Friday, August 31, 2012

Raising a smart child.! vs How to raise a smarter child.?

*****
.
entri nih ada kaitan dengan entri ini.

...dan...

komen dari dak Dino. di bawah nih.!
.

.
ok. aku jawab di sini... cuma ko kena terima, bahawa sains adalah tentang perfection dan ideal... 
aku bagi ko tengok chart kat bawah. 

.

.
contohnya : untuk ko B cross B bulih dapat B atau O. itu straightforward.! 
tapi, untuk contoh Hasif, ko akan rasa pelik sebab Hasif sepatutnya, A atau B atau AB. kenapa dia O.?!
kalau ko tengok chart, Hasif tak mungkin O... kan.!
sebabnya : chart di atas adalah "general rules".
dalam genetik nih, biasanya pemindahan gen berlaku dalam tak kurang dari 2 generasi... tak nampak?! kan.! camnih la. pakHasif B, yang mungkin dari pakmak pakHasif yang ada OxB, atau OxAB, sebab aku pasti pak pakHasif adalah O dan mak pakHasif adalah B. jadi, pakHasif dapat B...

gitula lebih kurang...!!!

tak perlu take it seriously... hehehe.

.
done.
.
*****
.
aku nak criterkan ini sebenarnya...


.
Raising a smart child : 
Teach, Apply, Practice, Discipline dan Proficiency.

...manakala...

How to raise a smarter child :
Be Natural, Breastfeed, Encourage Social Interaction, Feed Them Before Birth, Limit Exposure to Television, Play, Starts Instruments Early, Use a Village to Raise a Child.

.


salam

.

Thursday, August 30, 2012

Pembangunan modal insan... dari kumpulan darah.

ada sorang maharaja di Jepun, ikut kata sorang profeesor biologi genetik, menghasilkan baka rakyat, berdasarkan kumpulan darah.
.

.
katanya kumpulan darah A sifatnya "x". aku namai x, sebab aku tamao cerita kelebihannya.
katanya kumpulan darah B sifatnya "y". aku namai y, sebab aku tamao cerita kelebihannya. 

lanjut tentangnya, ada :
jugak di sini,
atau di sini.

maka dikumpulkan dari kalangan rakyat Jepun, dan dikahwinkan mereka yang dari darah A dengan yang dari darah B... menghasilkan insan yang superior, dan memenuhi kehendak pembangunan negaranya kata maharaja itu. pembangunan modal insan katanya.

1. siapakah maharaja itu.?!
2. offspring yang terhasil, apakah kumpulan darah mereka.?!

.
ini satu contoh matematik genetik ikut kumpulan darah :

pakHasif + makHasif  -> Hasif...
pakHasif darah B pos.
makHasif darah AB pos.
Hasif pula darah O pos.


.

nota kaki : 
entri nih aku tulis, sempena penemuan tidak segaja, blood group card, yang tersimpan di dalam kotak, apabila aku sedang ber-5S.

.

salam



.

Tuesday, August 28, 2012

Daik... dan pantun hari raya.

*****
sekiranya anda pendengar National.fm. pantun hasil nukilan DSU RY ini selalu di udara, sebagai halwa telinga...!!!


Orang Daik pulang ke Daik,
Lantas dilanda sedikit taufan,
Hari baik bulan baik,
Yang terbaik bermaafmaafan.



*****
.
kejap. kenapala pelik nar pembayang eh.!
.

salam aidilfitri dsu ry.



.

salam


.

Sunday, August 26, 2012

Cara-cara mudah dan teknik yang praktikal, menggantikan fan-belt yang kerastua.

.
ini fan belt. jugak bulih disebut sebagai air-cond belting.
.

