(*Di suatu pagi sabtu, tanggal tujuh
belas bulan tiga dua ribu dua belas, Joko dipanggil oleh Azlan ke pejabat
pengurus kilang.*)
Joko…
Ya, bos.
Aku suka tengok awan yang muncul
di sebalik bukit sana.
(*Azlan pun mengajak Joko menuju-hala dan berdiri di jendela
pejabat pengurus kilang dan menuding jari ke arah awan di sebelah barat.
Kemudian mereka duduk semula. Azlan duduk di kerusi yang-bolehputar-dan-naikturun,
sedang Joko, kerusinya jenis kaku-tegap-melekap-di-lantai…*)
Apa ada pada awannya, bos.?
Aku suka. Itu saja. Oya,
seringkali aku ambil foto-foto awan-awan yang muncul dari balik bukit sana itu.
Awan juga ada di mana-mana, bos.!
Ko, diam.!!! Jangan banyak hal.!
Aku kan bos, suka hati aku nak cakap.! Jangan sekali-kali ko nak bantah.!
(*Azlan tunjuk geram, sambil
mengetuk-ngetuk mata pen di kertas-kosong yang terhampar di atas meja pengurus
kilang.*)
Aku ambik foto awan sebab aku
teringin benar nak rakam silver-lining.
Ko nak tengok rupa
silver-lining.?
(*Joko hanya mengangguk.*)
Ko tengok foto nih. Garis halus
berkilat di bibir awan yang terhasil hasil dari tapisan sinaran mentari oleh
awan, itulah silver-lining.!
.
.
Ko tau, Joko.! Fishing, golf dan
photography… sekarang, ramai orang layan menjadi hobi. 3 tiga hobi ini
betul-betul buang masa dan sia-sia.
Memang benar,! bos.
Cheh.! Kureng asem ko.! Mentang-mentang
la aku layan photography, terus jak ko setuju. Ko langsung tak pandai jaga hati
bos.!!!
(*Joko tersenyum sumbing, tersentak,
dan, segera mengalih pandangan memandang lantai… tak sanggup dia bertentang
mata dengan Azlan, yang keihatan marah membeliak mata. Dia sememangnya sudah
masak dengan peel mood-swing bosnya…*)
Sebenarnya, tak,! Joko.
(*Azlan senyum menyindir…*)
Ke-3 tiga hobi ini digelar dalam
bahasa kami yang berada di pengurusan ini, sebagai business generating
activities. Walaupun kami tidak menjadikannya karier, hakikatnya, ke-3 tiga
aktiviti ini sebenarnya banyak membantu.
Saya tidak faham,! bos.
Eleh.! Ko nih. Aku bukan suruh ko
faham. Aku cuma mao bagitau. Dah,!!! ko masuk ke dalam kilang. Buat kerja nuh!.
(*Sebaik sahaja Joko keluar-dan-menutup
pintu, Azlan bersenyum, menggeleng-geleng kepala, dan menunduk memandang meja
sambil tangan kanannya meraba-raba di tengah kepala, yang saban hari rambut
menanggal pergi…*)
.
.
2 comments:
mood swing ko ada kena mengena dgn meninggalkan Miri terlalu lama ke?
Dino,
nanti aku tanya Azlan ttg mood swing... hehehe...
Post a Comment