr Hazli) yg ko nampak seperi Kodek, dan aku nampak ada dua serupa V, si Aziman Mahdi dan Adha...


:)

sepa said...

LW & TM,

aku. aku yang berbaju belang, belang birumuda-putih, duduk mencangkuk, menopang dagu di tangan yang disilang, dan bersepatu biru... sedang senyum aku ketika itu...

:D

Nizam.Ariff said...

weh.. Cherm bagi aku gambar dia sebelum blah dari Desa Gemilang..
dia pesan" jangan bagi tau Kodek yang aku bagi gambar ni kat awak taw.."

Oooh.. bahagiannya aku..

kah kah kah....

sepa said...

Kodek itu Pan-Asian, kalau dia yg dikatakan ruper Aron Ajis, aku percaya...!!!

eh. akupun pernah mintak, katanya dia dah bagi kat satu org, tak bulih bagi banyak2... dan aku kecewa...!!!

:(

Anonymous said...

ehem-ehem....

Anonymous said...

ehem-ehem....

Lady Windsor said...

Hahaha skang dah tahu siapa yg dpt gambar tu yek!

sepa said...

Anon,

ehemmmmm.....!!!

sepa said...

LW,

kak, Dr Hazli tuh sangat comel. :)

tahun lepas, wife dia lahirkan anak kembar 4, masuk paper. dan banyak dak bloggermengulas tentang kelahiran itu. antaranya di sini : http://www.namaberita.com/2011/08/pasangan-dr-jasmina-qamaruz-zaman-hazli.html

.