.
ini grup foto : tarikh 18jun2013.
.
di Miri Airport.
.
.
1. yg berbaju merah, ada sedikit boroi, bukan aku.! dia anak felda dr Kluang. Rafie namanya.
.
2. yg konon2 rowk, seluaq koyak di lutut, pun bukan aku..!! dia orang Kedah, duduk d Kuala Selangor. Razie namanya.
.
3. yg gaya preman, penuh gelang di tangan, jugak bukan aku...!!! ...kita panggil dia - bujang.!
.
salam.
.
Saturday, June 22, 2013
Wednesday, June 19, 2013
Cinta itu tidak perlu diseru, kerana cinta itu ada di siku... sungguh cinta itu takda bau, tapi boleh dihidu...!!!
.
Makcik Wok sebenarnya bukanla makcik sangat.! Dia sengaja menggelarkan dirinya makcik, sengaja bersolek ala-ala Ozzy Osborne supaya nampak tua, sengaja jugak cuba membongkokkan dada - supaya nampak tua. Kepada Dino dia bercerita : lakinya seorang entrepreneur, pergi ke Papua New Guinea, bersama tokeh-tokeh mencari emas dan batu-bara. Bertahun-tahun sudah berlalu, tak balik-balik, mungkin dah dimakan oleh orang asli di sinun, itu cerita makcik Wok. Kepada Azlan dia bercerita : lakinya seorang pelaut, berlayar ikut dak foreign-going, terlajak ke Carribean, dek kerana kehausan, air rum diteguknya sebotol. sebotol itula membuatkan lakinya jadi sasau dan tak kenal dah kengkawan sekapal. tak mau naik kapal kerana kapal dilihatnya seperti keranda... Dino percaya, Azlan tidak... kerana Azlan dapat menghidu.! makcik Wok itu belum pernah berkahwin.!
.
Ya. Makcik Wok sebenarnya bukan makcik.! Dia sebaya dengan TasZ, bezanya, dak TasZ jadi pujaan pemuda bermotosikal kapcai dan TasZ ada van buruk. Makcik Wok pulak ada kereta Harrier. Dia mintak doktor perempuan (yang berkerudung, yang seperti singa tu la...), yang ada klinik di simpang depan tuh (yang pernah inject buritan dak Dino...), untuk tolong dia loan dengan bank. Makcik Wok cukup sayang dengan kereta Harrier itu, walaupun nama Harrier dah tak serupa Harrier. Satu R berkembar itu, digantinya dengan S, ER pula sengaja ditutup. Budak umur lapan tahun, akan baca nama kereta itu sebagai HASRI. Ada satu lagi nama Harrier, yang satu R berkembar ditukar dengan S, tetapi ER kekal - bermaksud meriahnya si HASRI. HASRIER...!!!... Azlan pernah bertanya kepada makcik Wok, kenapa beli kereta mahal, berniaga bergerai jeh pun!. Makcik Wok menjawab : imej investment.! Apa yang kita pakai itula kualiti kita, balas makcik Wok.! Mendengar jawapan makcik Wok itu, Azlan berdehem. Cantik nama kreta...! sahut Azlan, kecil suaranya.
.
"Cappucino satu... roti canai satu", pesan Azlan lalu duduk di meja yang ada Dino. Ada Coffee-Latte se-mug, dan sekeping roti canai di dalam piring berbunga bunga-raya. Masih belum terusik roti canai itu, coffe-latte pulak masih separuh.
"Kenapa tak minum, bro.?! Aper criter ko dok merenung jeh roti-canai tuh...!", tegur Azlan. Dino senyum, direnungnya Azlan, ditenungnya pula roti canai itu.
"Value-added, bang.! hahaha...", balas Dino dalam ketawa terbahak-bahak sehingga terkeluar air mata. Ditenungnya kembali roti canai itu.!
.
"Di Malaysia, Melayu bukanla satu bangsa, ia adalah satu lambang yang simbolik. Cina dan India pun. Jugak bukan bangsa, jugak adalah simbolik... yang terasas oleh adat, adat beradat, teradat, adat-adat itula yang dibudayakan... menjadi bangsa...!!!", sambil meratah roti canai Azlan berbicara. Dino terpinga-pinga, dan masih sedang berfikir untuk makan atau tidak roti canai itu...!!!
.
Dino menghirup coffee-latte, habis. Roti canai itu tidakpun diusiknya, kerana dia tidak terdaya...!!! Dia tidak terdaya untuk mencarik-carikkan roti canai yang tidak bulat itu - sebaliknya berupa daun mapel, tercetak jugak nama "makcik Wok incorporated" di tengah-tengah roti canai itu. warna merah tulisannya...
