Wednesday, June 27, 2012

dry spell, sebotol air mineral... dan sebuah padang pasir.

dry spell bermaksud, lamadarikebiasaan tak hujan, alam sekeliling terasa berbahang dan kering, debu berterbangan, partikel habuk sebesar lebihkecil dari 10 mikron mengapung di ruang...

juga, tadahan berkurangan airnya dan sungai pula airnya mengalir lesu... dan mungkin sangat lesu sehingga seakanakan tidak mengalir dan bergenang... tapi belum layak untuk digelar kemarau.

contohnya... anak sungai ini... air yang mengalir di dalamnya, biasanya membentuk jeram, tetapi bergenang... dan tidak ada riakriak.
.

.

sentiasalah bawak satu botol-air-mineral 500mL di tangan... bawak yang kosong sahaja...!!!




.



salam

.

Monday, June 18, 2012

Oil&Gas dan Oil Palm... dan New Malaysian Banknotes.

What are you going to do after you graduate, are you joining this industry, oil&gas...?! Tanya Lucas Anyie. 
(*Lucas Anyie ialah seorang jurutera korosi #corrosion engineer# yang specialised dalam anodic dan cathodic protection, di jabatan teknikal, di Shell, Miri ketika itu.)...
Choose wisely, because base on the production and reservoirs reserve, likely by the age of 40, you you need to change your career because no more oil to dig. Unless they go on deep sea or oversea exploration... sambungnya lagi.
Azlan hanya diam dan senyum. 

Itula perbualan yang sempat dirakam oleh Azlan, pada tahun1995, ketika sedang dalam Industrial Training di tahun3. Di Shell, mereka cakap english, kawan.!

Tahun ini pulak, adalah tahun Azlan berada di 'the age of 40'... industry oil&gas, masih lagi dalam production...!!! 

Telahan si Lucas, yang sekarang sudah tidak bersamasama dengan Shell, dan kali terakhir Azlan bertemu dengannya ialah ketika menyerahkan borang keahlian Institute of Materials Malaysia, tahun 1997, dan Lucas ketika itu berkerja dengan MPE Lindung sebuah syarikat yang menyediakan khidmat corrosion protection, menerima borang keahlian dan menghadiahkan kepada Azlan sacrificial anode yang di-casting berupa seekor ikan emas daripada logam zinc. Azlan masih menyimpannya, kawan.!

Tapi... mungkin jugak ada benarnya, jika kita melihat dalam perspektif yang lain... kerana di tahun ini jugakla, New Malaysian Banknotes jadi efektif...

.
foto di sini, kawan.! dipetik dari sini.
.
Sila lihat di note RM50, dan bandingkan dengan note RM50 yang sebelumnya...



Gambar pelantar minyak di note RM50, di note terbaru, ialah gambar ladang kelapa sawit...
.

Seminggu sebelum menamatkan Industrial Training, Azlan dan rakanAzlan dipanggil oleh ketua jabatan, Ong Hock Guan...
According to us, chinese, three things decide a man life... Ong membuka bicara.
Azlan berpandangan dengan rakanAzlan, kehairan, kerana tiada salam dalam bicara, tiada mukaddimah, langsung ke falsafah...!!!

One is ... what you study.!
Two is ... where you work.!, and.
Three is ... who you marry.! ...sambungnya lagi.

Ong memerhati tepat di muka Azlan, kemudian di muka rakanAzlan, lalu menghulurkan tangan bersalamsalaman dengan Azlan dan dengan rakanAzlan...

Good luck to both of you...!!!
Ong mengetap bibir, sambil mengangkat tangan kanan memberi thumb-up...


.


salam


.