Wednesday, August 31, 2011

duping delight

duping delight jika didefinisi sebijik-sebijik adalah ini agaknya :
pembodohan menggembirakan

jika didefinisi secara struktural ini agaknya :
kegembiraan pembodohan

jika didefinisi ikutrasa aku, ini la kot :
keseronoknikmatan memperdaya




jujurnya aku tak mampu nak menyampaikan maksud jelasnya. tiga paragraf ni mungkin membantu.:


1
What motivated this smart, devious fellow to be so foolish? Probably what I call duping delight, the near irresistible thrill some people feel in taking a risk and getting away with it. Sometimes it includes contempt for the target who is being so ruthlessly and successfully exploited. It is hard to contain duping delight; those who feel it want to share their accomplishments with others, seeking admiration for their exploits. 
2
In the real world, one of Ekman’s most important findings for journalists is the phenomenon of “duping delight.” It describes liars who find pleasure in deceiving others. Cracking the code of duping delight is not an easy task for journalists, who are usually generalists rather than highly trained laboratory researchers. That said, detecting lies and publicly exposing liars is an important mission for all journalists. Learning from Feldman’s book is a step in the appropriate direction.
3
Duping delight: Paul Ekman coined the term “duping delight” to explain possible reasons for an increase in certain cues while lying was taking place.  For example, fear and guilt associated with lying should decrease nonverbal cues such as eye contact and smiles, but the research shows us that eye contact usually increases during lying.  Two possible explanations exist for an increase in eye contact and smiling.  One is that smiling happens more often because the liar is experiencing pleasure with the act of lying which has been extensively proven through research on psychopaths, con-men and pathological liars, the second says that a smile is in fact due to stress and embarrassment which causes a stress smile.






.

pastel pink


baju pastel pink


talileher pastel pink


kasut pastel pink


dan ini suasana dalam pastel pink

.

Tuesday, August 30, 2011

salam aidilfitri


hari raya 2011


seperti tahun2 sebelumnya. (tahun lepas terkecuali):

hari 1. pagi di rumah pakmak mer - solat raya ngan pak mer. lepas tuh ke rumah pakmak - sampai petang. biasanya dalam jam10 ke kubur arwah pak. part nih aku selalu "tersesat jalan". kalau masih cergas, ke shopping kompleks. (cityboy la katakan). dak abangadik biasanya balik kampung belah petang.
hari 2. beraya ke rumah2 sedara2 mem. biasanya 3 ke 4 rumah je. ada masa lebih, ke shopping kompleks lagi. (cityboy la katakan).
hari 3. jalan2 di shopping kompleks lagi. (cityboy la katakan).

salam

Sunday, August 28, 2011

skid row - 18&life yang ada lirik

.

lagu ini aku tujukan kepada tasekM


.

salam


.

boat on the river

.

lagu ini aku tujukan kepada dino


salam.


.

penyanyi yang menjeritmeraungnyaring

.
ialah SKID ROW
.


.
waaaarrgghhhh...

.

tiga penyanyi dalam beat yang sama

salam raya kepada rakyat malaysia yang muslim.

keluar aje dari belantara petang tadi, aku pasang la canel muzik.fm. sepanjang perjalanan yang lebihkurang dua jam, yang satu jam adalah dalam bumpy road, boleh dikatakan setiap buah lagu yang berkumandang adalah lagu raya.


nota pendek peringatan: 31ogos juga adalah hari ulangtahun kemerdekaan malaysia, tapi diaorang tak mainkan lagu merdeka - sungguh tak patriotik, atau kesedaran dan semangat beragama lebih tinggi nilainya dari semangat kenegaraan. agaknya. entahla.

salah satu lagu yang berulang2 berkumandang ialah lagu suatu hari di hari raya, yang bukan je dinyanyikan oleh penyanyi asal, tapi juga oleh dua penyanyi lain > ketiga3 penyanyi yang dalam beat yang sama.

mereka-mereka nih la...!


















.
achtung ! 
.
bukan aku arr. kalau kekamu ada terdengar aku ternyanyi lagu tuh, mungkin ada (once in a blue moon ataujugamungkin like getting blood out of a stone), pastinya bukan dalam beat yang sama...!



.

