.
*****
Karya ini adalah satu percubaan untuk menghasilkan sebuah cerpen, yang aku tujukan kepada saudara Dino, yang sering bertanyakan kepada aku, bilalah lagi akan ada cerpen dari hasil tangan dan buah fikiran aku.! Maka, lahirlah sebuah cerpen ini, yang berkisar dalam kehidupan anakmuda, dalam perebutan untuk rasa ditakhta dalam medan kuasa mereka, dan pergolakan hati dan perasaan, juga jiwa. Penulis cuba juga menyelitkan humornya...
*****
.
"Acara 100meter akan berlangsung sebaik sahaja tamat acara lari berpagar 110meter." Gema suara parau serak-serak basah MC, dari corong pembesar suara, yang tergantung di bucu kiri dan bucu kanan pentas mengejutkan Faisal dari lamunan.
.
Faisal mula merasa debar dan kehangatan acara 100meter yang akan disertainya. Degup jantungnya juga bertambah pantasnya, sambil matanya memerhatikan peserta-peserta untuk acara lari berpagar 110meter bersedia di garisan mula, dan berlari terlonjat-lonjat, ada jugak satu dua peserta merempuh halangan itu. Faisal menarik nafas panjang, mengurut-urut dada pelan-pelan, menenangkan diri. Dia telah bersedia, 3bulan dia berlatih di bawah coach Azlan. Dia telah meletakkan azam, untuk menjadi juara. Dua tahun dia terlepas kejuaraan, dan hanya mampu tersenyum hambar di tempat kedua. Dua kali jugak dia tewas di tangan Rahim. Tewas dek kepantasan hayunan kaki Rahim, walaupun Rahim itu sebenarnya 10sentimeter lebih rendah daripadanya, ligat kakinya. Musuh tradisinya Rahim mesti ditewaskan. Dia nekad.
.
'Ke garisan'... Faisal melangkah penuh semangat ke garisan mula. "Apabila pengadil kata bersedia, ko kira dalam kepala dalam kiraan tiga dan terus terjah, lompat, buat jump start. Tidak perlu ko tunggu bunyi tembakan pistol itu. Kiraan itu jarang salah. Jump start.! Ingat, setiap fraction saat count.! Ingat tu. Jangan sesekali ko terkurang speed. Berlari dan terus ko berlari, dalam satu nafas." Terngiang-ngiang pesanan coach Azlan.
"Bersedia"... Faisal menarik nafas dalam-dalam... "Pannggggg...!!!" Faisal menerjah ke hadapan, meluru, dan berlari sekuat hati, dengan mata yang terpejam kerana tidak sanggup dia membandingkan kepantasan dirinya dengan Rahim di sebelahnya. Sekali-sekala dia terbayangkan wajah Alyah, sedang bersorak untuknya. (Alyah.! gadis idaman yang menjadi pujaannya walaupun dia tidak pernah bertegur sapa dengan Alyah itu, hanya Faisal sahaja saja-saja menjadi secret admire Alyah.!). Sekali sekala juga muncul wajah Rahim yang sedang mengejek dalam senyum bibir tersenget, seolah sedang menyelak kelopak matanya. Kacau. Bercelaru. Fikirannya terganggu. "Kuatkan semangat. Tetapkan niat. Rahim mesti dikalahkan. Berlari. Berlarilah aku sepantas kilat." Faisal memotivasikan diri.
Faisal tidak menghiraukan penonton, tidak pula dia mahu melihat mereka, hanya sekadar mendengar sorakan, kerana matanya tetap ditutup rapat-rapat. Semakin jauh dia berlari, semakin kuat pula sorakkan yang didengarnya. Sekuat hati, sepenuh tenaga dia berlari, dalam satu nafas, tanpa ada rasa terkurang sedikitpun hayunan kakinya. Sorakkan dari penonton semakin lama semakin kuat pula bunyinya, dan seperti sedang menjerit, dalam jeritan yang membingitkan, dan semakin kuat sorakan itu, semakin pula tungganglanggang bunyinya, dan sangat riuh pula.
.
.
"Prinnggggg...!!!" Faisal terhenti oleh pagar sekolah. Dia membuka mata, dan melihat Azlan sedang berlari ke arahnya, tidak tentu arah dia dan terkangkang-kangkang pula langkahnya.
"Macamana coach.?! Saya nombor berapa.?!" Faisal bertanya kepada Azlan dalam nada tersekat-sekat, dan kemerah-merahan mukanya, sedikit malu.!
