bahasa jiwa bangsa. itu depa2 kata. benar...! dan sangat benar...!
.
cara kita fikir, banyak dipengaruhi oleh bahasa yang kita guna dalam percakapan... agak keliru bunyinya, kan.?!. itupun, benar jugak...!
.
ini sebuah sketsa...
*****
Juranpang sedang makan mi goreng di Restoran Sri Selangau, ada secangkir kopi 'o'. Sorang-sorang dia ketika itu. Chap sampai ketika Juranpang sudah usai makan.
"Diak-nyam keman.?!" sapa Chap. (sedap makan)
"Awok, meh berandau. Baruk kak.!" jawab Juranpang. (Iya, marila berborak. Baru sudah.)
"Kak.!" balas Chap. (Tak mau)
Juranpang mempersilakan Chap duduk, dan lantas mengangkat tangan melambai di arah makcik-yang-empunya restoren, menunjuk ke arah meja dan menunjuk ke arah Chap pula.
Terkebil-kebil Chap apabila satu hidangan, sepinggang mi goreng dan secangkir kopi 'o', diletakkan di atas meja di depannya. Pun begitu, dimakannya jugak.
Azlan sampai ketika Chap sedang menikmati mi goreng (sedap mi goreng itu), dalam gaya berjalan seorang koboi, menyapa mereka berdua.
"Amboi, sedap eh korang makan.!"
"Awok, meh berandau. Nuan kak.?! sahut Juranpang.
"Eh.! bukanke ko sepatutnya panggil aku, tuan, sebab akukan bos ko.?!"... dan Azlan beredar...
*****
Biodata :
Juranpang berbangsa Iban, Chap berbangsa Melanau, dan Azlan pula berbangsa Melayu.
Konflik :
Berlaku salah faham dikeranakan oleh sepatah perkataan, KAK.
Dalam bahasa iban kak bermaksud sudah.
Dalam bahasa Melanau kak bermaksud tak mau.
Dalam bahasa Melayu pula kak adalah panggilan untuk seorang perempuan senior.
.
salam.
.
6 comments:
wehh aku pun fenin baca tapi ada rasa nak tergelak sebab haku boleh agak mereka ini bercakap dalam tiga dialek berbeza kan kan??
berapa jumlah bahasa yang ko kuasai nih eh..?
LW,
yer yer. depa cakap guna bahasa bangsa sendiri dan berharap masing2 bisa paham... tapi kerana satu word ada dlm ke3-3 bahasa depa, pahamnya jadik lain. :)
.
Dino,
takder jumlahnya eh. setakat sebut sepatah dua jeh bulihla. hahaha
.
Kalau 'kak kak kak'...
Kak tak mau sudah...
Kak sudah tak mau...
Tak mau kak sudah...
Tak mau sudah kak...
:-)
kak ckLah,
eh hehehe... creative. :)
.
ooooo....macam tu sambil angguk-angguk(dalam hati: aku xpaham daaaaa)
Post a Comment