.
*****
sekiranya anda belum pernah tukar fan belt, dan dah tiba masanya nak tukar, berikut adalah cara-cara mudah dan teknik praktikal yang dicadangkan...
*****
1. memula periksa fan belt kereta anda... 
sekiranya nampak dah kerastua, maknanya dah patut ditukar. kalau masih tak pasti nak tau camner, senangnya, apabila anda 'on' kereta, dan semasa meng'on'kan airCond, terdengar siulan dari arah engin, maknanya, si fan belt sedang berbicara... mengingatkan kepada kita tentang keadaan semasanya... minta ditukar.!
2. pergi ke service dan parts centre Nissan... 
ke kaunter parts, dan beli satu... dalam kes nih, si storekeeper, ada dua, sorang pompuan sorang jantan, yang jantan tuh kerek gila, eksen dan arrogant.! kalaula aku bos dia, aku tukar dah dia dari storekeeper ke floorsweeper...!
3. pastuh, mintak diaorang tukarkan untuk kita... 
dalam kes nih, diaorang tak mao tukar, atas alasan, kereta tuh tak dibeli di situ, dan banyak kereta tengah q,... sedangkan ada jugak mekaniknya yang kehulukehilir tak buat hapehape...! kalaula aku bos depa, aku rosterkan diaorang kerja 7hariSeminggu dan 12jamSehari...!
4. jangan berputus-asa, anda ke workshop lain...
bawak sama fan-belt, dan mintak diaorang tukarkan...
.
fan belt kat dalam tuh yang nak ditukar... tak dapat nak tunjukk ar. tapi lebihkurang kat situ ler...! depa akan bukak tayar, bukak mud-guard, dan guide-slide-in fan belt tuh ke slotnya... sebelum tuh, depa keluarkan dulu fan belt yang lama la kan.!... dah yang lama dikeluarkan, baru yang baru bulih menggantikan...! kan.! kan.! kan.!
.

.
fuyoo...!!! workshop nih, repair Ferrari jugak ar. huisssh.!!! kelas eh.!
.

.
kalaula aku bos mereka, breakfast free, lunch free, accomodation free, dan segala macam allowances lain termasukla bonus dan profit sharing, supaya mereka bulih duduk gilirgilir jaga Ferrari tuh... walaupun bukan Ferrari merah...!
.
5. ...dah sudah. bayar upahnya dan blah...!

kalaula kereta aku Ferrari merah ruper ini... kalaula.! kalaula.! kalaula.!...
.
imej dari gugel



...kalaula...!!!
.

salam



.

tHe Australian, tHe Niah Cave... dan khasiat-khasiat Bird Nest.

Semalam. Sabtu. 25ogos2012. Aku kerja, walaupun setengah hari cuma, sebab cuti cuma sampai duapuluh empat ogos jeh. maklumla kerja bukan di sektor gomen, hariSabtu kena kerja...!

Diringkaskan criter, dalam perjalanan pulang dari kerja, setelah menempuh satujamsuku perjalanan dan dok ada lagi satujamsuku perjalanan, di simpang ke Batu Niah, adala sorang mamat matSaleh yang tercegat kat depan busStop berbumbung mengangkat tangan, berHitchhike. Ye la, memandangkan bulan mulia, tertiba hati terasa mulia eh...!. mulia sangatla sehingga akupun dengan senang hati, dan dengan pikiran terbuka memberhentikan keretaHilux putih kompeni betulbetul di depan dia...

"going to Batu Niah, ayy...?!" sapanya pabila aku turunkan cermin belah penumpang.
"no. but, i'll drop u at the junction...!" aku jawab, dan terus unlock pintu kreta, dan dia pulak mengusung knapSacknya dan masuk.

...dan kamipun pecahAis.
"where u from, sir.?! tanyaku.
"Australia, ayy." jawabnya. "you live here, Batu Niah, ayy.?" tanyanya pulak.
"no sir, Miri sir." jawabku. "what u do in Autralia, sir?" tanyaku pulak.
"construction, ayy..." jawabnya.
.
"ur name, sir.?!" tanyaku.
"Jeff, ayy. my name is Jeff, ayy..."
"i'm Hasri."
.
ini gerbang Taman Negara Niah...