"Ko menang, Sal. Ko tempat pertama.! Rahim akhirnya tewas jugak. Eh.! Kenapa ko tak berhenti selepas garisan tamat.?! Berdarah hidung ko itu, nampak macam dahi ko bengkak. Cepat salin pakaian, lepas ambik piala kita ke KFC." Azlan menepuk bahu kanan Faisal. "Oya, Rania pun join sekali...aku tunggu ko di kereta.!" Sambung Azlan, lalu melangkah pergi, menuju ke kereta. Rania sudahpun ada di dalam kereta. "Alyah...?! Alyah ko tak ajak sekali...?!!!" Faisal bebisik di dalam hati...
.
salam.
,
16 comments:
Apa pasallah Faisal berlari tak bukak mata...
kalau tak, mungkin dia boleh ceritakan secara terperinci dan gerak perlahan setiap langkahannya menuju ke penamat... contohnya, Alyah yg sedang bersembang dengan Chasiman sambil bertepuk tampar, Rahim yang masih sempat singgah ke tepi garisan untuk beri autograf... segala2nya slow motion...
hahaha
nice cerita.. tapi, Faisal tu berlumba dgn bapak dia eh? Faisal Abd Rahim... keh keh keh...
wak pon dh lama X baca cerpen cam gini.. gudjob bro.. keep it up
wahh kemain lagi ko yer tulis cerpen...aku pun dah lama tak berkarya..dino punya cabaran pun aku tak sempat nak sahut...nanti-nanti la..aku tersangat busy skang ni..anyway ini cerpen buat aku teringat zaman sekolah..
Dino,
tak tercapai dek akal aku ke situ... yang aku nampak cuma keazaman si Faisal, yang dendam kesumatnya ke atas Rahim, menjadikan high yg keterlaluan...
tapi, kalau ada plot sebegitu, mungkin lebih membara lagi dendamnya, ye dak.?!
.
eh. kepakaran si Azlan, adalah larian 800m, 1500m dan ke atas, best jugak scene tu dimunculkan setiap kali si Azlan melengkapkan setiap lap...
.
oya, sebenarnya, aku nak buat siri2 yg bersambung, dan siri2 yg berflashback, ada 6 karektor semuanya... Azlan tetap si hero. hehehe... tengokla kalau aku rajin...!
.
aku rasa, antagonist aka seteru si Faisal kena tukar nama ar...
:)
.
WakGelas,
thanx, wak.!
.
LW,
sayapun kerap singgah di Secret7Writer, kot2 ada kispen terbaru dprd akak.!
:)
Sepa,
bak kata Tas, tak cukup kasih sayang. Jadi aku tak boleh nak menulis cerpen...err bukan kasih sayang apa..kasih sayang tilam bantal..kalau cukup kasih sayang dengan tilam bantal (tidur!!) musti kepala otak aku segar dan fresh..ni dah lama bersarang nak buat cerpen revenge...
asyik utk Dino je...
aku benci Dino!
:p
.
LW,
aku tunggu cerpen revenge darimu... :)
.
mem,
ko nak jugak yer. nanti aku cuba buat yg lebih feminin... untuk kamu.!
:)
.
Kuatnya graviti Alyah tu...hehe
ckLah,
...ada sambungan, kak.!
tulisla cerpen tuju kat kak tas pulak!!
ke kat aku ke...heheheh!
...ketika melewati restoran McD untuk pulang ke rumah, Faisal seakan terlihat susuk tubuh Alyah sedang duduk di meja sebelah tingkap. Betul-betul waktu Alyah sedang menganga mulut untuk menyuap sebiji Big Mc. Namun, apa yang membuatkan kepalanya sedikit terbakar, susuk tubuh orang yang duduk di samping Alyah saling tak tumpah seperti Rahim. Oh, tidak...! Menyesal dia tak mempelawa Alyah sekali. Melepas...
**pandai-pandai pulak aku sambung cerita kau ni. hahaha! apa pun, macam tak puas pulak baca.
smbotak,
betul... tera ko.! dalam siri2 berikutnya, memang Faisal, selain hendak merebut kejuaraan 100m dr Rahim, dia jugak berniat, untuk merebut 'trofi-lain' - si Alyah.!
...yg sebenarnya, Alyah akhirnya milik Azlan.
*eh. aku tengah nak fikir bila nak buh sambungan cerita nih...!
:)
hahahah Tas, direct cakap benci dino..meh akak buat cerpen untuk ko Tas..
Post a Comment