Friday, August 26, 2011

DNA

drama ds anwar dengan saiful bahari...!  di court semenjakdua ni, banyak cerita tentang DNA. tentang kat mana dapat sampel la. cam mana simpan la. simpan dalam bekas apa la. berapa lama simpan la. simpan dalam suhu apa la. dan juga berapa lama sampel di simpan baru buat ujian.


mengingatkan aku matapelajaran sains yang berkaitan dengan DNA. biologi.


masa sekolah menengah, tingkatan5, matapelajaran biologi ada diajar apa itu DNA.
dan masa matrikII dalam matapelajaran biologiII pun ada jugak. aku masih ingat lagi sorang professor yang ajar tentang DNA nih kata, peringkat tinggi dalam DNA ini adalah genetic engineering. ini adalah future. negara kita akan memajukan bidang nih. tambahnya lagi. siapa yang berminat, sambung ambik biologi dan major ke genetic engineering. hah.! hampir2 aku nak ke situ. geneticist. kalau tak, aku mungkin salah sorang yang menganalisis sampel kat jubur saiful tuh.


teringin pulak nak refresh. gugel jap;
DNA is short for deoxyribonucleic acid. Two chains of four chemical bases (abbreviated A, T, C and G) make up DNA and act as a cell’s recipe book to make proteins. ...o o ok.!
lagi,
The particular sequence of a DNA chain – meaning the precise order of the four chemical bases – determines what protein will be made. ...o o ok.. ok..!
lagi,
Not all DNA is destined to become a protein. ... arr... pulak dah.! tadi kata asas kepada protein...!
lagi, lagi, nak tau lagi...
Just as a recipe might contain more information than just a list of ingredients, only some regions of your DNA – called genes – are directly translated into proteins. ...ooo...oooo...ooo yang itu rupenya...!


DNA pun berdrama jugak ke...? nak kena jadi gene dulu, baru boleh digelar protein...!


dah dah ... cukup la paham sikit2. karang ada tikus tukar jadi kambing...! (sini ada kambing)
.

5 orang yang berjambang-maco

ramai jantan2 yang berjambang. selalunya diaorang yang berjambang pun berambut panjang.
tapi tak ramai la pulak yang maco2.

disebabkan terlalu ramai, tak bermakna tak boleh di shortlisted. jadi nak dipendekkan cerita, dan nak bagi mudah orang2 kat luar sana gugel untuk berjambang paling maco; maka dengan senang hati aku...

senaraikan 5 orang yang berjambang-maco


1. Osama bin Laden












adalah ketua al-qaeda. mamat nih satu dunia kenal sejak tragedi 9/11. dia letuprobohkan twintower ny. dengar criter, dia dah dibunuh oleh orang suruhan obama. mungkin kerana nama nak2 sama.


2. A Samad Said













adalah sasterawan negara. sangat terkenal dengan novel salina. sekarang juga semakin aktif, walau di usia tua. aktif berpuisi. puisi tentang hal2 gomen. menjadi salah sorang figure-man dalam perhimpunan bersih2.0, yang menuntut pilihanraya yang lebih adil.


3. Ramli Sarip













digelar jugak sebagai papa rock. (batu bapa dalam bahasa melayu.). adalah penyanyi rock yang bersuara serak2 basah. pernah dalam kumpulan sweet charity dengan lagu hit kamelia.


4. M Nasir













sifu. tok guru la tuh dalam bahasa cina. banyak buat lagu2 untuk orang. antaranya awan nano. banyak jugak lagu2 yang dia nyanyi sendiri. suara tak le sedap mana. tapi tang lagu, dia selalu menang anugerah. segala macam anugerah. kecuali anugerah vocal terbaik. pernah bersama grup penyanyi puisi kembara.


5. Sepa













sorang yang elusif. nah.! sekali masuk dalam gambar, terus gigit pinggan. dan tak pernah muncul di khalayak. tak la perlu diperkenalkan. kalau tak kenal mamat nih. baik duduk dalam hutan jeh....

Sunday, August 21, 2011

balik mane raya

.
.
.

Lesen B-full untuk Big Bike

...impian keemasan aku...

>>>NAK ADA SEBIJIK BIG BIKE<<<

yang mungkin cam neyh.!



mengingatkan aku dengan jawe. lagi.!

prelude; 
> masa kat minden, 1991: pernah pinjam kapcai, turun ikut jalan belakang museum, sampai la ke komtar. tak dak lesen.
> masa kat tronoh, 1992-1995: pun banyak kali pinjam moto, termasuklah kuda-api dino yang warna putih stereng&tayar keras, sampai la ke batu gajah.
> 1996 dapat lesen.

.........................................................