.
...diam seketika...
dan aku habiskan sandwich yang aku beli kat simpang tadi, dan hirup 100Plus jugak sampai habis, sempat  aku melirik kat mamat tuh, dia yang kelihatan dah nak flet lencun oleh berpeluh, tapi aku tak pelawa, aku habiskan sorangsorang... hahaha... terasa jahat pulak.! kalau arwah tok tau, mau kena katok kepala eh...! (sebab pernah suatu ketika, aku makan sorangsorang depan orang tapi tak pelawa, kepala aku yang dikatok oleh tok, kurang asem, katanya...)
.
.
Sesampai di simpang, tertulis 6.5km ke Niah Cave. tak sampai hati nak tinggalkan mamat tuh kat situ, aku drive jeh terus sampai di kem...
"i drive u in, sir. another 6.5km is quite a distance to walk." kataku.
"ok. ayy..." balasnya. "u've been to the cave, ayy?" tanyanya pulak.
"no. no. never. haven't been." balasku. "they harvest birdNest up there, u can buy from them, and it is cheap. u mixIt with rock sugar, good for health..." sambungku.
.
.
...dan sampai di kem, aku dropkan dia kat depan opis kem, dan beredar, sambil menunjukkan tumbUp...
.
tHe Australian...



.
banyak eh ayy...!!!
ayy ayy ayy ayy ayy ayy... ku nyanyikan dalam nada antara berbunyi dan tidak, ketika meluncur pulang. ayy! ayy! ayy!

.
salam



.

Wednesday, August 22, 2012

dekat yang tak dekat, McD... dan pagar biru.

Salam Aidilfitri lagi...

.
Criter raya kedua...

Sepatutnya hari nih nak servis kreta. Tukar bearing tayar. Malangnya workshop dan kedai servis masih lagi tutup, walaupun tokehnya bukanla beraya, mungkin di dada mereka ada semangat raya.! Alangalang dah keluar rumah, maka mem besar ajak beraya di rumah kazenkazennya.

Mulamula rumah dak Lela. Pastu ke rumah dak Ida. Rumah PakLongnya. dan Rumah dak Dora...

.
Sampai di rumah Lela, tak tau pulak dak Ida dah pindah. Tanya sama Lela, camner nak ke rumah Ida, dia bagitau nama tempatnya, katanya dekat jeh dari rumah lama, dan pagar warna biru, hanya satu rumah jeh kat situ pagarnya warna biru.

.
Dekat yang sebenarnya tak dekat, sebab sempat jugak sesat. Fedup dengan sesat, elokelok jeh nampak beberapa anak muda berjalan berkumpulan di tepi jalan, berenti di sisi mereka, dan bertanya jalan. Kata mereka lepas sikit dari McD... walaupun di muka mereka, riaknya masam, kerana disapa sebagai kak.!
.
McD...
.



.
...dah jumpa tempat, misi seterusnya mencari rumah pagar biru. Ruparupanya bukan satu rumah yang pagar biru. ada banyak... ada biru yang di carporchnya bertanglung merah, ada yang dipintunya bersalib besar, ada jugak biru yang 'beware-of-dog'... akhirnya, jumpa jugak pagar biru yang dicari, rumah dikesan bukan kerana pagarnya biru, tetapi kerana anak tuan rumah tunggu di simpang...
.
pagar biru yang bukan biru...
.





.

salam



.

Tuesday, August 21, 2012

Beraya bersama apak mer.. dan GCM.

Salam Aidilfitri...

Ini aku dan yang bukan aku ialah apak mer.
.

.
Kita jalan beraya bersamasama esok kata apak mer di hari raya pertama belah petang pesannya seperti dijanjikan di hari kedua kami iaitu apak mer aku mem besar dan dak Husna Hanna Hatta dan Hasif beraya bersamasama dengan apak mer memula aku tanya nak ke mana dulu rumah pak aka tok kepada mem besar siap pasnih tanyaku ke rumah pakcik Mumin siap pasnih ke rumah pakcik Ibrahim ok jawabku maklum ler menantu jenis yesman akan sentiasa ikut perintah jeh...

