Tuesday, October 2, 2012

Gaji di sektor kerajaan dan di sektor swasta... dan tandas awam.

.
berikut ialah dialog di antara Faisal dan Azlan.

*****
intro :

Faisal : rambutnya di kepalanya dah mula beruban, warna putih dan hitam rambutnya berselangseli, seolah berbelang putihhitam kepalanya, janggutnya yang sejemput pun sama. Dua helai bulu hidungnya yang terjojol pun satu putih dan satu hitam. itu 'fashion statement' tentang umurnya. Rambutnya disisir belah-tepi.
16 tahun. dah 16 tahun dia kerja di sektor kerajaan. 

Azlan : Seorang yang hensem-maco, itu pasti. Dahinya mula nampak memanjang, kerana rambut mula meninggalkannya, di tengahtengah kepala pula rambut dah jarangjarang. itu 'fashion statement' tentang umurnya. Rambutnya disisir ke belakang.
16 tahun. dah 16 tahun, tak pernah kerja di sektor kerajaan (dia di sektor swasta).

*****
.
Azlan : "Ko masih kerja di bangunan tinggi tuh, Sal."
Faisal : "Masih. Mana lagi aku nak pergi, Lan.?!"

Azlan : "Dapat bonus la, ko.!"
Faisal : "Ha ah... Ada kerajaan umumkan dalam bajet2013 yang lepas. Tapi... letih eh kerja kerajaan.!"
Azlan : "Kenapa.?!"
Faisal : "Kerja kerajaan, tak lekang dengan hutang.!"
Azlan : "Eh... iyer.!"
Faisal : "Ha ah... Kerja kerajaan, depa bayaq gaji 7 hari sebelum bulan cukup.! Tiaptiap bulan kitaorang hutang 7 hari.!"

Azlan : "Ooo oo o..."
Faisal : "Lain pulak dengan korang, yang kerja di sektor swasta, depa bayaq lepas kira hasil sebulan.!"
Azlan : "Ha ah... yer.! Selalunya, depa bayaq 10 haribulan, pernah jugak 11, 12 atau 13. Ada ketika limabelas. Depa pulak yang hutang.! Lain padang, lain belalang.!"
Faisal : "Apa maksud, ko.?!"

Azlan : "Camnih... kalau ko kencing di tandas awam, ko bayaq kat orang. Tapi... kalau ko kencing kat tanah rizab kerajaan, ko bayaq kat lalang.!"

.
Azlan meninggalkan Faisal yang masih terpinga-pinga, tertanya-tanya maksud dari kata-kata Azlan tadi...



.


salam.

.

4 comments:

gadisBunga™ said...

aku pun blur. hahahaha!

Nizam.Ariff said...

Kalau berak pulak?

tak sanggup nak dengar...

Anonymous said...

hahahahahaha.....

sepa said...

gB,

blur tang mana.?! cer criter. :D


.
Dino,

akupun tak sanggup nak criter.! hahaha


.
Anon@10:35 PM,

:)



.