1996. 
satu hari, jawe sound. sepa, sampai bila kita nak melaram ngan moto orang. dah la tak dak lesen. kita ambik lesen moto nak?
ok. aku on.

dan aku ngan jawe pergi la ke sekolah memandu di ipoh naik tzm cheTom, pun tak dak lesen.

alang2 ambik lesen moto, kita ambik lesen keta sekali la. aku syorkan.
ko nih sepa. gelojoh. bila dah ambik lesen keta, kang terlajak ke lesen lori pulak. lesen moto cukup. tegas jawe.
kalau cam tuh, kita ambik b-full.
b2 pun dah cukup. balas jawe.

sampai di sekolah memandu, ramailah orang dok praktis2 kat makeshift trek ngan honda ex5. di hujung sekolah memandu terparking la 2 bijik big-bikes. satu 550cc dan satu lagi 750cc.

ko tengok tuh jawe. kalau kita ambik b2, kita kena tunggu giliran. baik kita ambik b-full, satu ko bawak, satu aku. bezanya rm15 je pun. b2 sampai pas rm45, b-full rm90. sikit jeh beza. beriya2 nar aku pujuk jawe.
ok la. tapi bila masa kita nak boleh ada moto besar cam tuh.
kisah apa. yang penting kita ada b-full. sekurang2nya kita pernah bawak.


.

Friday, August 19, 2011

Majlis Mangkong Tiang

petang tadi, dalam perjalanan keluar dari belantara di persimpangan masuk ke lebuhraya menghala ke rumah di bandar miri, terserempak dengan satu banner ...Majlis Mangkong Tiang ...bla,bla,bla...
aku tertangkap dengan tajuk majlis tuh.


gugel. tak jumpa.
dalam wiki pun tak dak.
tapi terjumpalah beberapa acara2 rasmi kerajaan negeri yang berkaitan.


selama duduk di sarawak, dan berIC sarawak dan berPassport sarawak, inilah pertama kali aku tahu ada majlis beristilah gitu. 
sebenarnya, secara ringkas, ia hanyalah majlis perasmian bangunan baru lebih merujuk kepada rumah panjang dan bangunan yang ada kaitan dengan masyarakat iban.


(nota: mangkong tuh dalam istilah bahasa melayu sarawak ialah memukul / membelasah. majlis mangkong tiang - akan bermaksud majlis memukul tiang.)


contoh2 acara rasmi:


1. Jabu turut diberi penghormatan menyempurnakan upacara ‘mangkong tiang’ Rumah Limin. Mangkong tiang merupakan acara perasmian rumah panjang yang mempunyai 22 pintu itu.


2. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Upacara ‘Mangkong Tiang’ bagi Rumah Panjang Lampas, Titok Atas, dalam kawasan daerah kecil Engkilili kelmarin.


3. Peristiwa bersejarah Majlis Perasmian Mangkong Tiang Wisma SALCRA telah diadakan pada 27 September 2010 yang lepas.


4. Terdahulu beliau telah berucap kepada lebih 100 tetamu dan jemputan yang hadir ke kediamannya sempena ‘Majlis Mangkong Tiang’ atau majlis doa selamat rumah barunya yang terletak di Kilometer 2, Jalan Bukit Goram.


sekian.

Thursday, August 18, 2011

Puma

.
dressed in Puma.


.jaket puma, kasut puma.

sebenarnya, aku tertarik ngan entry seorangyangakukenal;
tentang Puma;
...The Holistic Marketing Concept

dan juga ini;
...German feud inspires boots town

.
dan untuk raya tahun nih.
...adakah lagi model baru dari Puma untuk aku >>> peminat PUMA...!

.

Saturday, August 13, 2011

penyanyi2 yang terbilang

sebelum ramai rakyat malaysia tersilap gugel, untuk
.
penyanyi yang terbilang...
.
.
baik la. aku jelaskan. begini:

yang di kiri penyanyi.
yang di kanan pun penyanyi (perasan...)

.


dua bakat yang tak boleh nak dinafikan.



.
edisi merapu di malam minggu.

Sunday, August 7, 2011

suatu masa di dalam youtube

suatu masa dalam b-flet

meitahun2010. di malam pertandingan karaoke sempena hariguru sk sldb no.1.

tuan manager kilang.!. tuan nyanyi satu lagu malam nih. saya dah beli satu lagu untuk tuan karaoke. rm10. pujuk gurubesar. empari.
empari. gurubesar sk sldb no.1. orang2 setempat dan juga cikgu2 panggil gb jeh. orangnya bersusuk kecil. umurnya berada dalam zon umur yang bolehlayak untuk mati natural. 54 tahun katanya.

pilih lagu tuan.
ok. mana buku lagunya.?.

lepas membelek2 buku lagu. ada 5. 3 buku lagu2 iban. 1 melayu dan 1 omputeh. akupun angguksenyum.
suatu masa. lagu m.nasir. kataku.

karaoke amal lepas pertandingan. katanya.
kalau boleh kita berduet sekali. sambungnya.