(nota : susah eh baca paragraf yg tak dak tanda baca... Sajer aku tulis gitu, anda mesti mampu bezakan maner dialog aku, mana dialog apak mer...)

Di rumah pakcik Ibrahim, aku orang yang terakhir masuk. Ambik seat sebelah pakcik Ibrahim. Kata memnya, pakcik ko nih dah tak berapa nak dengar, ada sound problem.! Itu hari makcik pesan beli Glo,  dibawaknya pulang telur...

Pakcik Ibrahim suka bercerita, aku cuma duduk di sebelah mendengar dengan penuh hormat dan sopan serta bertertib. Bersamasama apak mer, mereka bercerita tentang zaman muda, jugak criter dia dengan  sorang cina kebun yang membebel sebab buah limaunya dicuri oleh bebudak nakal, padahal yang mencuri buah itu dirinya, dia mendengar je bebelan pekebun tuh dalam senyuman...

Duludulu kitaorang suka berkumpul duduk di kedai kopi, kata pakcik Ibrahim kat apak mer. Selalunya bersama dengan arwah pak ko tambahnya lagi. Kekadang dengan manager GCM... Eh.! Apa criter manager tuh sekarang? tanyanya... Semua orang diam.!!!

Aku yang sejak dari tadi dudukdiam bersopan bertertib, tersentak dengan soalan pakcik Ibrahim. Dia tidak sedar bahawa orang yang duduk di sebelahnya ialah salah sorang anak manager GCM tuh. Aku terus diam... Tak menjawab...  Tak mau bagitau... Pak dah meninggal dunia sembilan tahun yang lalu...!!! Bisikku. Tapi hanya dalam hati... Tak perlu bagitau sama pakcik Ibrahim.!

(Nota : GCM ialah singkatan Gymkhana Club Miri... Ketika pak aku manager di situ, aku selalu parking beskal di teres depan kelab dan pesan ngan sorang staf tuk tengoktengok... Dan dari situ, berjalankaki ke sekolah. Malangnya beskal itu telah hilang jugak di suatu hari...!!!)

.

salam






.

Saturday, August 11, 2012

tiruk! antara nyamuk dan terjun... dan teknik terjunan terjun tiruk.

.
entri kali ini ada kaitan dengan entri sebelum ini. di sini.
tiruk ada dua.
satu nyamuk tiruk.
satu lagi terjun tiruk.

*(Dino kata terjun tiruk berasal dari teknik nyamuk tiruk yang sedang menujahkan proboscis ke dalam salur darah mangsanya...)*

.
mari kita mengenali apa itu nyamuk, nyamuk tiruk dan malaria.
ini anatomi nyamuk...
.
imej dari gugel

.
ini pulak kitar hidup nyamuk tiruk...
.
imej dari gugel


.
nyamuk tiruk adalah pembawa parasit malaria, yang menyebabkan mangsa mengalami demam malaria...


.
*****
nyamuk tiruk vs terjun tiruk, pula...
.
ini cara nyamuk tiruk menyedut darah... darah adalah makanan nyamuk ini.
.
imej dari utube

.
ini pulak satu contoh terjun tiruk...
.
imej dari gugel


.
bandingkan posisi keduaduanya...
.


ok. kitatengok sekali lagi nyamuk tiruk dan sudut tujahnya dan orientasi tubuhnya ketika menujah...
.
imej dari utube


.
ada persamaan, kan.?!


*****
ini teknik terjunan terjun tiruk. (yang ada kaitan dengan entri sebelum ini. di sini.)

.
mulamula ambik posisi. (imbangi badan, dan andaikan inertia dan momentum bila sampai di permukan air...)
.
imej dari utube

.
...dan terjun. (menujah masuk ke dalam air...)
.
imej dari utube


.
kekadang seluar tertinggal di permukaan.
.
imej dari utube


.

selamat mencuba...


