.
sambungan dari kisah ini. di sini.
.
Petang itu Azlan pulang dari kerja tepat waktu,
nombor digital di handphone Nokia berangka 17:00, ketika Azlan bangkit
dari kerusi bolehputar-dan-naikturun di bilik manager kilang, menuju ke pintu
bilik, keluar, melewati ruangan administrasi ke pintu utama pejabat kilang, keluar,
menghala ke arah kereta Toyota Hilux-Commonrail A/T yang parkir di ruang parkir
di sisi kiri pejabat kilang, masuk, meletakkan beg-berisi-laptop di seat
sebelah, menghidup-panaskan enjin, dan beredar, pulang ke rumah manager kilang.
.
.
Jam di dashboard kereta mamaparkan angka 17:05,
apabila Azlan memberhentikan keretanya di hadapan pintu rumah manager kilang.
Azlan mematikan radio kereta, jugak air-con dan akhirnya, gema dari enjin
kereta juga hilang apabila suis kereta dimatikan. Sunyi seketika. Azlan
mencapai beg-berisi-laptop yang berada di seat sebelah, membuka pintu kereta
dan keluar. Dia menoleh ke arah kantin, yang hanya berjarak lebih-kurang lima
puluh meter dari rumah manager kilang. Ramai orang di sana. Joko pun ada. Namun,
Joko sedang berjalan menuju ke arah Azlan, sedang balik dari kantin menuju ke
perumahan pekerja&staf di belakang sana, membawa bersamanya, di tangan
kanan sesangkar telur dan di tangan kiri beg plastik berwarna pink-kemerahan
berat-berisi.
.
Azlan berdiri diam, menunggu Joko sampai.
.
Hah.! Joko.
Sapa Azlan, apabila Joko sudah mendekat.
Begitulah cara adab-sopan Azlan menegur stafnya, yang sepatutnya, assalamu’alaikum
seperti semasa dia menegur sedara-mara dan rakan rapat.
Eh. Ko off-kan tivi malam tadi.?! Tanya Azlan.
Iya. Jawab
Joko ringkas, lalu menghampiri Azlan.
Ko tengok criter tu sampai habis, tak?! Tanya
Azlan lagi.
Iya. Jawab Joko, masih ringkas.
Baguslah. Menarik kan, ceritanya.
Ha-ah… Mati kedua-duanya, bos. Kenapa sich hero2
dalam ceritanya mati.?! Balas Joko disertakan dengan pertanyaan.
Errrr…. itu salah pengarah. Pengarah tak
bermoral, memang cam tuh, mengecewakan.!!!
.
Oya... Semalam bos mau ceritakan tentang criter
tuh...! Joko mengingatkan Azlan, sambil berposisi bersandar di dinding kereta.
Eh. Ko dah tengok sampai habis, ko sepatutnya
paham jalan ceritanya. Aku... Aku tido awaaall.!!!.
Azlan memulakan langkah kaki, memusing badan,
menuju ke pintu rumah manager kilang, sambil tangan menyeluk poket kanan
seluar, mengeluarkan seberkas kunci.
.
Bos...!!! Saya mao tanya.!
Azlan tersentak, berhenti, memusingkan kepala
dalam gerak perlahan ala-ala ‘Predator’ yang sedang mahu meninjau-mengenalpasti
mangsa untuk tembakan sinar-laser terarah.
Yer... Tanyalah. Jawab Azlan dalam nada
parau-basah penyanyi underground, sambil mengangkat bahu, menunduk muka, mengerut
kening, dan menggolek anak mata ke atas.
Joko tergamam seketika, tergamam melihat transformasi bosnya yang tadi nampak bersopan santun bertukar berwatak seperti Arnold Schwarzeneggar dalam criter Conan-the-Barbarian, atau Conan-the-Destroyer.
Joko tergamam seketika, tergamam melihat transformasi bosnya yang tadi nampak bersopan santun bertukar berwatak seperti Arnold Schwarzeneggar dalam criter Conan-the-Barbarian, atau Conan-the-Destroyer.
.
Apa itu maksudnya bi'ar'satu'em.?!
Kenapa ko nak tau.?
Jawab Azlan dalam pertanyaan, dan
bersenyum-sindir.
Minggu lepas, supervisor balik awal, katanya mao
ambil uang bi'ar'satu'em lima ratus ringgit.
Ooowh, itu. Itu uang daripada perdana menteri. Diberikan kepada sesiapa yang isi borang.
Bos ada mintak.?
Tak.!
Kenapa.?
Sengaja tak mahu.!
.
Saya dengar, orang yang gajinya besar, tak dapat.! Kata Joko.
Ah.! pandai la ko. Itu syarat jeh. Ko ingat yang
dapat lima ratus ringgit tu, semuanya bergaji rendah. Tidak,! Joko. Yang penting
ko isi borang, tulis la apa yang patut, biasanya dapat. Ramai yang dapat. Hampir semua yang bijak-pandai
isi borang mengikut keperluan syarat, dapat. Suka betul mereka, gembira. Mereka
berterima kasih kepada perdana menteri, atas pemberian uang itu…
.
.
Azlan terdiam seketika, menarik nafas panjang, jari-jemari
kanan memicit-micit dahi, tangan kiri mencekak pinggang, dan menyandarkan diri
pada dinding rumah manager kilang.
.
Joko… Joko Joko Joko… Orang yang bayar cukai cam
aku terkilan, Joko. Terkilan nengok uang ditabur-tabur cam tuh jeh… Ini semua
gara-gara pilihan raya dah nak dekat. Gara-gara nak carik pengaruh… untuk kekal
berkuasa, dan menggunakan kelebihan berkuasa….
… Ahhhhhhh…!!! Letih.! Letih aku memikirkannya.!...
.
Azlan memilih-milih anak kunci dari seberkas
kunci yang baru dikeluarkannya dari poket, memasukkan anak-kunci yang terpilih
itu, ke dalam lubang lock-pintu…
.
.
.
foto dari google |
.
Usah dipikirkan, bos. Aman jak.!... Balas Joko tenang.
Errrmmm.!... Yang ko beli telur sesangkar tuh, bila
nak habis makan.?! Mau 2 bulan baru abis.!
Ini.?! Ini dua atau tiga hari jak saya makan, bos.
Oooooo… Aku rasa perut ko bodo la. Makan dua
bijik jeh dah senak perut,! Ko makan sekali sepuluh bijik ar.!...
Oh.!!!. Tidak, bos. Lapan bijik jak sekali makan.!
.
.
.
Azlan membuka pintu rumah manager kilang, masuk,
dan terus duduk di sofa hijau, masih berkasut…
.