*
the drunken master.

mana encik hantar anak sekolah.?. tanya sorang staf kilang mukah.
di sk sldb no.1 la. mana lagi.!. tuh je sekolah paling dekat. kenapa.?. tanyaku.
ramai staf hantar anak bersekolah di bandar. sibu atau mukah. balasnya.
kenapa tak ke sk sldb no.1.?.
gb. gb kuat minum. kepala toya. selalu mabuk.
o the drunken master. jawabku.

banyak kali aku bersalaman dan bertemuborak dengan gb, the drunken master. yang aku perasan;
1. berjalan di jalan yang lebar dan menghalalaju ke sisi jalan hampir masuk ke dalam longkang.
2. bila berbicara. untuk menghabiskan satu ayat, tiga bahasa bersilih ganti. iban, melayu, omputeh.
3. bersalaman dalam hujan.

*
kongkalikong.


pertandingan karaoke bermula tepat jam 7.30malam. 15 peserta semuanya.
dan diumumkan.
juara. awek. yang menyanyikan lagu satu dua beat mendahului tempo. berbajuseluar ketat, sehinggakan yang dua di dada terbonjol sebesar kepala kera.
naib juara. mamat. yang menyanyi suara masih tertinggal di dada dan rongga hidung. tetapi setiap kali menyertai pertandingan karaoke setempat. pasti dapat naib juara.
tempat ketiga. awek. yang menyanyi bermula selepas empat lima beat, dan menyerahkan mic di pertengahan lagu. bini kepada salah sorang juri.

juri2 ber-kongkalikong.

*

kita jemput en.hasri. tuan pengurus kilang untuk menyanyikan satu lagu. umum mc.
beliau akan mendendangkan lagu suatu masa dari m.nasir. tambahnya lagi.

aku. dengan konfiden naik ke pentas seolah akan menyampaikan ceramah motibasi. sesampai di depan mic, musicpun dimulakan.
tunggu dulu. kataku kepada penjaga audiovisual.
lagu cam ni, nak nyanyi kena duduk. pintaku.
akupun ke meja penjaga audiovisual dan pantas mengambil kerusi dan terus meletakkan elok2 depan mic. selepas mendapatkan posisi duduk yang betul; duduk tegak, diaphram terbuka, dada kembang, akupun mengangkat tangan.
ok on.

mengagumkan. berjaya jua aku menyanyihabis sebuah lagu. suatu masa dari m.nasir. penonton nampak terdiam dan terpaku. mungkin terpeguntergamam melihatkan kehebatan nyanyian karaoke dari tuan pengurus kilang. dengan senyummelebar dan eksyen, akupun turun dari pentas ala2 yb selepas menyampaikan subsidi baja.
sesampai je aku di lantai penonton. sorang staf kilang merapati aku.

bos, suara tak dengar. bunyi muzik ja.


*

Thursday, August 4, 2011

senyumlah kuala lumpur untuk shaari

meitahun2003. 7 tahun berlalu. dari kisah keroncong untuk ana bersama jawe. (sini).

encik jadi juri final pertandingan karaoke. ketua juri. pesan wan zul.

wan zul. electrician. kilang kerdau. orang panggil dia tok bomoh.
bunyi macam kurafat jeh. setiap kali ada masalah motor, contactor, mccb atau shortcircuit. bebudak kilang kerdau akan kata. carik tok bomoh. maka sampailah si wan zul dengan kadar segera.
rasa tak setuju ngan panggilan tuh. akupun tanya. lebih sopan aku tanya ngan safuan. sebab safuan cool. a man with few words.
apahal korang panggil dia tok bomoh. tanyaku kat safuan satu hari.
encik, bila mesin tak jalan. dia belek2. cucuk2. jalan. mana nampak benda yang boleh buat mesin2 tuh jalan. kerja tok bomoh lah tuh. panjanglebar safuan explen.
o o... ok. jawabku sambil angguksetuju.