.

salam






.

Friday, August 10, 2012

Pandalela Rinong dapat gangsa untuk 10m... di Olimpik 2012.

.
kepada Pandalela,
tahniah.! tahniah.! tahniah.!
sebab ko dapat gangsa di olimpik tuh.
aku tumpang gembira,...
dan nak ucapkan terima kasih la kat ko...
sebab buat aku gembira arinih.
*
ko dari sarawak rupernya... tahniah sekali lagi.!!!
nanti bilabila ko balik negeri nak selebret, callingcalling eh...
aku sarawak gak,
duduk kat miri.
*



*
criter duludulu...
lepas cucicuci pukat tangsi arwah pak,
di sungai miri, biasanya aku...
akan pergi ke hujung jeti, selitkan papan satuenam dihujung digelegarnya,
dan henjuthenjut, testkan anjalnya...
.
konpem ok...
.
aku terjun, untuk cucikan badan yang gagalgatal lepas cucicuci pukat,
pukat yang selalunya banyak kulit oborobor melekat...!!!
.
bila terjun kepala dulu, seluar timbul...
bila terjun kaki dulu, senak teloq...!!!
.
dan...
kalau lah aku tak perlu malu kat anakdara pak Jenal sebelah rumah...
aku akan terjunterjunterjun tanpa pikir pasal seluar,
dan mungkin...
kita di pentas yang sama...
ahhhh...!!!



.

salam

.

Thursday, August 9, 2012

Kesihatan asas kesejahteraan hidup... cara-cara menjaga kesihatan diri.

salam sedarasedari,

entrientri sebelum nih untuk :

dak Husna dah. di sini.
dak Hatta dah. di sini.
dak Hasif pun dah. di sini.

.
jadi... untuk entri kali nih, aku muatkan karya dak Hanna la pulak.
untuk pengetahuan sedarasedari pembaca, Hanna di tahun5 di tahun2012...
.

.
ini karyanya...
.
muka 2...

.
muka 3...

.

salam




.

Wednesday, August 8, 2012

tahniah kepada azizulhasni awang... hero olimpik ku...!!!

kepada :
azizulhasni awang, 

walaupun ko dapat tempat ke-6 (mgkn bulih diletak di tempat ke-5 kerana ada dua orang di tempat ke-3)...

aku tersangat bangga dengan ko kerana hanya ko sorangsorangnya peserta dari asia yang bersaing di final, dan jugak bersaing dengan matmat saleh yg berbadan tinggisasa...

daripada :
aku,
yang ke sekolah berbasikal, yang sering mengintai seorang paktua berkapcai, dan mengayuh beriringan sehingga hampir kejang otot dan naknak semput...

.
p/s : paktua berkapcai ialah bapak Suhaili... dia yang hantarjemput anaknya Suhaili ke sekolah dengan kapcai c70.

Tuesday, August 7, 2012

Sambutan Hari Kebangsaan 2012... dan sebuah tulisan.

.

.
.

.
.

.





.
sambutan hari kebangsaan 2012, dari kacamata kekanak, sebaya dak Hasif :

1. kibarkan bendera, sama maksud dengan menadahterima permainan / game sama seperti Angry Bird atau Plants vs Zombies.
2. membeli bendera, sama dengan membeli sebuah mainan sama seperti membeli figura Angry Bird yang disertakan dengan segala macam slingshot...
...dan jugak,
3. membeli bendera, sama dengan membeli candy yang terisi di dalam batang bendera... habis candy, kibarkan bendera duatiga kali, bendera pun jadi samasetara alasmeja alaskaki...



.

kibarkan bendera wahai saudara... demi sambutan...

selamat hari kebangsaan tahun 2012...