.
salam.
.
Monday, June 17, 2013
Azlan memperkenalkan diri... Dino pula merindui Jamal...!!!
.
Sejak mula-mula hinggap di gerai makcik Wok, Azlan seperti terpaut hati untuk menjamu selera di gerai itu. Setiap kali pula, dia sampai di gerai makcik Wok itu, Dino pasti ada, seolah-olah dak Dino itu memang duduknya di situ tidak berinsut dari mula makcik Wok menyusun kerusi sehinggala mengemas kerusi...
Azlan tidak kisah itu, dia hanya perlu menyampaikan sebaris ayat kepada dak Dino setiap kali mereka bersua, walaupun mereka masih belum saling kenal. Azlanpun tidak pernah cerita kepada Dino mengapa dia suka makan di gerai makcik Wok. Bukan kerana Nila.! Bukan kerana senyuman makcik Wok yang terpancul sinar gigi emas nan sebatang itu.! Bukan jugak kerana masakan makcik Wok lebih sedap dari masakan di Sushi King atau di Secret Recipe.! Azlan suka makan di gerai makcik Wok, kerana di gerai makcik Wok takda kamera CCTV.! Kamera CCTV tak buat orang jadi glamer, itu pasti, Azlan bukannya menolak untuk menjadi glamer, bukan jugak teringin untuk menjadi glamer. Cuma, kamera CCTV menghantui Azlan, sebab kamera CCTV itu diletakkan di atas, di satu bucu yang memancar ke arah kaunter.! Setiap kali Azlan mahu membayar di kaunter, dia akan ternampak kepalanya dirakam oleh kamera CCTV itu. Bukan kekemasan rambut, dan rapinya jambang yang boleh dibanggakan dirakam oleh kamera CCTV itu...!!! Azlan tidak hairan. Azlan cuma paling kecewa kerana kemera CCTV merakam tepat di atas kepalanya - kerana di bahagian tengah kepalanya sedang terang, dan hanya ada beberapa helai rambut sahaja di situ...!!!
"Harga barang tidak naik, sedara.! Harga barang memang dah ruper itu, ada yang murah, ada yang mahal... sebenarnya, mencari duit itu yang semakin susah.!", Azlan memecahkan kesunyian. Dino pula memanggil makcik Wok, berbisik dia di telinga makcik Wok itu, lalu makcik Wok mengangkat pinggan di hadapan Dino yang masih ada separuh roti canai belum dihabiskan. Makcik Wok datang semula dengan sebuah bungkusan kecil diserahkannya kepada Dino.
"Aku rasa Jamal tidak ke Paris, dia mungkin ke Perlis, ke Arau - ke rumah toknya...", Sahut Dino, lalu beredar pergi...
"Sejak Jamal tak temankan dia makan di sini, sejak dari minggu lepas - dia hanya makan separuh.!, separuh lagi dia bawak balik... katanya untuk disimpan, untuk Jamal...", bisik makcik Wok ke telinga Azlan.
.
salam.
.
.
Saturday, June 1, 2013
Lattices of Sarawak : Perayaan Gawai Dayak 2013.
.
Salam Hari Gawai Dayak... tahun2013.
kepada yang meraikan.
.
Trivia : Perayaan ini disambut di Sarawak sahaja, ada cuti dua hari. Merupakan perayaan yang berasaskan adat-dan-budaya. Disebabkan diisytiharkan sebagai hari bercuti, maka ramaila yang bercuti (termasuk yang tidak berkaitan), dan meraikannya (bagi yang berkaitan).
.
p/s : kepada saudara Dino.! setiap kali aku nak tulis tentang Sarawak dan kehidupan warganya, aku himpunkan dalam "Lattices of Sarawak."....
.
salam.
.
Salam Hari Gawai Dayak... tahun2013.
kepada yang meraikan.
.
Trivia : Perayaan ini disambut di Sarawak sahaja, ada cuti dua hari. Merupakan perayaan yang berasaskan adat-dan-budaya. Disebabkan diisytiharkan sebagai hari bercuti, maka ramaila yang bercuti (termasuk yang tidak berkaitan), dan meraikannya (bagi yang berkaitan).
.
p/s : kepada saudara Dino.! setiap kali aku nak tulis tentang Sarawak dan kehidupan warganya, aku himpunkan dalam "Lattices of Sarawak."....
.
salam.
.