petang nih final. saringan awal dah buat dua hari berturut2 belah petang. final 10 orang. tambahnya.
siapa lagi juri lain.?.
zul kantin.
dua orang je.?.
ada sorang lagi. shaari. tapi belum kompem.
cakap ngan dia, kompem. kata, ketua juri dah decide. konfiden je aku. tanda terima pelawaan jadi ketua juri.
ok la. nanti aku bagitau. wan zul pun beredar ngan moto kapcainya, mengingatkan aku pada matcap bersama kapcai 50cc yang tertinggal jauh masa konvoi dari kcp ke setiawandanlumut.

zul kantin. terkenal d kilang kerdau sebagai musician. tiap2 malam main organ d kantinnya. cuma tak jadi penyanyi jeh. kalaulah zul kantin tuh sehensem aku. pasti dah ada satu album. uweeeks.

shaari. aku sangsi kebolehannya menjuri pertandingan tahap final nih. aku tak hal la. sebab aku eksekutif. malam sebelum mula. aku cadangkan karaoke ringan2 dulu. biar peserta hilang nerbes. lepas dua tiga orang. aku pun cucuk2 penonton mintak shaari berkaraoke.
shaari pulak. aku jerit kat mc.
tersipu2. dia terpaksa setuju.
lagu apa.?. tanya mc.
senyumlah kuala lumpur. alleycats.

perrrhh. meremang bulu roma dek lunak dan gemalai nya. patutpun jadi juri. kalau tak, pasti cempien.

aku. aku adalah ketua juri malam tuh.
duduk tengah2. zul kantin di kiri. shaari di kanan.

sorang2 peserta usai. hinggalah giliran ridzuan. ridzuan pengantin baru. baru 2 bulan kawin. kawin di usia adik dah jadi sopan. 37 umurnya.

ridzuan nih 2 minggu lepas juara karaoke di pekan songsang. bisik zul kantin.
ridzuan nih gerenti best. boleh jadi juara. bisik shaari pulak.

untuk peserta sebelum ridzuan. naik jeh peserta. belumpun habis sebaris ayat. borang markah dah siap aku isi. tapi untuk ridzuan. aku biarkan kosong. kejap2 jeling2 zul kantin. kejap2 jeling2 shaari.

dan diumumkan.
tempat pertama. ridzuan.
tempat kedua. yang sepatutnya tempat entah ke berapa.
tempat ketiga. yang sepatutnya tempat kedua.

dan aku mempertahankan kenapa peserta tuh dapat tempat ke2. walaupun zul kantin dan shaari membantah.


.

Wednesday, August 3, 2011

keroncong untuk ana bersama jawe

ok ready. nak lagu apa.?.
jawe. bersama gitar kapok. sambil duduk di bangkupanjang di taman depan hostel. dia dah bersiapsiaga memetikmengalunkan lagu permintaan.

keroncong untuk ana. main sampai abis. jawabku yang berdiri sedikit membongkok di depannya. agar suara gitar dapat didengarjelas.

kepada jawe, mesti cakap main sampai habis. kalau tak dipetiknya duatiga note, diulang2 noteyangsama. dah. tapi kalau mintak dia mainkan sampai habis, dia akan mainkan sampai habis. dan akan terkumatkamit mulutnya mengira2ingat note2 berikutnya. yang paling senang diulang adalah tang korus.

greng, greng, greng,
Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak


stop2. belumlagi la. belum masuk. one more.
tetiba jeh jawe berenti main.


greng, greng, greng,
Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak



jawe berenti lagi. kali nih berentinya lain. sambil merenung sharp ke mataku.
one more.


greng, greng, greng,
Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak

di foreground aku dengar suara jawe. pelan nar tapi cukup kuat untuk sampai ke telingaku.
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu

dan jawe terus stop. meletakkan gitar kapoknya ditepi duduk.
dan lantas berdiri. sambil membetulkan seluar jeans yang dah mula melondeh dek penangan 10 hari posa. menyeluk kocek kiri mengeluarkan sekotak rokok dan sebijik lighter dan tangan kanan menyimpan pick ke dalam kocek kanan.
jawe tak pandai marah. dia tak pernah marah. kalau dia kecewa atau tak puas ati. dia akan mengeluarhisap sebatang rokok.
dan rokok dinyalakan.
pelan2 jawe menjingkit. merapatkan mukanya ke arahku sehingga mulutnya hampir2 kena telinga. napas nervousnya terasa menghembus ke dalam lubang telingaku.

ko nak tau sepa. ko sebenarnya. tone-deaf.

.