*temanya.... anda cari la sendiri...!!!
.





salam


.

Sunday, August 5, 2012

eggplant versus ladyfinger... dan bangun pagi tengok nombor dulu...!!!

*****

Part one... eggplant versus ladyfinger.

Hasif kata dia nak tanam pokok, diapun ajak abangnya melobi si pak agar belikan seed yang specially breed yang dijual, dalam pek. Abangnya, Hatta setuju... maka mereka berduapun mengadap si pak dan menerangkan proposal mereka tentang tanam pokok. Bila dah disetujui oleh si pak, merekapun dibawak ke kedai untuk memilih sendiri pokok apa nak tanam... Hasif pilih eggplant, Hatta ladyfinger...
.
selang sebulan...
.

.
.

.
kata pak kepada Hatta... dapatkan balik capital, dalam nature berniaga, kalau susah sangat nak kira camner nak untung, guna rule of thumb... by 1.5time.
.
paknya terangkan begini : seed, satu pek harganya RM2.90... bila harvest, mesti bulih dapat hasil dan jual 1.5 x RM2.90. atau RM4.35...
.
di harvest pertama, Hatta jual kepada maknya RM2.00... dan melihat kepada pertumbuhan ladyfingernya... dia bulih harvest 3 kali...



.
eggplant si Hasif...???!!! apa crita.? eggplant dak Hasif, seed dah jadi kompos...!!!
ok. cam nih crita nya... 
bila nak grow seed, si Hatta baca instruction, setiap hari kena water 3 kali... Hatta buat, Hasif pulak main curi ayam... sudahnya hanya seed dak Hatta, ladyfinger, yang grow. Dari satu pek, hanya satu pertiga jeh yang berjaya tumbuh di flowerbed...
...Hatta sebenarnya water seed dan plant masa paknya ada di rumah, weekend saja, masamasa lain, dia cuma ingatkan maknya untuk water ladyfinger tuh... katanya kepada maknya, setiap hari kena water 3 kali dengan air yang banyak, nanti bila pak nampak ladyfinger tak grow, pak dissapointed... maknya pun membantu dalam paksa, sebab Hatta menggunakan kuasa authority...!!! 

.

*****

.
Part two... bangun pagi tengok nombor dulu.!!!

Hatta dah lama menyimpan niat...!!! niatnya, ialah agar ada karyanya dipublishkan di dalam blog paknya... disebabkan paknya agak kurang cerdas sikit untuk mengupdate blog dalam bulan puasa nih, maka, karyanya disatukan di sini la jugak...
.
ini... tentang jam... ada satu lagu. lagu lama. bermula begini... 'bangun pagi tengok nomborrrr duluuuu...'
maksudnya... bangun pagi tengok jam dulu...!!!
.
ini untuk si Hatta... tentang nombor... katanya, untuk tahunnya, dia sorang jeh yg dapat markah cam nih...
.
muka satu...
.


.
muka lima...
.


.
pengenalan : Hatta sorang yang hensem jugak, macam paknya... berumur 8tahun, dan di kelas Tahun2...

.
oya... aku suka tengok tulisan dak Hatta. macam tulisan paknya, yang jenis cakarsana-cakarsini... hahaha...!





.

salam...




.

Wednesday, August 1, 2012

How old do you look?...

.
Aku yang...
1. berbaju biru petakpetak...
2. berbaju kuning berbelang hitam...
.
Aku tertarik dengan komen yang aku tulis kat blog dak SM...
...yang ini...
.

.


.
dan ada satu App... yang agak nakal dan yang jugak boleh menjentik emosi dan mengganggu tidur beta di dinihari...
...di sini...
.

.


.
...ada jugak masanya...



.
aku terasa sebaya ngan dak TM... hehehe.

...dan jugak...

aku terasa nak panggil dak Dino, pakcik!!!... hahahahahahahahaha (ketawa jenis tumbuh tanduk.!!!)



.


salam
.