Dino masih ingat kali pertama dia bertemu dengan Nila. Ketika itu Dino
sedang berada di Dewan Orang Ramai Kampung Peri. Di dewan itulah tempat orang
mengira undi; dia tidak ingat siapa yang sedang berdiri di kiri, depan dan
belakangnya. Dia cuma ingat, ketika calon pujaannya itu menang, semua orang di
sekelilingnya bersorak riang dan sangat gembira...!!! Bersorak-sorai, bertepuk
tangan, ada yang terloncat-loncat dan ada yang memeluk orang yang berada di
sebelah mereka.
Kegembiraan oleh pengumuman, dari brader SPR itu, telah jugak memberi
gembira kepada Dino ketika itu - sangat gembira dia, dirangkulnya orang di
sebelah kanannya, dipeluknya erat - diangkatnya pula (sambil melompat
sedikit)... Dino melepaskan pelukan itu apabilanya telinganya sudah tidak mampu
menahan bingit dari jeritan... LEPASKAN SAYA.!!! (berulang-ulang jeritan itu).
Tersipu-sipu Dino bila dia menyedari orang yang dipeluknya itu, yang
diangkatnya pula ialah seorang perempuan. Merah padam muka Dino, tersipu-sipu
juga, dan serentak itu juga terpadam kegembiraannya itu. Sebaliknya, debar
jantungnya pula yang semakin berdetak dan berdentum - kerana dia masih terasa
terkesan di dadanya ditekan oleh dua bonjolan sebesar penumbuk...!!!
Keesokan harinya, Dino ke gerai Makcik Wok, kerana hendak bersarapan roti
canai dan teh tarik bersama Jamal - Jamal sudah menunggu dia di gerai itu.
Detak dan dentum jantungnya masih lagi belum reda. Dia menghampiri meja yang
ada Jamal (sedang duduk), senyum yang dibawanya dari rumah tadi masih mekar dan
menguntum. Jamal senyum jugak, sedang cuba untuk menbalas senyuman Dino itu -
tetapi dia tidak tahu, senyum Dino itu ialah senyum dari orang bujang yang
sedang angau...!!!
Dino duduk mengadap Jamal. Di meja itu, ada empat orang lagi, Hasri,
Afendy, Syila... dan Nila... di kanan Dino ialah Nila. Apabila Jamal
memperkenalkan Nila kepada Dino, ketika Dino menoleh ke wajah Nila, nampak
gigil mula merasuk Dino. Perutnya terasa kosong (dan memulas-mulas), peluh pula
mula pecah di dahi - dan terkemut-kemut terasa hendak tercirit, kerana orang
yang dipeluknya malam tadi ialah Nila. Nila itulah...!!! - anak sedara Makcik
Wok.
Lima tahun kemudian...
Ketika orang ramai sedang berhimpun di Dewan Orang Ramai Kampung Peri,
untuk mendengar keputusan undi - Dino pula duduk di serambi rumahnya, di kerusi
rotan, ada meja kopi, dan ada secangkir Nescafe 3in1 yang ada buih-buih halus.
Langit malam itu penuh bintang, ada bulan menerangi. Semilir angin bertiup dari
arah bukit.
Dino senyum sorang-sorang. "Biarla aku, tidak pergi mengundi kali ini...",
tidak keluar suaranya kerana dipenjara senyum.
"Cukupla sorang...!!!", bisik hatinya.
.
salam.
.